Bab 4:Ex-Boyfriend

95 6 0
                                    

RAMBUT yang panjang mengurai aku ikat kemas.Yes,aku freehair dekat sekolah saja aku bertudung.
Kemudian topi berwarna hitam yang terletak atas meja aku capai dan sarungkan dikepalaku.Cantik.

Perasan!

Perlahan-lahan aku melangkah keluar bilik,petang ni aku ada temu janji nak lepak dengan Syeera dan yang lain kat 7eleven dekat taman perumahan ni.Well,sambil-sambil lepak boleh usha pekerja-pekerja kat 7E tu kan.Heheh..

"Nak pergi mana tu?"
Langkahku langsung terhenti bila mendengar suara itu.Aduh,dia ni.Potong stim betul,ni kalau dia tahu aku nak lepak dengan kawan lelaki mesti dia tak kasih.Tapi dengan Ikmal boleh pula.

"Nak jumpa dengan Syeera gan Izara kat bawah tu."

"Pakai topi kenapa?"

"Alah,abang cuaca kat malaysia kan tengah panas sangat-sangat ni.Kat iklan pun kata kalau nak keluar pakai sesuatu yang melindungi kepala kita kan?Kalau Farah terkena strok haba macam mana?Mak ngah dengan abang juga yang susah."
Terangku bersungguh-sungguh.Abang Amir ni kalau nampak saja aku pakai lain daripada yang lain mesti dia syak sesuatu yang bukan-bukan.Memanglah aku ni liar sikit,tapi aku pandailah nak jaga diri.

"Jangan lambat sangat nak balik."
Ujarnya dan aku terus tersenyum lebar.Usai memberikan salam aku terus berlari menuruni tangga untuk kebawah.Belum sempat aku melangkah lebih jauh lagi,aku sudah pun melihat kelibat Syeera dan Izara duduk ditangga.

"Hi girls"
Sapaku ku kuat hingga suaraku bergema diruang tangga.Mereka yang membelakangi aku terus sahaja berdiri dan berpaling bercekak pinggang.Segera aku menilik jam telefon ditangan kananku.

Ohhh lambat sepuluh minit.

"Sorry"

"Banyaklah kau punya sorry,mereput kami tunggu kau tau.Kang kita orang tinggal kau seorang-seorang tak dapat kau nak lintas jalan kat depan tu."

"Kejam!"
Ujarku dengan nada merajuk.Sengaja gunakan kelemahan aku untuk buat aku takut.Tahulah aku ni tak dapat langsung nak lintas jalan kalau tak de teman.Tangan dua ekor beruklah tangan untuk aku pegang masa nak lintas jalan.Kalau tak ada dua orang ni takadalaha aku nak jalan jauh.Entah kenapa aku fobia sangat nak lintas jalan ni,nak kata trauma tak pula.Takut gitu-gitu je,nampak kereta yang laju-laju tu memang kecut arh perut ku nak lintas.
Tak ada kereta pun aku takut-takut nak lintas.

Eh,banyak sangat perkataan lintas ni dah kenapa?

"Dahlah jom,Ezad gan yang lain dah berkali-kali call."

"Let's go girls!"

******

Minuman yang terhidang dihadapanku aku,sedut laju.Fuhh,sejuknya sampai ke otak aku rasa.Nyamannn.

Jariku laju menekan-nekan skrin telefon dengan sengihan dibibir.Maklumlah,tengah chat dengan buat hati en.Dah kena pujuk gais!

"Oh My God.Guys!"
Jerit Syeera tiba-tiba lantas membuatkan kami semua menumpukan perhatian kearah Syeera yang menatap telefon dengan mulutnya yang ternganga besar.Kerusiku aku dekatkan dengan kerusinya.

"Asal?"

"Aryan.."

Aryan?Kenapa dengan budak tu?

"Kenapa dengan Aryan?"
Tidak menjawab,Syeera malah menunjukkan skrin telefonnya dihadapan Kami.Lama aku menilik gambar Aryan yang berdiri dengan senyuman yang manis terpapar diskrin.

Okey..

Jadi apa yang omaigad sangat tu Syeera?

"Gila wehh,handsomenya!!!!"

Shh...Boyfriend Aku Gay!!Where stories live. Discover now