BAB 8(done edit✔️)

232 43 72
                                    

AISYAH, mula tersedar. Dia merenung sekeliling. Di manakah dia? Dia berada di tempat yang cukup asing baginya. Suasana yang sepi itu membuatkan dia mula bangun duduk. Kepalanya yang terasa berpinar dan mamai dipegang. Apabila matanya terbuka luas wajahnya berubah riak terkejut dan mulut terperohong.

“Aku kat mana ni?" Aisyah mula risau. Risau diculik mafia malam itu yang membelasahinya.

Ya, mafia itu. Aisyah baru teringat. Dia dibelasah oleh mafia yang berwajah ganas itu. Dadanya berombak kencang. Dia cuba turun dari katil. Sakit dan senak pada bahagian abdomen perut kembali menyinggah. Aisyah menekan perutnya. Lalu, dia menyelak baju mahu melihat dan memastikan kecederaan pada bahagian perut itu parah atau biasa sahaja.

Membulat mata gadis itu tatkala terlihat tompokan lebam hijau kebiruan besar. Tak guna punya mafia. Dia belasah pakai apa sehingga lebam seteruk itu? Aisyah berdecit sendiri kerana tertewas malam itu.

      Namun, dia masih tertanya-tanya, di manakah keberadaan dia sekarang? Yang dia pasti itu bukan hospital. Aik, bukan hospital? Bukan ke semalam Hafiy yang bawa dia pergi ke hospital? Aisyah kebingungan.

    “Er... hello anybody here?" Aisyah bersuara berharap ada yang mendengarnya.

Sepi.

Aisyah mula turun dari katil. Dengan langkah longlai, dia menuju ke arah pintu keluar. Ketika dia hendak ke pintu keluar, gadis itu melintasi cermin besar dalam ruangan itu. Tergerak dalam hatinya untuk menoleh. Saat dia menoleh ke arah cermin, matanya membuntang lagi besar.

"Mak! Hantu!" Tanpa sedar dia terjerit sekuat hati kerana terperanjat yang teramat. Lantas, laju sahaja tangannya naik menekup wajah sendiri hingga jatuh terduduk dek kerana tidak sanggup untuk melihat bayang dalam cermin tersebut.

Bam!

Tiba-tiba pintu bilik dikuak kasar dari luar dengan kuat hingga mampu menyentakkan Aisyah. Jeritannya turut lenyap.

"Hei, kenapa ni? Apesal kau jerit wei?" Kelam kabut seseorang mendapatkan  Aisyah.

"Hantu! Tu hantu kat cermin tu tengah tengok saya! Takut..." Terketar-ketar Aisyah tika itu sehingga tidak menyedari siapa yang berada di hadapannya kini angkara takutkan hantu punya fasal.

"Hantu? Mana? Mana Ada! Kau ni mengigau ke?" Seseorang itu terjengah-jengah kepala di cermin. Tiada apa-apa yang muncul di situ.

"Ish mak cik latah ni. Entah-entah dia tengok muka dia sendiri dekat cermin tu yang rupa macam hantu tu. Dia fikirkan tu hantu. Adui! Propa sungguhlah dia ni,” sambung lelaki itu lagi.

"Ha? Muka aku sendiri ke? Er..."
Aisyah termalu sendiri.

"Ya, muka kau sendirilah mak cik latah! Hemph, jerit macam pontianak. Buat parah boleh tuh. Ketuk kepala kang baru tahu!” bidas lelaki itu, geram.

Aisyah yang mendengar suara yang amat dikenalinya itu menjatuhkan tangannya perlahan dari menekup wajah. Bimbang hantu tadi menjelma jadi manusia pula nanti. Setelah dia memastikan suara itu memang pemilik seorang insan yang bergelar manusia asli bukan jelmaan, barulah dia melepaskan nafas lega.

"Kau rupanya, Hafiy Jebon! Buat terkejut aku je. Eh, macam mana aku boleh ada di sini dengan kau? Apa jadi semalam? Kau buat apa kat aku, hah? Apa jadi semalam? Mana mafia tu? Dan kau tu berbalut di kepala dengan bahu kau tu dah kenapa? Pipi kau tu dah kenapa lebam calar balar? Apa jadi semalam? Adik-adik aku mana?" Aisyah mengajukan soalan bertubi-tubi tanpa henti dalam keadaan panik apabila baru teringatkan apa yang berlaku semalam hingga terbawa dia ke situ.

DIA SI PERAGUT HATIKU(COMPLETE)-TERBIT 20 JULAI 2021/TUNGGU PENILAIAN MEGADRAMAWhere stories live. Discover now