Bab 2:Ikmal

111 6 1
                                    

"TAPI aku hairanlah.Macam mana budak top one macam dia boleh masuk kelas akhir?"

"Aku terasa Zara..."
Aku menegur dengan nada selamba,sekadar mahu bergurau.Kalau terasa pun,sesaat saja rasa itu akan hilang.Bukannya baru sehari dua kami berkawan.

"Laa ye ke?Macam tak percaya je."
Usik Izara bagaikan memprovok emosi ku.Karipap di gigit kasar sambil merenung Izara dengan riak wajah kosong.

Melebih pula minah ni.Setakat dapat kelas tengah,tak payah sembang lebih ar.

"Aku dengar dengan jelas tadi nama dia sekelas dengan aku.Tapi bila dah masuk kelas tak de pula.Cikgu Faizal pun hairan dia pi mana."
Ujar Syeera pula.Maklumlah budak pandai dapatlah kelas depan,cuma budak Aryan tu saja yang mereng keluar dari kelas tu.Tak nak belajar kimia ke?Tak sudi nak fall in love dengan addmaths?

Seketika kami diam saja sambil menikmati hidangan rehat kami.Izara dengan nasi lemak,Syeera dengan mee goreng dan aku pula melahap kuih karipap.

"Ehem ehem..."

Deheman itu menarik perhatian kami,serentak kami berpaling mencari empunya suara itu.

Hek eleh,buah hati aku rupanya.

"Ee,poyo."
Aku nampak dengan jelas julingan maut Izara.Syeera pula macam biasa buat muka tak kesah.Aku?

Aku dah menggeletis gais!

Ahaks!

Dengan senyuman manis aku bangun dari duduk kemudian menghampiri Ikmal yang tadinya menggamit aku untuk mendekatinya.Sebelum gerak datang sekolah tadi,Ikmal sempat mesej nak jumpa masa rehat.Aku pun apa lagi,tariklah Izara dengan Syeera stay kat kantin sampai rehat habis.

"Ada apa ni?"
Tanyaku selembut mungkin.Saja nak tunjuk ayu.Jarak antara kami masih jauh.Ye lah,kat sekolah kan takkan kau nak tunjuk sweet kita orang tahap mana.

"Ni,coklat."

Coklat cadbury di hulurkan,tangan pula memainkan peranan buat teragak-agak nak ambil.Nak di ikutkan hati dah lama sambar.

"Ambillah,dapat beli satu je.Lain kali saya belikan lagi."

Aduhai,ada lagi lain kali.Ini yang aku suka ada boyfriend ni.

"Thank you."

Coklat di ambil lalu di simpan ke dalam poket baju kurung sekolah.Ikmal mengukir senyuman manisnya.Ni kalau bukan kat sekolah,rambut aku confirm dia dah gosok-gosok sambil cakap 'your welcome baby'.

Boleh tak budak-budak kat kantin ni jadi pekak dan buta sekejap.Hahaha...

"Nanti tunggu kat gate tau,nak balik sama."

Aku mengangguk tanda setuju.Terpaksalah aku mengkhianati Izara dan Syeera hari ni.Alahh,bukan selalu pun.

"Saya masuk kelas dulu.Bye."

"Bye,thank you eh coklat ni."

"No problems lah sayang."

Ah!Bersayang pula dia kat sini.Ini yang buat iman aku menipis ni.

"Bye..."

Kali ini aku tidak membalas takut keluar pula kemanjaan aku.Aku taklah bodoh sangat nak buat drama Korea dekat sini.

"Bagi sikit."

Aku baru duduk Syeera dan Izara dah tadah tangan meminta.Sempat aku menjulingkan mata ke atas tapi tangan tetap membuka bungkusan coklat.

Shh...Boyfriend Aku Gay!!Where stories live. Discover now