Bab 3:Dingin

94 6 0
                                    

MENDENGAR saja bunyi loceng bergema di seluruh pelusuk sekolah pantas aku mengangkat punggung meninggalkan tempat dudukku.Lelaki di sebelah aku hiraukan sahaja,apa barang nak kejut-kejut dia tidur.Bukan pakwe aku pun.

Layan aku pun tak.Sia-sia aku ukir senyuman untuk dia semalam.

Aku lajukan langkah kakiku menuju ke kantin.Karipap!Karipap!Wait for me!!

Sejurus sahaja kakiku menyentuh lantai kantin,aku sudah dapat rasakan kebahangan pandangan pelajar disekelilingku.Tak lain tak bukan,ni mesti tak puas hati aku duduk sebelah hotstuff tu.Elehh,Aryan yang pi duduk sebelah aku nak dengki kenapa?Ingat aku nak sangat duduk sebelah budak tu?Tak puas hati lagi pi lah ganti tempat duduk dengan aku.Dengan hati yang terbuka lagi berbunga aku bersetuju.

Ah!Peduli apa aku dengan mata orang,baik aku isikan perut aku ni dengan kuih karipap Mak Jah yang yum yum,sedapppppp..

Terbaik dari kuali!

"Mak Jah,like always!"
Jeritku kecil bila tiba giliranku berada di depan Mak Jah yang hanya ketawa kecil melihat gelagatku.

"Nah,awal-awal lagi Mak Jah simpankan untuk Farah.Hantu karipap"

"Ish Mak Jah ni,suka usik kita.Kang kita tak beli karipap Mak Jah lagi bankrap Mak Jah."
Aku memuncungkan mulut ke depan.Sengaja ingin merajuk dengan wanita sebaya dengan Mak Ngah aku ni.

"Alaa,janganlah.Mak Jah gurau je kut."

"Tak nak kawan Mak Jah lagi."
Aku mengambil hulurannya kemudian duit seringgit aku ambil dari poket dan menghulurkan duit itu kepada Mak Jah.

"Thank you"

"Your welcome."
Balasku dengan senyuman manis dibibir.Selesai urusan di kaunter pembelian aku segera mencari meja yang kosong,dan seperti biasa banyak meja yang kosong kerana pelajar lebih suka meluangkan masa rehat di dalam kelas berbanding di kantin.Entah kenapa,padahal abang-abang kantin semuanya handsome.

Uhuks..Terutamanya Abang Din jual burger tu.Auchh!Senyumannya menusuk dihatiku.Tapi malangnya,burgernya tidak sesedap rupanya.Itu sebabnya aku lebih memilih untuk membeli karipap Mak Jah daripada makanan yang lain.

Sedang aku menikmati selera di meja berseorangan,suapanku terhenti bila kerusi disebelahku ditarik lantas mataku mengerling kesebelah.

"Ezad,kau kenapa?"
Tegurku.Ezad ni classmate aku tahun lalu,ohh dia ex boyfie aku juga.Uhukk.
Sekarang dia berada di sebelah kelasku.

Budak ni boleh tahan handsome juga,matanya besar, lesung pipi yang dalam,suara sedap,pandai main gitar,and the most important things is,he's a playboy..Sebab tu kita orang break!

Alaaa,macam yang aku bagitahu Izara dengan Syeera kelmarin tu.

Kita orang kalau ada masa lapang selalu pi jamming dengan Syeera,Izara,Amirul dan Faiz.Well,boleh dikatakan kita orang ni geng band lah.

Ex,ex juga.Dulu kawan je tapi dia ni degil nak couple dengan aku,aku terima ajelah.Lepas break pun tak ada masalah nak lepak satu meja.

"Saja,dua ekor beruk tu mana?"
Hampir saja makanan ku didalam mulut tersembur bila mendengar gelaran yang Ezad berikan untuk Syeera dan Izara.Sesuai sangat dengan perangai dia orang,harapkan otak saja pandai.

"Entah,aku tak singgah kelas dia orang tadi."

Sebab hari ni aku merajuk dengan Ikmal sampai malas nak jumpa dia jadi aku tak heret dia orang berdua rehat kat kantin.Aku pun rehat awal,kantin pun lenggang lagi.Ikmal pula budak form six,selalu rehat last minit.

Shh...Boyfriend Aku Gay!!Where stories live. Discover now