BAB 3(done edit✔️)

307 50 158
                                    

AISYAH buntu. Mundar mandir dia berjalan di ruang tamu memikirkan cara untuk pulihkan adiknya yang semakin parah gayanya sampai tak boleh buat apa. Dia sudah mengikuti apa yang dikatakan Ustaz Junid tempohari. Tetap tak jalan.

Dalam tengah runsing kepala, tiba-tiba dia teringatkan sepupunya Azran, abang kepada Icha yang masih belajar di Korea. Apa lagi, tanpa menunggu lama dia terus menghubungi Icha meminta dia hadir ke rumahnya untuk berbincang tentang sesuatu.

      🥰🥰🥰

“Kenapa kak long panggil Icha datang ke sini dengan tiba-tiba je ni?" soal Icha setibanya dia di situ seusai melaga-laga pipi dengan Aisyah.

Kemudian, mereka berdua melabuh duduk di sofa dalam ruang tamu rumah itu sambil menghadap TV.

Aisyah mengubah posisi dengan duduk bersila di atas sofa menghadap Icha di sebelah.

Icha pula merenung Aisyah pelik dengan kelakuan  tika itu.

  "Kak long dah tahu cara untuk pulihkan Aina kembali." Aisyah terus ke topik utama tanpa berkias-kias lagi.

  Bersinar mata Icha mendengarnya. Bibirnya terukir senyum.  "Macam mana tu?" soalnya tak sabar ingin tahu.

   Aisyah mula menerangkan satu persatu apa yang mereka perlu lakukan.

Icha termenung seketika. Senyuman termati di situ. Wajahnya berubah riak serius. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu sambil menjemput-jemputkan dagu si bujur sireh itu seolah-olah seperti sedang bermain dengan janggut pula lagaknya. Sedangkan tiada janggut pun yang terlihat di mata kasar mahupun mata halus.

  "Boleh tak Icha tolong kak long?" soal Aisyah inginkan kepastian setelah mendapati Icha masih lagi berfikir.

   "Susahlah, kak long. Jauh tu nak cari. Bukan Icha tak boleh tolong. Tetapi, di mana Icha nak mencari Park Ji Hoon? Ingat senang ke nak jumpa artis terkenal macam dia tu? Tak de cara lain ke?" Icha tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal memikirkan permintaan  kakak saudaranya itu. Aduh, parah sungguh penyakit obsesi Aina itu.

   "Tak de. Kak long dah buat macam-macam dah tetap tak jalan. Semalam pun kak long sampai buat bacaan yasin. Dia pulih masa tu ajelah. Lepas tu, jadi balik murung dia tu. Dia hanya menangis dan asyik sebut-sebut nama si bihun dia tu! Stress~lah kalau berhari-hari dia masih macam tu. Lama-lama kak long naik fed up jugak. Tolonglah kak long, Icha. Kak long tak sanggup nak tengok dia terus macam tu. Icha pun pasti tak sanggup jugak, kan? Takkan nak biar dia terus begitu. Please!" Aisyah merayu Icha dengan mata dikerdip-kerdipkan berharap Icha sudi membantunya.

   Icha terus berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir memikirkan sesuatu cara untuk hubungi pengurus Park Ji Hoon. Dia akan cuba membantu kakak saudaranya itu demi Aina.

   Aisyah masih menanti keputusan Icha dengan anak matanya mengekori setiap gerak-geri adik saudaranya itu.

   Tidak lama kemudian, Icha menghentikan langkah dan menggaru  kepala. "Icha pun serabutlah fikirkan cara untuk hubungi Park Ji hoon atau manager dia. Kalau hubungi melalui Ig atau fb bukannya boleh percaya. Sebab banyak fake dari real."

   Aisyah yang menjadi pemerhati Icha di hadapannya itu tib-tiba mendapat satu idea. Inilah masanya dia keluarkan ideanya untuk petik nama Azran, abang kepada Icha. Bibirnya melorek senyum.

   "Icha... bukan ke abang Icha tu belajar kat Korea sekarang? What if we just ask him for help? Please!" saran Aisyah dengan kening diangkat- angkat membuatkan Icha menggeleng laju.

DIA SI PERAGUT HATIKU(COMPLETE)-TERBIT 20 JULAI 2021/TUNGGU PENILAIAN MEGADRAMAWhere stories live. Discover now