Ep 9 [Ingatan yang hilang]

2.5K 165 7
                                    

Tetapi..

Dia terus menghilang membuatkan aku terkejut

Aku lalu memandang sekeliling dan perasan mereka semua juga sudah hilang

Keadaan pun jadi sunyi

Tiada gelak ketawa..tiada bunyi jeritan..tiada orang bercakap..

Sunyi..sangat sunyi

Air mata aku jatuh lagi...

Aku tak boleh..ia sangat menyakitkan..

Kenapa aku boleh lupakan kamu semua..?

Kemana kau ochobot..?

Aku rindukan kau...

Kenapa kau pergi..?

Aku hanya diam sambil aku biarkan air mataku terus-menerus jatuh membasahi pipiku

"Boboiboy?"

Aku menoleh dan ku lihat wajah Tok Aba yang terkejut memandang ku

Mungkin terkejut melihat aku menangis

"Kenapa kamu menangis?"

Aku tersenyum sedih ke arahnya

"Sebab Boboiboy dah ingat semuanya..." jawab ku dengan suara yang sangat rapuh

"Ianya nya menyakitkan Tok Aba..kenapa Boboiboy boleh tak ingat mereka..? Boboiboy rindu Ochobot.." kata ku lagi

Aku pun menangis perlahan di situ sambil mengelap air mataku

Aku lemah..sangat lemah..

Aku tak boleh...

Satu tepukan di bahuku terus membuatkan aku mengangkat wajahku dan ku lihat wajah Tok Aba yang tersenyum ke arah ku

Dia pun memeluk ku seeratnya membuatkan aku membalas pelukannya

"Baguslah kamu dah ingat Boboiboy..Tok Aba rasa bersyukur sangat"

"Tapi Tok Aba...Boboiboy tak tahu di mana mereka sekarang...Hisk..mereka muncul di mimpi Boboiboy..beritahu yang mereka dah tiada...." kataku dengan suara yang serak

"Boboiboy nak jumpa Ochobot Tok Aba...tolong beritahu Boboiboy di mana Ochobot berada..."

Tok Aba pun melepaskan pelukannya lalu mengelap air mataku

"Kamu tahu bukan siapa yang patut kamu jumpa? Pergilah..Tok Aba benarkan kamu pergi..pergi dan jumpa Ochobot" kata Tok Aba membuatkan aku berfikir

Siapa..?

"Kalau kau rindukan sesuatu tetapi kau tak tahu apa yang kau rindukan tu..jumpa lah dengan aku"

Oh..aku dah tahu

Aku pun tersenyum ke arah Tok Aba lalu mengangguk dan terus meninggalkan kedai Tok Aba

Aku tahu..

Aku kena cari Fang

———

Aku terus berlari ke rumah usang itu,aku ingat laluannya

Semuanya dah jelas sekarang..

Aku dah tahu kenapa aku boleh hilang ingatan...

Ianya sangat-sangat menyakitkan bila ingat balik...

Jam tangan aku hancur sewaktu aku lakukan misi

Aku bertarung dengan seseorang dan aku kalah..

Ingatan aku yang terakhir aku ingat adalah...

Wajah ochobot..

Dia memeluk aku waktu tu..memanggil aku dengan suara yang sangat sayu

Bila ingatnya terus..

Itu buat aku rasa sangat sedih dan bersalah..

Aku dah kehilangan kuasa aku..aku kehilangan mereka semua..

Kerana itulah..aku ada parut di tanganku...

Parut yang menunjukan suatu kehilangan yang sangat besar

Maafkan aku...

Kerana itulah aku sentiasa rasa bersalah...

Sebab aku gagal..

Gagal selamatkan mereka...

Aku juga dah ingat siapa Fang

Dia kawan aku

Kami bersama-sama bertarung melawan abang dia sewaktu abang dia datang ke sini

Maafkan aku Fang

Kawan kau ni bodoh sangat tak ingat kau...

Sedangkan...sedangkan waktu tu aku sampai sanggup ke luar angkasa hanya untuk kejar kau

Sret!~

Aku pun membuka pagar usang di depanku lalu terus menuju ke pintu rumah usang itu

Aku mengetok pintu itu

Tok! Tok!

"Fang! Aku ni..Boboiboy..." kataku dengan suara yang lemah

Klak

Pintu terbuka dan wajah Fang terlihat

"Boboiboy..? Kenapa kau di si-"

Aku terus memeluk dia tanpa sempat dia habiskan kata-kata dia

Aku rindukan dia..rindukan kawan aku

Mungkin kami selalu bergaduh tapi..itulah yang buat kami menjadi semakin rapat

Dan aku tak akan pernah lupakan kau lagi Fang

Kerana kau adalah kawan aku

"Maafkan aku Fang..maafkan kawan kau yang bodoh ni sebab tak ingat kau" kataku dengan suara yang lemah

"Kau..kau dah ingat ke?"

Aku mengangguk

"Aku dah ingat semuanya..maafkan aku..aku dah ingat kenapa aku boleh hilang ingatan..maafkan aku.."

"Aku kehilangan mereka Fang..aku kehilangan kuasa aku..dan itu menyakitkan.." kata ku memeluk Fang kuat

Dapat ku rasa dia membalas pelukanku sambil menepuk perlahan belakangku

"Hisk..aku gagal..aku gagal dalam misi..mereka dah tiada..maafkan aku korang.." kataku lagi menangis perlahan

"Tak Boboiboy..kau tak gagal..kau korbankan kuasa kau untuk kalahkan penjahat tu.."

"Kau menang sebab kau dapat kalahkan penjahat tu..cuma..kau terpaksa korbankan kuasa kau" kata Fang melepaskan pelukan kami

Aku terkejut mendengar kata-kata Fang

"Macam yang aku cakap hari tu..jumpa aku kalau kau rindukan sesuatu dan akan ku tolong kau" katanya tersenyum

"Mari..kita jumpa ochobot"

[TBC]

•GoodBye Boboiboy• [FANFICTION] {✓}Where stories live. Discover now