Review Mini Novel Chan

852 13 3
                                    

REVIEW CHAN, MR. EGOIS!

Dah lama tak baca novel sampai tamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dah lama tak baca novel sampai tamat. Sibuk, kut. Tak ada masa sangat. Lagipun, saya kurang minat membaca dari dulu. Entah apa-apa punya alasan. Nak kena ketuk kepala dengan sudu ni baru insof! Sebagai penulis, kenalah rajin membaca. Walaupun kurang minat, tapi paksalah diri tu sikit. Tak gitu?

Okay, done merepek.

Chan, Mr. Egois! Kalau baca dari tajuk, nampak macam klise dengan cerita-cerita sebelum ni di mana seorang lelaki kaya bertemu jodoh dengan gadis miskin. No, no, no… bukan begitu, guys. Don’t judge book by dia punya tajuk.

Cover depan buku ni cantik dan nampak ‘suci’ di mata saya sebab ia berwarna jernih. Jumlah muka surat 248 dengan harga RM28.00 (termasuk pos). Jenis kertas Bulky dan bertulisan Trebuchet size 13, kut. Maafkan saya kalau salah ye wahai cik penulis 😁 Tulisannya besar dan jelas. Saya suka. Perenggannya juga kemas dan tak letih kalau membacanya. Hui… banyak pujian kena belanja sate arnab ni!

Okay, back to the topic. Novel ni POV1 ye. Saya suka POV1. Ia menceritakan kisah seorang Chan dengan nama penuhnya William Chan Wei Ting yang dipelihara oleh keluarga Melayu disebabkan ibu bapanya meninggal dalam kemalangan. Stop sampai sini saya cerita pasal Chan. Kang kalau cerita habis, spoil pulak pada mereka yang belum baca tu. Hehe…

Apa yang saya nak beritahu melalui pemahaman saya mengenai buku ni, isinya ada banyak pengajaran. Baik dari sudut bangsa, agama dan perjuangan untuk seseorang itu berfikiran positif apabila dilanda sesuatu musibah.

Saya sentuh sikit mengenai watak Chan di mana sejak kecil dia rasa terpinggir dengan keluarga Azmin (heroin dalam novel ni) disebabkan dia berlainan bangsa. Azmin pula ramai sepupu. Kalau berkumpul, penuh satu rumah. Disebabkan perkara tu, Chan lebih suka mengasingkan diri tambah-tambah lagi dia jenis ulat buku.

Azmin pula suka prejudis terhadap Chan kerana berpunca dari satu peristiwa yang agak memalukan Azmin sebagai perempuan. Ada ke patut Chan buka pintu bilik air tengah Min mandi? Memang tak patut!

Sebab itu bukan suka-suka Azmin selalu nak bersangka buruk dengan Chan. Ada lagi banyak perkara yang Chan buat sehingga boleh timbul sangkaan yang tidak baik dalam diri Azmin pada lelaki tu. Bila dah besar, Azmin balas dendam apabila dia pula yang buka pintu tandas ketika Chan sedang berak. Ops, yang ni saya tak nak cover perkataan. Biarlah perkataan ‘berak’ tu.

Bagi saya, Chan tu sweet dengan caranya sendiri. Dia tak perlu pun nak terhegeh-hegeh kat Min ke apa. Dari jauh je dia perhatikan budak Min tu. Dah lama dia sukakan Min sebenarnya. Tapi, banyak pula salah faham itu ini. Hehe…

Dah, dah. Tak boleh cerita lebih-lebih. Dahlah buku LIMITED EDITION, ingat senang ke nak dapat? Cetakan cuma sekali seumur hidup. Sayanglah nak lepaskan ke tangan orang lain. Dahlah ada tanda tangan penulis… kan…

Sekian. Thank you. 🤗

rafina

Thank u kak!

CHAN, MR EGOIS! (TERBIT)Where stories live. Discover now