STUDIUM BUKIT JALIL
"PARK JI HOON! Park Ji hoon!" Riuh bingit jeritan peminat-peminat Park Ji hoon bekas ahli Wanna One temui peminatnya di Malaysia.
"Park Ji hoon! Park Ji hoon!" Dalam ramai-ramai itu kedengaran suara jeritan salah seorang peminat tegar Park Ji hoon.
Dia berhasrat mahu bergambar dengan idolanya itu. Datang berdua dengan sepupunya. Usia mereka sama baru mencecah 18 tahun. Dia anak bongsu dari dua beradik. Dia adalah seorang gadis. Gadis yang sangat lincah. Suka berkhayal. Berkhayal bertemu si kacak Park Ji hoon, idolanya.
Dikala malam jika tidak dapat menatap sekali wajah idola kesayangannya itu, tidak lena tidurlah jawabnya. Dan sanggup berhabis duit demi mendapatkan tiket mahal semata untuk menonton persembahan Park Jihoon. Dengan niat di hati dapat berswafoto bersama lelaki itu sebaik tamat persembahan itu nanti.
Dialah gadis lincah yang bernama Nuraina Nadhirah. Gadis berkulit sawo matang namun, memiliki sepasang mata dan alis mata yang cukup menawan hingga mampu menggetarkan jiwa lelaki yang memandang dengan setiap lirikan matanya.
Aliesya Safiyya a.k.a Icha adalah nama yang diberi oleh mamanya iaitu sepupu kepada Nuraina Nadhirah a.k.a Aina. Bertahi lalat di atas bibir. Berkulit sawo matang. Berambut lurus. Memiliki mulut yang sangat banyak ibarat mulut becok kata orang. Tetapi, memiliki hati yang sangat baik dan mudah tersentuh hati orangnya. Cerewet. Kena sangatlah tu, dua-dua sama perangai.
"Nuraina Nadhirah! Jom, balik! Dah lewat sangat ni. Nanti mama bising pulak," ajak Aliesya safiyya sepupu kesayangan Nuraina Nadhirah.
"Apa, Aliesya Safiyya?" jerit Aina kurang dengar apa yang dikatakan Icha kerana bingit dengan suasana.
"Jom balik! Dah lewat sangat ni. Nanti mama papa aku bisinglah!" pekik Icha. Aina yang baru mendengarnya, menggeleng laju tanda masih tidak mahu pulang.
"Alah, dah pukul sebelas lebih ni. Nanti mama tanya apa Icha nak jawab? Papa tak pelah dia tak de. Oustation," bebel Icha yang mulai gelisah, khuatir mamanya akan memarahinya jika mereka pulang ke rumah terlalu lewat.
"Icha, kau balik dululah. Nanti aku balik naik teksi atau grab je. Aku nak tunggu Park Jihoon ni," balas Aina.
"Tak de maknanya Bae Jihoon tu nak datang jumpa kaulah. Berpuluh ribu peminat dia yang datang malam ni. Bukan kau sorang je yang dia nak layan. Dah, jom balik! Lagipun kau dah dapat autograf dia awal tadi, kan? Okeylah tu. Kau nak tunggu apa lagi? Kalau kak long bising macam mana?"
Icha bengang dengan kedegilan Aina yang berkeras mahu menunggu dan pulang sendiri. Sedangkan dia telah berjanji dengan kakak saudaranya iaitu Aisyah Sofea kakak kepada Aina untuk menjaga Aina dengan baik sepanjang berada di situ. Tidak mungkin dia akan mungkirinya.
Aina menoleh memandang Icha yang sedang berdiri di sebelah.
"Aku nak ambil gambar dengan Bae Jihoon dulu, baru aku ikut kau balik. Kalau kau boleh tunggu, just stay. Kalau kau tak boleh tunggu, just go home! Aku tak halang dan tak juga paksa kau balik, okey!" ujar Aina dengan nada yang terpaksa dikuatkan gara-gara suasana yang hibgar-bingar.
Sempat dia kenyitkan mata pada Icha sebelah kanan. Icha menggumam bibir geran. Namun dia terpaksa akur. Tak mungkin dia akan tinggalkan sepupunya di situ seorang diri. Bahaya bakal mengundang gadis itu nanti. Jadi, dia terpaksalah menunggu sehingga tamat persembahan.
Setelah tamat persembahan, peminat mula berebut untuk bergambar dengan idola mereka. Aina pula sudah semakin hampir dengan Park Jihoon. Dia berusaha mencelah dari puluhan ribu orang. Tiba-tiba...
"Sorry, all fans! It's time for Park Jihoon to go home. Please give space and passage for Park Jihoon. Meeting time is over." Pengumuman dari mana entah datangnya suara itu.
Orangnya tidak kelihatan pun. Hanya kedengaran suara sahaja. Mungkin pengacara majlis atau pengurus Park Jihoon sendiri. Atau mungkin juga suara ketua sekuriti yang menjaga laluan untuk Park Jihoon.
Aina yang mendengarnya mula kelam kabut berlari menolak sesiapa sahaja yang menjadi penghalang laluannya. Baru sahaja langkahnya hampir tiba di hadapan Park Jihoon, malang tak berbau. Dia tersadung kaki hingga membuatkan dia tertonggeng ke tanah. Bukan sahaja tertonggeng, malah mukanya juga elok tersembam sekali tertonyoh di situ. Sesaat, suasana terasa sepi terhumban ke dalam dunianya.
Tidak lama keadaan itu, Aina tersedar dan termalu sendiri. Nasib baik orang ramai tidak sedar dan tidak pedulikan dia pun kerana semuanya sibuk terkejarkan Park Jihoon mereka.
"Adeh! Sakit giler!" Berdecit-decit mulut Aina menahan kesakitan.
Namun, demi idola kesayangannya dia gagahkan diri untuk bangkit berdiri dan meneruskan niatnya untuk temui lelaki itu. Kakinya dihayun laju. Tetapi, langkahnya mula terhenti apabila dilihatnya Park Jihoon sudah berlalu terlalu jauh hingga sukar untuk Aina mengejar lagi memandangkan keadaan sekitar yang dibanjiri peminat Park Jihoon. Terkial-kial dia cuba keluar dari dihimpit peminat-peminat Park Jihoon.
"Park Jihoon! Bae Jihoon! Oppa Jihoon! Jamsiman yo!" Sempat Aina melaung memanggil nama idolanya itu.
Dia hampir menangis kerana terlepas peluang untuk bergambar dengan lelaki itu. Hasratnya tidak kesampaian. Lemah lututnya yang sedia sakit akibat jatuh tadi. Belakang Park Jihoon yang sudah berada dikejauhan itu direnung sayu. Lelaki itu langsung tidak menoleh. Hanya meneruskan langkahnya.
Aina sudahpun jatuh terkulai di situ juga membuatkan orang ramai memandangnya pelik. Icha yang melihatnya terus berlari mendapatkan Aina yang sudah lemah longlai itu.
"Aina, okey tak ni?" Icha risaukan Aina pitam di situ. Kes naya nanti. Jenuh dia nak menjawab dengan Kaklong dan mamanya nanti.
"Penat je aku datang sejauh ni semata-mata nak bergambar dengan dia. Tapi... tak dapat! Dia tak pandang aku pun masa aku laung panggil nama dia tadi. Sakitnya tuh di sini!" Menangis sudah gadis itu dalam keadaan menumbuk dada sendiri membuatkan Icha tergaru kepala yang tidak gatal itu.
Tergeleng kepala dia dibuatnya dengan aksi dramatik yang dicipta sepupunya itu. Dah masak sangat.
"Wei, kau jangan nak buat drama queen kau kat sini ek. Malu orang tengok. Aku lagilah malu. Dah, jom balik! Jangan nak cengeng dan berdramatik sangat. Poyo je." Icha menarik lengan Aina ajak pulang bersamanya.
Dengan lemah dan memuncung sepanjang sedepa, Aina bingkas bangun dan terpaksa akur dengan ajakan sepupunya itu. Dia membuntuti gadis itu dengan perasaan yang penuh dengan kekecewaan kerana hasratnya tidak kesampaian.
'Sampai hati kau, Bae Jihoon. Kau tak pandang aku masa aku panggil kau tadi. Benci tau!' Aina bermonolog sendiri.
Akhirnya malam itu dia bermalam di rumah Icha di Puchong.
Jamsiman yo!-tunggu kejap
Re-edit 1 May 2020
YOU ARE READING
DIA SI PERAGUT HATIKU(COMPLETE)-TERBIT 20 JULAI 2021/TUNGGU PENILAIAN MEGADRAMA
RandomTelah di delete beberapa bab untuk terbitan fizikal. Blurb/sinopsis dia ada dalam bab akhir story ni. Dan story ni telah di delete separuh bab kerana telah dicetak versi fizikal. Sila beri tunjuk ajar andai ada kesalahan yang anda temui dalam story...