Andriane Situation
Dah setahun aku sekolah kat sini. Yup, MRSM Kuching. Pandai kan aku AHAHAHA. Kiranya dah setahun jugakla aku tak jumpa dia. Sapa lagi kalau bukan ex aku. Yela aku still sayangkan dia but taknak ngaku. Terok kan aku HAHAHAHA
Plus dulu aku pernah acah couple ngn senior. Huh time tu aku form 3 tau. Couple ngan budak form 4. Legend kan? Ya aku tau. Jangan puji 😎.
"Oi Driane! Kau tau tak. Esok junior dah dapat masuk school ni. Uhuuu boleh la aku usya bawak balek rumah jumpa parents terus HAHAAHAH" Tegur Fernandaze dengan panjangnya.
Ya, tu dia Fernandaze. Kawan aku dari form 1 lagi. Sampai aku masuk MRSM pun dia boleh ikut. Jodoh tak ke mana la kan HAHAHAH.
"Ha yela, Fer. Lambat datang harini? Lambat bangun la tu en HAHAAH. Takkan roommate kau tak kejut kot?" Balasku.
"La, bukan lambat apanya. Assessment yang Miss Yin bagi tu harini last hanta so yah! Aku kena tido lewat la. Kesian kan?"
"Ha yela, sapa suruh tangguhkan kerja. Dapatla kau demerit nanti😏"
Ha sapa kata budak MRSM tak pernah kena demerit? And sapa kata semua budak MRSM rajen belaka? Hah memang tak la.
Sesi p&p telah pun bermula. Masa pertama adalah subjek sejarah. Subjek yang membosankan sehingga banyak yang letak kepala atas meja. Termasuk aku la😂. Nasib cikgu tengah fokus mengajar hm.
Charlene Situation
"Wey! Korang! Sapa yang dapat masuk MRSM ni?!" Aku jerit kat geng aku. Sapa lagi kalau bukan Mia, Fatin, Fattah, Shasya and Carlos. Semua terkejut bhai. Aku gelak je tengok muka terkejut dorang tu macam nampak hantu dho.
"Wey aku..." Jawab Mia. Ehhh budak ni dah kenapaa? Tak dapat ke aduh jangan memain!
"AKU DAPAT WEY!!!" Jawab Mia kemenangan. Yela tadi mainkan orang. Bangai betul.
"Okay, semua kat sini dapat kayh. Jangan risau. Jangan bersedih brader sista." Kata Shasya.
"Seriously?! Huaaaa happy aku dho! Harap kita dapat kelas sama bilik sama k semua la sama HUAHUA!!" Kataku sambil menunjukkan ekspresi wajah yang paling bahagia kat dunia ni eheks!
"Kau gila ke apa nak sama bilik ngan laki? Gatal punya kawan." Kata Fattah sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Esshhh nak je aku terajang muka mamat gila ni! Tak habis cari pasal tau. Nasib kau kawan aku.
"Ehh perasan kau. Aku kata kat Mia, Fatin and Sha. Sebok pahal. Bangang betul." Ha tula cara aku berinteraksi dengan kawan aku yang jebon semua ni. Ber bengang bengong. Biasala, at least aku sayangkan dorang hehe.
"Lene, kau tau tak ex kau dulu tu ala sapa tu eh.." Kata Fatin
"Ohhh Andriane!" Jawab Mia dengan seboknya.😂
"Apahal ngn dia? Dah mati ek?" Uish kejamnya aku. Ya aku memang kejam ngan dia. Sebab apa? Sebab dia sakitkan hati aku. Double kill weh! Gila tak sakit hm.
"Tak silap aku dia tahun lepas masuk MRSM jugak. Habislah kau jumpa dia nantiii uuuu" ' uuuu ' itu juga telah diikuti oleh jebon jebon yang lain juga. Hm nak kena terajang eh dorang.
"Ohhhh! Aku pergi sana nak belajar cara hidup! Bukan nak cari dia eheks." sambil aku pandang Fatin dengan pandangan tajam uwu.
"Wey korang perasan tak?" Tanya Carlos. Dahla muka macam bersalah jak. Haduh.
"Apa?" Tanya Mia. Pelik duhh orang tengah menikmati makanan dengan penuh feeling dia gi kacau. Haiya!
"Loceng dah berbunyi means rehat dah habis!!" Kata Carlos.Aduhhh cakapla awal awal! Tak pasal2 kena marah ngan miss Phang nanti. Kena ceramah uh. Takpa harini kami last. Esok takda lagi nak dengar kata-kata murni miss Phang tu.
"Uishhhh!!" kata Fattah sambil menyuapkan semua makanan ke dalam mulut. Ek. Penuh mulut dia wey HAHAAHAH.
YOU ARE READING
100 Days
Random"Aku janji 100 hari selepas kita kahwin, aku akan failkan penceraian kita" Kata-kata tu buat aku terkedu. Aku sayangkan dia.