Bab 5:Kantoi

123 6 3
                                    

JARI jemariku laju mengetuk permukaan meja menghasilkan bunyi seperti kuda tengah berlari.Aku kerling kekanan,dia tengah tidur memang kaki tidur budak ni bila cikgu tak masuk.Kemudian aku kerling kekiri,budak yang satu ni rajin sikit.Sekarang pun dia tengah buat nota Sejarah.Tapi sayang,perangai dia dingin nak mampus.Dah seminggu pindah sini tapi masih tak berubah.

Aku pandang kembali ke depan.Sekarang aku tengah bingung nak buat apa.Bosan.
Nak berkumpul dengan pelajar perempuan yang lain,takut tertambah pula dosa aku dengar dia orang bergosip.Nak melawat kelas lain takut pula ada guru atau pengawas nampak.Nak ajak budak berdua sebelah menyebelah aku ni bercerita?Hah,baik tak payah.Bukannya dia orang nak layan pun.Rasanya meja kami ni meja yang paling sunyi.

Jadi aku buat keputusan untuk duduk dan menunggu loceng rehat berbunyi.Jam dinding di depan kelas aku tilik.Tidak lama lagi rehat,tunggu 15 minit saja lagi.

Baru berkira-kira mahu tidur sekejap,bunyi kerusi di tolak ke belakang membantutkan niatku.Aku pandang Aryan yang berjalan keluar dari kelas tanpa ada sebaris ayat pemberitahuan kepada ketua kelas.Ewahh,dia ingat sekolah ni bapak dia punya?Peraturan kecil langgar macam tu je.

Niatku mahu meletakkan kepala di atas lengan terbantut sekali lagi tatkala pemilik meja di sebelah kiri ku turut berjalan keluar dari kelas,juga tidak meminta kebenaran.

Hilang terus niat mahu tidur tadi.Sekarang aku tertanya-tanya.Kenapa dua orang yang saling membenci tiba-tiba keluar dalam waktu yang hampir sama?

Dia orang ada rancangan nak buka gelanggang wwe ke hari ni?Aku pandang rakan sekelas aku yang lain.Semuanya tidak kesah bahkan mungkin tidak perasan Aryan dan Hafey keluar.Aku juga sepatutnya tidak perlu ambil tahu.Tapi kenapa aku rasa macam ada sesuatu akan terjadi?

"Tak boleh jadi ni."

Aku mengambil telefonku dari dalam beg secara senyap-senyap.Mana tahu sesuatu akan terjadi nanti.Bolehlah aku merakam bukti.Tapi bukannya untuk diserahkan kepada pihak sekolah,tapi untuk di bawangkan pelajar sekolah.

"Balqis,aku nak pergi bilik guru kejap."

Balqis hanya menaikkan ibu jarinya tanpa memandang aku.Khusyuk sangat dengan cerita yang disampaikan Siti.Entah siapa pula yang dibawangkan hari ini.

Tanpa menunggu lama,aku keluar kelas.Sampai di aras bawah,aku terus mencari-cari kelibat Aryan dan Hafey.Namun aku yakin,dia orang ada di tandas lelaki.Jadi aku aturkan langkah ke sana.Mujur,sekolah sedikit lenggang hari ini.Pengawas juga tidak berkeliaran.

Aku berhenti bila tandas lelaki sudah kelihatan.Jari tiba-tiba naik menggaru kepala.Takkan aku nak masuk pula?

"Perasaan aku je kut."

Aku cuba menafikan kegelisahan hati.Lagipun buat apa aku nak peduli dengan dia orang?Nak pandang aku pun nak tak nak.

Ah!Lantak lah dia orang.

Aku menyambung langkah melepasi tandas lelaki.Disebabkan tadi sudah hampir waktu rehat,jadi aku sengaja mahu berlegar-legar seketika.Aku mengambil jalan melepasi dewan untuk ke kantin.Satu pusingan.

Mata aku melilau memandang sekeliling.Sesekali aku bersembunyi bila pelajar-pelajar yang sedang belajar di makmal sains memerhati aku.Dewan sudah aku lepasi,namun merasakan seperti ternampak sesuatu,aku mengundurkan langkah.Pintu dewan tertutup.Jadi apa yang aku nampak tadi?

"Kau gila ke?!"

Naik bulu roma aku mendengar jeritan itu,spontan mata menilik sekeliling.Tiada siapa-siapa pun.Suara itu kedengaran datang dari bahagian sebelah dewan.Perlu ke aku menjenguk?

Lama mengambil keputusan,aku akhirnya mengundurkan langkah lagi hingga ke belakang dewan.Telefon di dalam saku baju kurung di ambil,applikasi WhatsApp di tekan.Kamera pada bahagian status di tekan,jimat sikit ruang telefon rakam dekat status ni.

Sampai di hujung bahagian sebelah dewan,aku berlindung di sebalik dinding.Hati mula ragu dengan keputusan yang di buat tapi mendengar suara lelaki bergaduh mendorong aku untuk menjenguk.

Dengan kiraan satu hingga tiga aku memberanikan diri menjengulkan kepala.Mataku membesar tatkala melihat orang yang aku cari tadi sudah ada di depan mata.Malah dalam keadaan yang sukar aku bayangkan.

Butang merakam pantas di tekan.Aku tidak percaya dengan pemandangan yang menyapa mataku.Aryan dan Hafey berpelukan?Adakah aku sedang berhalusinasi atau ini sememangnya kenyataan?Bukan tadi tengah bergaduh ke?

Tempoh 30 puluh saat sudah tamat.Yakin data aku di matikan,aku menghantar video tadi ke status ku.Sekali lagi butang merakam di tekan.

Seakan mahu putus nafasku bila Hafey tiba-tiba menolak Aryan ke dinding dan memerangkap tubuh Aryan dengan kedua tangannya.Saat wajah Hafey ingin mendekati wajah Aryan,jeritanku terlepas dari mulut lantas mereka menoleh memandangku.

Aku kaku seketika.Otakku seakan berhenti berfungsi.Saat melihat Hafey dan Aryan sudah mengorak langkah ke arahku,aku tersedar aku berada dalam bahaya.Cepat aku mengorak langkah lari dari mereka.Rakaman tadi sempat aku simpan di statusku.

Aku tidak tahu apa yang aku saksikan tadi tapi aku yakin aku bukannya bermimpi!

******

Girls

Aku dah kata dia tu gay!

Aku mengigit jari menunggu Izara dan Syeera memberi reaksi pada dua video yang aku hantar ke ruang sembang kami.Video yang aku rakam pagi tadi.

Izara

Aku guna basic internet je.Tak dapat buka.

Siapa pula yang gay ni?

Kau minta hotspot dekat abang kau sekarang.Kau kena tengok bebbb!

Syeera

OMG!

Kat sekolah kita ke ni?Siapa tu?Dari mana kau dapat video ni?

I can't believe this!

Aku menghembus nafas yang entah sejak bila aku tahan.

Yes sekolah kita!kalau aku bagitahu siapa kau orang mesti tak percaya.Aku nampak dengan mata aku sendri weh,aku siap rakam bagi kau orang tengok.

Izara

Video apa ni?Serious,jangan main-main dengan aku.

Syeera

Video orang buat maksiat!

Izara

What?!Siapa?

Aryan dengan pelajar baru kat kelas aku!


Syeera

What?!Aryan?

----------××××----------

Kindly to leave your vote and comments readers!

#shhboyfriendakugay





Shh...Boyfriend Aku Gay!!Where stories live. Discover now