PROLOG

178 9 1
                                    

"APA maksud semua ni?"
Suara itu menyoalku,dingin dan tegas.Aku menelan liur yang bagaikan berpasir.Tanganku terketar-ketar menahan rasa takut.

Tapi kenapa aku perlu takut?Salahkah aku?

"Aku tanya apa maksud diari ni?!"
Aryan yang menjerkah tiba-tiba membuatkan bahuku terjungkit ke atas.Bunyi buku di hempas di atas meja serentak dengan bunyi guruh di langit mematikan niatku untuk menjawab soalannya.

Kasihan buku diari aku.Manik-manik yang terhias indah pada muka depan buku itu sudah bertaburan.Ingin marah,tapi aku tahu kemarahanku hanya akan memburukkan keadaan.

Menyesal pula suruh Izara pergi dulu.

"Kau ni dah pekak ke apa?Suara dah hilang?"

Dah kau tak kasi aku cakap,macam mana nak jawab?

Kata hatiku melawan.Tapi mustahil aku akan menjawab soalan Aryan begitu.

"Apa aku tulis dalam tu aku gurau je lah."
Jawabku perlahan antara takut dan malu.Takut dengan renungannya,lantas aku menundukkan kepala.Malu dengan diriku sendiri kerana diariku sudah dibaca olehnya,dan apa yang dia ingin tahu dalam buku itu adalah tentang perasaanku terhadapnya.

Kenapa aku bodoh sangat tulis pasal perasaan aku dekat dia dalam diari?Dan kenapa aku bodoh sangat tingalkan diari tu atas meja?

Nak pukul kepala sendirilah cam ni.

"Kau ingat aku bodoh?"

"Kau memang bodoh pun."
Jawabku hanya untuk diriku sendiri.Namun telinga gajahnya masih boleh menangkapnya lantas meja Amirul menjadi mangsa sepakannya.
Hasilnya,meja Amirul yang sudah sedia hidup segan mati tak mahu itu terjatuh dengan bunyi yang kuat.

Dan itu membuatkan rasa takutku melebihi tahap maksima.Mataku melilau mencari sesiapa yang berkeliaran di koridor.Tapi tiada.
Mustahil juga mereka tahu apa yang terjadi di dalam kelas aku sekarang kerana hujan semakin lebat.Dia orang tentu tak dengar bunyi bising tadi.

Teragak-agak aku menoleh memandang Aryan.Tajam bagaikan mata helang anak matanya menikam mataku.Untuk kedua kalinya aku menelan liur.

Sekilas mataku mengalihkan pandangan pada dadanya yang sudah berombak kencang.

Marah sangatkan dia padaku?Hina sangatkah perasaanku terhadapnya hingga dia sanggup memarahiku begini?

Aku mula berasa kecewa.

Kecewa pada diri sendiri kerana terjatuh suka pada Aryan.Di mana perginya tekad aku untuk tidak jatuh sayang padanya?

Namun aku lebih kecewa pada dirinya.Dia lebih pentingkan perasaan songsangnya daripada perasaan aku.Gagalkah usahaku untuk membawanya ke jalan yang lurus?Kalau tidak sukakan aku pun,janganlah suka pada kaum sejenis.Jatuh maruah aku yang perempuan tulen ni.

"Aku dah cakap dari awal lagi.Jangan suka aku!Kau tak faham ke?!"

Tak...

Aku mengeluh.Aku cuba menggerakkan kakiku untuk mengambil buku diariku.Aku cuba berlagak tenang tapi tubuhku mengatakan sebaliknya.Terketar-ketar tanganku membuka buku diariku.

"Salah ke aku suka dekat kau?Takkan sebab aku ni perempuan kau nak reject aku?Aku girlfriend kau kut."
Dialog itu aku ambil dari kata-kataku di dalam diari.Entah mengapa dan bagaimana aku jadi berani mengatakan isi hatiku padanya.Yang jelas,aku tidak membalas renungan tajamnya.

Aryan diam.Entah kerana masih marah atau terkelu dengan soalan yang aku bacakan tadi.

"Kau ingat aku suka-suka ke jatuh suka dekat kau?Semua ni salah kau.Kau kata jangan sukakan kau tapi kau yang bagi harapan dekat aku.Kau caring pasal aku.Kau yang buat aku fikir pasal kau setiap hari."

Shh...Boyfriend Aku Gay!!Where stories live. Discover now