HAMPIR hilang keseimbangan aku bila tanganku tiba-tiba ditarik seseorang.Bila di lihat,rupanya Balqis si ketua kelas yang tidak bertauliah.Kadang-kadang aku tertanya-tanya,macam mana aku boleh undi dia jadi ketua kelas?
"Aku nak tahu cerita sebenar ni."
Ah sudah!
Dekat rumah sudah habis jawapanku di berikan kepada Abang Amir.Dekat pagar sekolah,ada juga yang bertanya.Aku terlupa pula,ratu gosip sekelas dengan aku.
Aku tidak tahu macam mana video itu boleh tersebar luas.Tapi aku pasti,Syeera dan Izara yang memulakan cerita.Memang pada awalnya niat aku untuk membawa telefon aku bersama untuk merakam apa-apa yang terjadi untuk di ketahui pelajar lain.Tapi apa yang aku nampak semalam sedikit sensitif.Terlupa pula aku berpesan pada Syeera dan Izara untuk merahsiakan hal video tersebut.
"Kau tahu dari mana?"
"Kau tak ada dalam group WhatsApp sekolah ke?"
Jawapan berupa soalan yang sama aku dapat dari setiap pelajar yang aku tanya.Jadi semuanya tahu dari group WhatsApp tu?Abang Amir pula tahu dari Ikmal.Aku tak tahu pula Ikmal tahu dari mana.Mustahil dari Aryan walaupun dia orang tu member.
Nasib baiklah Ikmal belum soal siasat aku lagi.
"Tak.Aku tak ada banyak group lah."
"Laa,aku buat group tu dari tahun lepas lagi.Ingatkan kau ada."
Aku hanya senyum kambing.Kalau ada group itu pun,bukannya aku berminat nak masuk.
"Siapa yang hantar video tu dalam group?"
Aku tanya pula soalan yang serius.Tidak sempat bertanya pelajar yang lain eloklah bertanya pada Balqis.
"Laaa,Izara yang hantar.Dia cakap kau yang rakam video tu.Betul ke tu Aryan dengan Hafey?"
Balqis membisikkan ayat yang terakhir.Siap tengok kiri kanan lagi,lagak takut orang dengar.Padahal
nanti dia sebarkan juga satu sekolah.
Aku garu kepala yang tidak gatal.Normallah orang yang bingung nak jawab apa akan garu kepala."Tak tahulah.Tak jelas aku rakam,tak nampak."
Jawapan sama aku berikan kepada Balqis,seperti jawapan aku pada Abang Amir."Laa,kau tengok depan mata kan?Video tak jelas pun kau tengok dengan mata kau sendiri."
Eh,minah ni.Banyak cakap pula.
"Aku tak tahulah.Aku tak ingat siapa.Dia oranglah kut.Dah,dah,aku nak buat kerja rumah BM ni."
Agak kasar aku menyentak tanganku.Kalau layan semua soalan Balqis,mahu ke esok pun belum tentu terjawab.
******
Rasanya hari ini aku adalah orang yang paling di kenali dekat sekolah ni.Pergi mana-mana orang mesti akan panggil.Pelajar yang aku tak kenal dan pura-pura tak kenal aku tiba-tiba pula boleh bermesra alam dengan aku.
"Kau kata kau tak ada kuota malam tadi.Tapi kenapa pagi-pagi ni kecoh pasal video tu?Semua cakap kau yang hantar."
Belum sempat Izara duduk,aku terlebih dahulu menembak dia.
YOU ARE READING
Shh...Boyfriend Aku Gay!!
Teen FictionAku Farah Qistina Segalanya berjalan dengan baik sebelum kedatangannya dalam hidupku. Disebabkan dia semuanya berubah.Terutamanya perasaan aku terhadap lelaki. Bukan nak cakap yang aku tak pernah bercinta atau aku benci lelaki.Tak,aku sudah banyak k...