TIARA HILL KUALA LUMPUR.
"AINA, jom pergi makan? Aku laparlah,” ajak Icha sambil mengusap perut kerana kelaparan.
Mana taknya, dari pagi tak makan kerana temani Aina yang mogok tak mahu makan. Tak pasal-pasal dia terlibat sama.
"Kau pergilah makan dulu. Nanti kalau aku lapar aku makanlah,” balas Aina dalam nada cukup perlahan antara dengar dengan tidak.
Remaja itu kelihatan benar-benar tidak bermaya. Dia hanya menghabiskan masanya di meja belajar itu dari pagi hingga ke petang.
Icha yang sedang duduk di birai katil itu menghampiri sepupunya. Tiba-tiba membuntang matanya terpasak pada lukisan hasil karya seni tangan Aina sendiri.
"Wei, kau yang lukis ni?" soal Icha, seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Ya,” jawab Aina sepatah seperti orang yang tiada perasaan.
Dia hanya leka dengan kerjanya. Kerja apa sangat. Kerja melukis gambar idola dialah apa lagi.
"Aku tak sangka yang kau pandai melukis. Sejibik muka Mr. Winky Boy tu. Macam mana kau boleh lukis gambar kau dengan dia duduk serapat ni? Sedangkan kau tak pernah bergambar dengan dia pun."
Sekelip mata potret lukisan figura dua insan itu sudah berada dalam tangan Icha. Ralit dia menilik hasil seni lukisan pensil tersebut. Bibirnya mengoyak senyum terpesona. Sungguh kemas. Terdetik sebuah pujian di hati Icha.
Aina pula masih statik di tempatnya. Sedikit pun tidak memandang Icha yang berdiri di sampingnya.
“Wei, jawablah. Macam mana kau boleh lukis gambar kau dengan Mr. Winky boy kau ni duduk bersama? Atas kerusi kayu pulak tu. Cantik weh!” Icha bersuara lagi apabila tiada jawapan dari Aina.
"Just my imagine." Aina menjawab juga akhirnya membuatkan mulut Icha terlohong.
Sungguh dia kagum dengan kreativiti Aina.
"Wow! How amazing! Kau ni kreatif dan berseni. Apa kata kita buat kerja ni untuk cari duit? Kau lukis dan aku jadi pembantu kau. Mesti lepas ni nama kau akan popular dan meletop-letop di persada dunia. Siap mencipta sejarah, pelukis terkenal dari MAS. Uish Nuraina Nadhirah binti Ahmad. Nama sepupu aku dah jadi popular. Tak sangkanya aku. Bangga oh!" Terlompat-lompat Icha kerana terlalu gembira jika apa yang dibayangkan menjadi kenyataan.
"Aku tak berminat dengan semua tu,” ujar Aina perlahan dan terus bingkas bangun keluar dari ruangan itu membuatkan Icha tergemap.
"Wei, kau nak pergi mana? Ish, semua tak berminat. Tak habis-habis dengan Park Ji Hoon dia tu. Nasib baiklah kau ni sepupu kesayangan aku dunia akhirat. Kalau bukan, tak kuasa aku nak melayan kau dah."
Baru sahaja Icha ingin melangkah keluar dari bilik Aina, telefon pintarnya berdering. Niatnya ingin melangkah terbatal. Telefon pintar yang ada di dalam poket seluar track suit nya itu dikeluarkan. Setelah melihat nama yang tertera di skrin itu ialah abangnya Azran, terus dia menjawab tanpa ragu-ragu.
“Yeoboseyo, oppa! Museun iriya?” Dengan cerianya Icha menyambut panggilan itu. Maksud, ‘hello abang! Ada apa abangku?’
“Helo, assalamualaikum my dear little sister?” Azran memberi salam di hujung talian.
“Um... waalaikumussalam, Abang An...” Icha termalu sendiri.
“Hish, budak ni. Berapa kali Abang An nak pesan kalau jawab panggilan tu mesti bermula dengan salam. Bukannya main terjah je dengan cakap yeoboseyo bagai tu. Kita kan orang islam. Ingat tu! Tak senonoh betul perangai. Banggakan sangat Korean dia tu.” Azran sudah mula membebel membuatkan Icha mengerut muka.
YOU ARE READING
DIA SI PERAGUT HATIKU(COMPLETE)-TERBIT 20 JULAI 2021/TUNGGU PENILAIAN MEGADRAMA
CasualeTelah di delete beberapa bab untuk terbitan fizikal. Blurb/sinopsis dia ada dalam bab akhir story ni. Dan story ni telah di delete separuh bab kerana telah dicetak versi fizikal. Sila beri tunjuk ajar andai ada kesalahan yang anda temui dalam story...