Bab 1:Hari Pertama

134 8 0
                                    

BANGUNAN berwarna oren itu aku pandang lama.Mahu dekat dua bulan aku tidak menjejakkan kaki di tempat ini.Kecuali hari ketika aku mengambil keputusan pt3.

Aku perhatikan sekelilingku.Bila aku melihat seorang pelajar dipeluk dan di cium sayang kedua ibu bapanya,hatiku dilanda perasaan sebak.Terasa birai mataku semakin dipenuhi airmata.Bila-bila saja empangan itu akan pecah.

Pedihnya hati.Tidak pernah aku mendapatkan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa seperti itu.Bahkan wajah ibu bapaku sendiri tidak pernah wujud dalam memoriku.

Ah!

Kenapa aku nak bersedih pula ni,bawa bertenang Farah.Kau kena kuat!

Nafas di tarik dalam-dalam lalu di hembus dengan lembut.Kakiku mula mengorak langkah melepasi pagar sekolah menuju ke dewan perhimpunan.

Agak-agaknya siapa classmate
aku kali ni eh?Harap-haraplah Syeera dengan Izara sekelas dengan aku.Taklah kekok sangat aku dekat kelas tu.Aminnnnn..

Sambil berjalan aku menadah tangan ke atas lalu di raupkan di wajah.Berharap semua harapanku itu akan termakbul.

"Farahhh!!!"
Laju kepala ku menoleh ke arah suara itu.Sebaik saja aku melihat wajah Izara terus saja aku melompat kegirangan.Teruja dapat berjumpa dengan bestfriend uolss!

"Izara!!!"
Sebaik saja kami berdua bersua muka terus saja pelukan kami tercipta.Terlompat-lompat kami berdua di dalam dewan,tidak di pedulikan wajah-wajah pelik yang merenung aku dan dia.Yelah,perempuan kalau dah jumpa bestfriend dia memang jadi gila sikit!

Tapi kalau jumpa pakwe confirm jadi waras!Hehe...

"Syeera mana beb?"
Soalku setelah pelukan itu terlerai.

"Ada,tuuuuuuu"
Izara berpaling ke belakang lalu bibirnya di juihkan kearah Syeera yang sedang berbual dengan rakan kami yang lain.

"Tahun ni mesti dia dapat kelas pandai kan?"
Tuturku dengan nada yang sayu.Siapalah yang tak sedih bila salah seorang sahabat kita akan menjauh,kan?

Hek eleh,menjauh konon.Tiap-tiap hari dapat jumpa kat sekolah.Bukannya terus putus hubungan pun!Mengada!
Lagi satu,apa yang nak di rindukan kalau kau orang tinggal satu taman?Rumah je yang berlainan.

Cuma masa cuti tu masing-masing balik kampung,aku seorang aje duk terperap kat rumah tu.Lepas dah buka sekolah ni barulah boleh lepak sekali.

"Hoii!!"
Bahu ku terhenjut sedikit bila di sergah begitu.Kemudian aku dan Izara terus bercekak pinggang memandang gadis di belakang kami tadi.

"Syeeraaaaaa!!!"
Lantas saja kami bertiga berpelukan.Aku dapat rasakan nafas Syeera menjadi sesak kerana di peluk tiba-tiba.

"Lepas!Lepas!"
Tangan Syeera bergerak memukul-mukul belakang tubuh kami berdua.Sakit weeh!

"Rindunyaaaa!!"

"Ye aku taulah!Bongok!"
Setelah pelukan kami di leraikan,masing-masing membetulkan tudung yang sudah senget.Senyuman lebar dari tadi lagi tidak hilang di bibir.

"Perhatian,di minta semua pelajar berbaris ikut kelas tahun lepas."
Suara yang kedengaran mengarah itu menghentikan semua perbualan di dalam dewan tersebut.Ish menganggu betul!

"Weh,kau orang rasa tahun ni,kita sekelas lagi tak?"
Soal Syeera seraya kamu melangkah ikut berbaris.

"Entahlah,tapi aku harap sangat kita sekelas."
Jawab Izara pula di ikuti anggukan dariku.

"Aminnnnnn"
Kami bertiga mengangkat tangan dan meraup wajah masing-masing,kemudian ketiga-tiganya ketawa mengekek.Entah di mana letak lucunya.

"Cikgu nak kamu semua dengar baik-baik,cikgu dah tak nak ulang balik apa yang cikgu cakap.Faham?!"

"Faham,cikgu."
Serentak dalam dewan itu bersuara.Masing-masing sudah berdebar-debar menanti nama mereka disebut.

******

Seluruh pelusuk kelas itu aku pandang hiba.Kakiku dari tadi lagi terpacak di muka pintu,langsung tiada perasaan nak masuk kelas itu.

Asal aku dapat kelas ni weh!Keputusan aku bukannya teruk sangat!Yang aku dapat kelas akhir ni kenapa?!Dahlah budak-budak yang lain ni disiplin dia teruk!Tak sanggup aku wehh!!Nak nangisss!

"Farah,yang kau tercegat kat sana tu kenapa?Jomlah masuk."
Tersentak.Mataku memandang Siti yang mengajakku masuk dengan senyuman plastik di bibirku.Classmate aku tahun lepas dan Classmate aku juga tahun ini.

Haihh,malangnya nasib tak dapat sekelas dengan dua ekor monyet tu.Masing-masing berlainan kelas.Tapi dia orang dapat kelas depan,bukan macam aku.

Nasib baik ada Siti,ada juga teman walaupun tak rapat sangat.Aiman pun ada juga,tapi aku tahu dia bukannya nak pedulikan aku pun kalau kat sekolah ni.Nama saja geng,tapi geng kat luar sekolah saja.

Mataku melilau mencari tempat kosong.Keluhan halus keluar dari bibirku bila melihat hanya dua meja kosong di belakang sekali.

Sudahlah dapat kelas akhir,tempat duduk pun kat belakang,macam mana aku nak fokus belajar kalau macam ni?Segala makhluk dalam kelas ni pun tak reti nak duduk diam.Asyik nak memekak aje,eiii rimasnya akuu!

Dengan langkah yang lemah aku menuju ke meja kosong di belakang.
Beg sekolah aku letakkan di kerusi,botol air pula di letakkan di atas meja.Dengan lesunya aku menempatkan punggungku di kerusi.Malang sangat nasib aku awal tahun ni.

Sekali lagi aku memerhati kelas ini.Sabar jelah Farah,dah nasib kau.Itulah tak belajar rajin-rajin masa pt3 dulu,asyik bercinta saja.

Hmm..

Dan untuk kesekian kalinya aku mengeluh panjang,kepala di letakkan di atas meja dengan berlapikkan tangan kanan ku.Hanya sesaat mataku terpejam,sebelum aku membukanya kembali.

Pelik.

Asal,tiba-tiba saja senyap ni?Cikgu datang ke?Ke malaikat lalu?
Aku mengangkat kepalaku perlahan lalu memandang kearah pintu.

Gulp!

Kaku terus tubuhku bila melihat insan di hadapan mataku kini.Patutlah kelas ni boleh senyap,hotstuff tetiba muncul!Tapi Kenapa dia ada dekat sini?Dia bukan budak paling pandai kat sekolah ni ke?Takkanlah dia dapat kelas akhir.

Eh,waitt..

Tadi masa aku duk perhati kelas ni,tinggal dua meja kosong kan?Lepas tu aku duduk kat meja satu tu,meja yang satu lagi....

Aku menekup mulut menghalang aku daripada mengeluarkan jeritan gedik.Tak!No no no!Tak boleh jadi ni!

Pak!

Mendengar bunyi itu laju mata ku terus menoleh kesebelah.

What??

Dia dah duduk sebelah aku?!

Mampos.

----------××××----------

Kindly to leave your vote and comments!!


#Shhboyfriendakugay!!

Thank you ^3^


Shh...Boyfriend Aku Gay!!Where stories live. Discover now