Kapal angkasa yang aku naiki itu terus mendarat di sebuah stesen di tengah-tengah angkasa lepas itu
Aku pun memandang ke luar tingkap
Aku kenal sangat tempat ni..
Ini stesen TAPOPS
Aku pun lalu keluar dari angkasa lepas dan mengikuti Fang masuk ke dalam stesen TAPOPS
Satu demi satu langkah aku membuatkan ingatan ku sedikit demi sedikit datang perlahan-lahan
Semuanya berulang di fikiran ku perlahan-lahan
Tiba-tiba aku melihat seseorang yang aku kenal membuatkan aku tersenyum gembira
Aku rindu mereka..
"Gopal! Yaya! Ying!" Jeritku membuatkan mereka menoleh
Wajah terkejut terpancar di wajah mereka sebaik sahaja mereka menoleh
"Boboiboy?!" Kata mereka serentak
Aku pun tersenyum lalu mengangguk
Mereka terus berlari ke arah ku dan Gopal terus memeluk ku
"Boboiboy! Kau dah ingat ke semula?" Kata Yaya dengan wajah terharu
"Ya..aku dah ingat semuanya"
"Boboiboy!! Hua! Baguslah dey..kami rindukan kau sangat-sangat" kata Gopal turut gembira membuatkan aku ketawa
"Haiya! Betul tu,kami tak dapat jumpa kau sebab kami banyak kerja" kata Ying sambil mengelap air matanya
"Betul tu Boboiboy..maafkan kami sebab tak sempat pun jumpa kau waktu kau keluar" kata Yaya pula
"Tak apa,lagipun sekarang aku dah ingat semuanya.."
Mereka pun menangis gembira di situ membuatkan aku tersenyum lega..aku rasa bersyukur sebab dapat jumpa mereka lagi
Oh..aku lupa
Aku kena jumpa dengan ochobot
Mana di-
"Boboiboy?"
Deg
Suara robot kedengaran di belakang ku membuatkan aku menoleh serta merta
Aku memandang bebola kuning yang sangat-sangat aku kenal di depan ku ini..rasa rindu mula aku rasa..aku rindukan dia
"Boboiboy..? Kau..betul ke kau ni?" Tanyanya lalu terus terbang ke arah ku
Aku mengangguk dan aku terus memeluknya erat
"Ya..ini aku..ini aku Boboiboy"
"Kau dah ingat semuanya ke?"
"Ya,aku dah ingat..aku rindu kau Ochobot.."
"Aku pun..sangat-sangat rindukan kau..terima kasih sebab kembali..." katanya menangis di pelukan ku
—————
————
———
——
—Siuhh~~
Angin meniup dengan kuat membuatkan aku terus memegang topi ku,tidak ingin ia terlepas
Tempat ni lagi..
Tempat yang hangat dan indah ini lagi
Permandangan yang sangat cantik,ianya terbentang luas di mataku
"Boboiboy!"
Aku pun menoleh dan tersenyum apabila mengetahui siapa kah yang memanggil ku
Mereka berjalan ke arah ku sambil tersenyum terukir di wajah mereka
Mereka pun berhenti di hadapanku
Lelaki berbaju coklat itu tersenyum nipis ke arah ku,dia memegang tangan ku perlahan
"Terima kasih..untuk semuanya" kata dia
Dia pun tersenyum sedih,air mata jatuh membasahi pipinya
"Jangan sedih dengan kehilangan kami..."
"Jagalah Ochobot baik-baik..Boboiboy.."
Aku pun tersenyum nipis lalu membalas pegangan tangannya
"Aku akan!" Kataku yakin
"Terima kasih juga..Korang semua" kataku lagi
Dia memandang ku terkejut dan kemudian tersenyum gembira
Tak lama lepas itu...
Cahaya terang pun terus berada di belakang dia,membawanya masuk ke dalam
Semakin lama..semakin hilang
—————
————
———
——
—"Terima kasih Boboiboy sebab ingat balik" kata Ochobot menangis di pelukanku
Aku pun turut menangis di situ,aku memeluknya erat lalu memandang ke hadapan
Oh..
Mereka..
Kelihatan bayangan mereka di situ,sedang tersenyum ke arah ku
Lelaki berbaju coklat itu tersenyum nipis dan kemudian dia terus memberikan senyuman gembira
"Selamat Tinggal,Boboiboy"
Aku membalas senyumannya
"Selamat tinggal..semua.."
THE END
YOU ARE READING
•GoodBye Boboiboy• [FANFICTION] {✓}
Fiksi PenggemarCOMPLETED ✔️ [Hanya sebuah cerita pendek tetapi cukup menyentuh perasaan] Satu kisah yang di alami oleh seorang budak bernama Boboiboy,di mana Boboiboy cuba untuk mendapatkan kembali ingatannya yang hilang. Suatu kemalangan yang dasyat di hadapi ole...