BAB 12(✔️done edit)

155 22 150
                                    

BAB 12

KINI mereka tiba di hadapan Sunway Lagoon. Hafiy berkeras tidak mahu masuk ke situ. Dia sudah dapat mengagak mak cik latah itu mahu memaksa dia lakukan perkara yang menakutkan baginya hingga mengecut tubuh bimbang dengan apa yang bakal terjadi nanti. Si latah itu memang tak boleh dipercayai. Ada saja perkara yang ingin dilakukan di luar kotak fikiran lelaki itu.

Aisyah pula seperti biasa, menarik belakang baju Hafiy bawa masuk ke situ tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Sudah seperti Hafiy itu anak murid dan Aisyah sifunya sahaja. Aduhai, Hafiy terpaksa akur akhirnya.

Berdiri kedua-duanya di hadapan permainan kapal jong. Mereka berbalas pandang. Aisyah mengangkat kening berkali-kali siap dengan pakej sengihan sesuatu yang dihadiahkan. Hafiy mencerlung mata pada Aisyah. Dia tergeleng kepala.

"Kau nak naik jong ni atau aku bawa kau ke balai dan beritahu semua kerja haram kau tu? Pilih satu antara dua. Polis? Atau ikut aku main permainan ni?" Aisyah memberi kata dua sambil merias kukunya yang sudah mula panjang itu.

Hafiy meraup wajah sendiri dengan membetulkan topi di kepala. Kedengaran keluhan kasar dilepaskan. "Perlu ke main jong gayat ni untuk mengubah aku? Kau ni kan... kalau tak mengugut aku dan memaksa buat perkara bodoh ni tak boleh ke?"

Aisyah hanya mengendahkan rungutan si jebon.

"Kau naik sorang diri boleh? Bolehlah. Uhum... miau! Miau... bolehlah... miau..." rayu Hafiy dengan membuat muka comel ala-ala kucing memujuk tuannya itu, dengan mata dikerdip-kerdipkan dan jemari disusun mohon ampun. Berharap Aisyah berlembut hati untuk tidak memaksanya. Uish gayat sangat. Sungguh dia gerun.

"Alololo... tomeynya dia buat muka kucing garuk tu ya. Tak nak naik jong, ya? Tsk tsk tsk..." Aisyah menjemput dagu Hafiy, konon melayan sahaja rayuan si jebon itu. Gadis itu mula menarik senyuman sesuatu bersama renungan yang aneh membuatkan lelaki itu berubah riak.

Namun, dengan tiba-tiba sahaja Hafiy terasa tangannya ditarik kasar lalu, ditolak masuk ke tempat duduk kapal tersebut oleh yang boleh memuatkan satu barisan empat orang. Jika satu kapal itu boleh memuatkan dalam berbelas orang lebih kurang. Mereka memilih tempat di barisan paling belakang sebelah kanan.

Hafiy sudah gelisah tidak tentu arah. "Wei, tolonglah! Aku merayu... aku tak nak naik. Tolong... aku nak turun. Macam mana kalau nanti aku pengsan dalam kapal jong ni?" Hafiy mula membuat spekulasi yang bukan-bukan angkara gayat dan sebu hati.

"Relakslah, bro! Aku kan ada. Kau nak takut apa? Kata nak jadi sado. Nak jadi sado dan kuat macam aku, kau kena hadap benda ni. Benda yang paling kau takut. Kau kena cabar diri kau untuk laluinya. Baru kau boleh jadi kuat dan kau takkan rasa gentar untuk lawan mafia-mafia tu semua. Tak delah kecut macam tikus yang takut di makan kucing tu. Dah! Duduk situ diam-diam. Just enjoy! Yak yak yeay!" Sempat Aisyah menepuk bahu Hafiy meniup semangat pada lelaki itu.

Belum sempat Hafiy bersuara, kapal jong itu sudah bergerak. Hafiy kecut perut.

"Tidak!"

"Oh mak kau tidak! Tidak! Eh diamlah bodoh!" Terkeluar sudah latah si Aisyah dek terkejut.

Kapal jong dihayun semakin laju hingga memusing naik ke atas.

"Eh terpusing pusing. Eh pening eh kau eh pening!" Teruk latah si Aisyah yang hampir membuka palang yang menahan di perut mereka. Namun Hafiy sempat menahan walau keadaan takut. Nyaris gadis itu jatuh dan mati jika dibiarkan. Parah sungguh.

DIA SI PERAGUT HATIKU(COMPLETE)-TERBIT 20 JULAI 2021/TUNGGU PENILAIAN MEGADRAMAWhere stories live. Discover now