Part 7 -Date

1.5K 77 2
                                        

Heroin masih belum dapat pick up 'tingkah' hero kita.  Tu lah Min duk sibuk usyar jejaka lain...  😂

Part 7 : DATE

Dia senyum penuh makna. Nak kata senyuman perli, tak juga. Tapi senyuman tu ada unsur membunuh.

Aku tak mampu tersenyum walaupun melihat senyuman lebar Chan. Aku tidak mengalu-alukan kehadirannya ke sini.

“Tak, bertiga. Ni Abang Haikal. Dan seorang lagi member saya...”

"Member?" sampuk Chan dengan suara yang agak tegas.

Aku terkulat-kulat akibat serba-salah. Abang Haikal nampak keliru dengan kehadiran Chan.

“Siapa ni?” Fida muncul tepat pada waktunya.

Memandang Chan dari atas ke bawah. Siap pakej kerut kening rapat-rapat.

Chan yang duduk di sisi aku selamba menyandarkan tubuhnya. Eh, kejap. Sejak bila dia ambil tempat duduk di sebelahku?

“Dia ni?” Aku menoleh ke arah Chan.

“Abang sepupu aku.” Tu aku cakap. Tak sampai sesaat, suara Chan kedengaran.
“Bakal suami Azmin.”

Aku menegakkan tubuh gara-gara terkejut.

“Ha? Bakal suami?” Wajah Fida berubah.

Aku menelan air liur sambil cuba memikirkan alasan agar tiada salah faham yang berlaku.

“Mana ada bakal suami. Ni abang sepupu aku. Abang janganlah bergurau dengan kawan-kawan Min!” Aku tunjuk muka garang kepada Chan.

Lelaki itu ketawa kecil.

“Abang pula dah?” perlinya apabila menyedari aku mengubah panggilan namanya.

“Abang sepupu Min?” Fida mengulang kata-kataku kemudian menarik lenganku untuk menghadapinya.

“Serius abang sepupu kau?” bisik Fida seperti kurang percaya.

“Yalah, abang sepupu.” Aku tekankan suara sambil menjeling ke arah Abang Haikal, ingin tahu reaksinya. Janganlah dia ingat yang bukan-bukan pula nanti.

"Dia Cina." Air muka Fida semakin bertambah terkejut.

"Yelah Cina." Aku menyahut.

Melihat Fida semakin tercengang, aku ketawa dibuat-buat.

“Min buat apa kat sini?” soal Chan sambil mengambil french fries ku di atas meja. Selamba je dia menelan.

“Makan dengan kawan-kawan. Abang buat apa kat sini, kan abang kerja lagi?” Aku bertanya. Lagi sekali menjeling ke arah Abang Haikal. Abang Haikal sibuk dengan telefon pintar dia je. Sedih pula aku acara dating ni diganggu malaun bernama Chan Wei Ting.

“Lunch," jawab Chan sepatah.

“Kan mama abang dah beri bekal?” Aku kehairanan. Dia tak makan bekal tu ke?

Chan tak menjawab.

Malah dia merenung wajahku lama seolah-olah sedang menduga.

Aku malas nak tengok muka menyombong Chan tu.

“Err, Fida...” Aku menoleh ke arah Fida.  Tapi Fida khusyuk merenung wajah Chan.

“Fida!” Aku menepuk lengannya. Dia mengerut kening.

“Apa?”

“Jadi ke nak main archery kat atas?” soalku hampir tergagap.

“Aku on je...” balas Fida tersengih lebar.

“Abang Haikal ada kerja sikit nak buat. Fida boleh balik naik grab tak?” soal Abang Haikal tiba-tiba.

Aku jadi kecewa apabila mendengar kata-kata Abang Haikal. Baru je nak rapat dengan dia, tapi dia pula tengah ada kerja.

“Tak apa, nanti Min yang hantarkan Fida balik rumah,” ucapku dengan nada kendur.

“Abang balik rumah ke lepas ni?” Aku menoleh ke arah Chan pula dengan harapan dapatlah jawapan 'Ha'ah nak balik' atau 'Abang plan nak pergi sekian sekian tempat'.

"Abang ikut. Archery." Tiba-tiba dia buat keputusan.

Aku dengar suara Fida berdecit seperti teruja.

Aku hampir kena strok haba!

Chan pula tersenyum tipis. Tak tahu kenapa dia senyum dekat french fries tu.

.
.
🍧🍧🍧🍧

🔥EDISI TERHAD sekali cetakan sahaja tau 😰
🔥7 hari aje sebelum CLOSE preorder! 😱

Untuk pratempahan boleh ws admin :

http://www.wasap.my/+60198817140/rc
.
🙊

Pembelian single Chan :
RM 28 (POS FLEXI)
RM 32 SM / RM 36 SS (POS LAJU)

Nak jimat boleh beli kombo (Chan dan Love, Suga)
RM 48 (POS FLEXI)
RM 52 SM / RM 56 SS (POS LAJU)

CHAN, MR EGOIS! (TERBIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang