AKU menundukkan kepalaku tatkala melepasi sekumpulan pelajar yang galak memandang aku.Aku tebalkan saja telingaku mendengar kata-kata fitnah mereka.
Nafas di hembus lega bila orang-orang itu aku berjaya tembusi tanpa sebarang emosi.Aku meneruskan langkah tanpa rasa semangat.Kalau boleh aku tak nak pun datang sekolah hari ini dengan mata bengkak aku ni.
Ini semua salah Aryan.Tengoklah sekarang orang pandang aku macam mana.Semua tuduh aku playgirl,suka mainkan hati lelaki,suka buat drama untuk tarik perhatian orang.Paling aku tak boleh terima,aku di cop perempuan yang murahan.
Langkah aku tiba-tiba terhenti bila ada seseorang berdiri tegak di hadapanku.Kepala di dongakkan memandang orang itu namun tidak sampai sesaat kepalaku ditundukkan kembali.
Ikmal.
Hatiku dilanda rasa bersalah.Perlukah aku menunggu Ikmal berbicara atau aku abaikan saja dia?Rasanya selepas bercakap panjang malam tadi tidak ada sudah yang dia ingin luahkan.
Ikmal berganjak dari posisinya sebaik saja bunyi loceng berbunyi.Tanpa memandang aku,dia terus berlalu.
Sekali lagi aku menghembus nafas panjang.Kau orang dah putus Farah,jangan pedulikan dia lagi.
Sebab dialah mata kau bengkak Farah.Dah jangan ingat dia lagi.
"Good morning."
Aku berpaling ke belakang melihat gerangan yang masih sudi menyapaku.
Namun melihat Aryan yang ada di belakangku membuat aku menjelingnya tajam.Tak puas susahkan aku malam tadi ke apa?Sampai sekolah pun nak ganggu aku lagi.
"So today is our first day together,right?"
Ayat yang dikeluarkan Aryan membuat aku memejamkan mata sambil menarik nafas dalam.Dia ni sengaja nak ingatkan aku pasal keputusan bodoh aku semalam ke apa?
"Diamlah tak payah ungkit."
Aku meneruskan langkah yang terhenti tadi.Terasa lama pula sampai kelas.Bila dah sampai kelas,entah dugaan apa lagi yang aku dapat.Sudahlah Balqis sekelas aku.
Ah,Balqis.
Rasa macam nak terduduk saja di tengah-tengah tangga ni.Rasa macam nak menangis macam budak kecil saja.Tapi takkan aku nak malukan diri aku lagi?
Dengan langkah yang berat aku masuk ke dalam kelas namun langkahku terhenti di depan kerana Aryan menghalang laluanku.
"Nanti tak payah turun rehat,aku nak cakap something."
Arah Aryan sebelum terus ke mejanya.Tak sekarang ni,tak boleh ke dia cakap saja masa kita orang dah duduk?Dia ni memang sengaja nak buat drama depan kelas ke apa?Sengaja nak bisik-bisik,nak rapat-rapat,nak bagi orang mengumpat aku?Tak nak aku suruh turun rehat dah kenapa?Nak aku kelaparan ke apa?Boyfriend jenis apa Aryan ni?
Aku kerling kumpulan meja Balqis.Hah,dah agak dah.Awal-awal pagi lagi dah nak bergosip.Gosip tu pun mesti pasal aku.Yelah,tak puas mengata dalam group WhatsApp kan?
Tanpa mempedulikan mereka,aku berlalu ke meja aku iaitu di sebelah Aryan.Dengan sengaja aku menghentak botol airku di meja,tanda aku tidak puas hati dengan Aryan.Tapi boleh pula dia buat selamba macam telinga dia tu pekak.Orang lain pula yang terkejut.
"Hei,kau jangan ingat boleh arah aku sesuka hati kau eh.Nak cakap apa-apa tak payah jumpa,pakai telefon je."
Aku memandang Aryan mengharapkan balasan darinya tapi hampa!Dah pekak nak bisu pula budak ni!
"Aku tak suka tau orang tak menjawab ni."
Seperti yang di jangkakan,Aryan hanya diam.Menguji kesabaran betul dia ni.
YOU ARE READING
Shh...Boyfriend Aku Gay!!
Teen FictionAku Farah Qistina Segalanya berjalan dengan baik sebelum kedatangannya dalam hidupku. Disebabkan dia semuanya berubah.Terutamanya perasaan aku terhadap lelaki. Bukan nak cakap yang aku tak pernah bercinta atau aku benci lelaki.Tak,aku sudah banyak k...