Ep 5 [Kawan]

2.4K 191 13
                                    

[Amaran: ini bukan cerita seram jadi mohon jangan rasa ngeri bila baca😂]

"Boboiboy"

Aku menoleh kebelakang lalu ke kiri dan ke kanan,mencari dari mana datangnya kah suara yang memanggilku itu

"Boboiboy!"

Kali ini suara itu berteriak memanggil diriku membuatkan aku menoleh ke merata tempat sekali lagi mencari suara itu

Siapa tu..? Tolong tunjuk kan diri kau..aku mohon jangan buatkan aku tertanya-tanya dengan diri kau

"Boboiboy!"

"Boboiboy!!"

Aku menutup kedua-dua telingaku apabila suara itu berulang-ulang memanggil nama ku

Sakit,kepala aku pening dan sakit

"Boboiboy!"

Hentikan

"Boboiboy!!"

Ku mohon...hentikannya

"BOBOIBOY!"

"HENTIKAN!"

Teriak ku sekuat hati dan ku dengar suaraku mengema di dalam ruangan yang gelap itu

Sunyi,keadaan menjadi sunyi sebelum ku rasakan seseorang menyentuh bahu ku,serta merta aku menoleh lalu mata aku terus membesar

"Apa? Koran-"

—————
————
———
——

"Boboiboy!"

Aku membuka mata ku perlahan lalu terus ku bangun dan melihat sekeliling ku

Eh,kedai Tok Aba

Aku pun menoleh ke tepiku dan ku lihat lelaki kelmarin yang aku jumpa

Fang

"Kau okey ke? Kenapa kau meracau waktu tidur? Kau mimpi buruk ke?" Tanyanya dengan raut wajah risau

"Wajah kau berpeluh,kau tak apa-apa ke?" Tanyanya lagi memberikan aku tisu

Aku pun mengeluh lega lalu mengelap peluh di dahi ku menggunakan tisu yang Fang berikan

"Ya,aku tak apa-apa. Cuma mainan mimpi je" kata ku masih cuba mengatur nafas ku

"Oh,baguslah kalau macam tu" katanya tersenyum nipis

Keadaan pun sunyi

Aku diam memikirkan mimpi aku tadi

Aku tertanya-tanya akan mimpi aku itu

Tentang Yaya Ying dan Gopal

Mereka muncul di mimpi aku

Aku pun menggelengkan kepalaku kuat,cuba mengusir hal-hal negatif di minda ku

Tak! Ini hanya mainan mimpi,abaikannya Boboiboy

Erm?

Ku pun melihat sekeliling kedai Tok Aba dan aku sedar akan sesuatu

Kedai Tok Aba kelihatan sunyi tanpa pelanggan membuatkan aku menjadi hairan

"Kejap,kenapa sunyi ni?" Tanya ku ke arah Fang

"Waktu nak dekat malam kan memang sunyi,macam biasa setiap hari"

"Oh" aku ber oh panjang

"Mana Tok Aba" tanya ku lagi

"Waktu aku datang tadi dia cakap nak pergi ke kedai beli barang"

"Oh" sekali lagi,aku hanya mengangguk sambil mengatakan perkataan 'oh' itu

Keadaan pun kembali sunyi sebelum aku terfikir akan sesuatu

"Erm Fang"

"Ya?"

"Boleh aku tanya sesuatu tak?"

"Ya,tanyalah"

"Mana Ying,Yaya dan Gopal?"

"...." ku lihat Fang diam membuatkan aku merasa apa yang selama ini aku fikirkan betul

"Kau tahu tak dekat mana mereka sekarang? Akhir-akhir ni aku tak nampak pula mereka,lepas aku keluar hospital lah"

"Oh Erm,Ying ikut mak dan ayah dia ke luar negeri. Gopal pula dengan ayah dia pergi ke rumah atok dia"

"Dan..Yaya?"

"Yaya?..Erm Yaya pergi..oh ya,Yaya pergi berkhemah dengan keluarga dia kat satu tempat."

"Kat mana?" Entah kenapa aku merasa aku ni banyak tanya pula

"Entah lah,aku pun tak tahu"

Tapi....

Aku perlu tahu,kenapa sebenarnya kawan-kawan aku pergi

Dan bila aku dengar sahaja apa yang Fang katakan itu

Aku memang sangat pasti

Tok aba

Tipu aku...

Tapi,kenapa?

Aku diam seribu bahasa sambil berfikir kenapa Tok Aba melakukan begitu pada aku,kenapa sebenarnya Yaya,Ying dan Gopal pergi?

Aku pun rasa yang budak Fang ni menipu juga

Mungkin...

Aku menoleh melihat Fang yang sedang menghadapi ke hadapan,mungkin menunggu Tok Aba datang

"Kenapa kau tipu aku"

Tanpa ku sedar,soalan itu dengan mudahnya meluncur keluar dari bibir aku

Membuatkan lelaki berambut landak di tepi ku ini menoleh terkejut memandang ku

Aku memandangnya dingin lalu berkata lagi

"Kenapa? Kenapa kau dan Tok Aba menipu aku?"

[TBC]

•GoodBye Boboiboy• [FANFICTION] {✓}Where stories live. Discover now