BAB 9(✔️Done edit)

203 36 245
                                    

THE RUMA HOTEL

#DIASIPERAGUTHATIKU

OH sayang...
Engkaulah jejaka idaman
Akulah yang paling menanti
Menyayangi...

       Nada deringan dari telefon milik Tuan Mikail lagu Jejaka Idaman nyanyian Raja Ema berjaya menarik perhatiannya. Pergh! Seakan tidak percaya bahawa lelaki bermuka ketat seperti Tuan Mikail itu mampu melayan lagu era 80 hingga ke 90-an. Legend betul Tuan Mikail punya cita rasa. Memilih P.A. lelaki tua. Suka lagu ala-ala 80-an atau 90-an. Nasib baik cara pemakaiannya tidak terikut era agogo. Kalau tidak, sudah tentu rupa Tuan Mikail yang ala-ala 80-an itu rambut berjambul di depan berseluar yenki berkaki ayamlah jawabnya.

      Tuan Mikail yang tengah sibuk menghadap komputer riba menyiapkan kerjanya itu, terhenti. Telefon pintar yang ada di atas meja tepi komputer riba tersebut dicapai. Nama Encik Rahim P.A yang terpapar di skrin telefon. Tanpa menunggu, dia langsung menjawab panggilan itu.

“Helo, Encik Rahim. Ada apa?”

“Helo, tuan. Saya dapat tahu, Aisyah dah masuk kerja. Dia ada di bahagian kitchen. Tuan cakap nak jumpa dia, kan? Tuan nak saya panggil dia ke?”

“Baru masuk? Sudah lewat begini baru muncul, hmph! Okey, suruh dia naik jumpa saya. Now!” Tuan Mikail membrri arahan tegas.

“Baik, Tuan Mika.” Encik Rahim menurut arahan.

Kemudian, talian dimatikan. Tuan Mikail mengemam bibir, berang. Rahangnya mula menegang sambil menunggu staf si latah satu-satunya yang suka dibulinya itu naik ke pejabat.

Telefon pintarnya itu ditilik seketika. Dia membuka pada bahagian senarai muzik. Lalu melayari senarai-senarai lagu di dalamnya untuk memilih genre kesukaan untuk didengari habuan menghilang kantuk dan kebosanannya. Antara yang tersimpan kumpulan V.E lagu Pop Ye Yeh, Ratuku dari kumpulam Wing dan  yang paling win lagu Sanisah Huri iaitu Si Baju Hijau pun ada. Oh mak aih, semua lagu spesis genre begitu yang tersimpan.

    Punya mencari-cari, balik-balik lagu Raha Ema iaitu Jejaka Idaman itu juga yang menjadi pilihan hati.

      Dia memutarkan lagu itu dan dikuatkan tahap kelantangan sederhana maksima muzik telefon itu hingga bergema satu ruangan bilik kerjanya.
  
      Sementara menunggu Aisyah masuk, dia menyambung kerjanya menghadap komputer riba. Lambat pula si latah itu muncul. Sambil menunggu sambil melayan lagu. Hilang juga rasa bosan di hati. Itu yang lelaki itu fikirkan.

    Tok! Tok!

      Kedengaran ketukan pintu masuk pejabat. Tuan Mikail mengerling sekilas ke arah pintu masuk kerana dia sudah tahu siapa orangnya sebelum memberi arahan masuk.

       Pada waktu yang sama, pintu dikuak dari luar. Tuan Mikail memandang ke arah si empunya tuan yang membuka pintu. Terpana dia tatkala melihatnya.

        Kelihatan Aisyah berpakaian ala-ala Raja Ema, siap berlenggang gaya model sedang tersenyum padanya. Gadis itu  mendatangi lelaki itu dengan menggoda.

DIA SI PERAGUT HATIKU(COMPLETE)-TERBIT 20 JULAI 2021/TUNGGU PENILAIAN MEGADRAMAWhere stories live. Discover now