Part 4 LIKE I CARE...

1.6K 62 9
                                    

Ada yang tunggu update Chan tak? Hihi. Sorry mungkin ada yang termiss tag sebab line ada satu bar je 🙏

PART 4 - LIKE I CARE

AKU bersandar di daun pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU bersandar di daun pintu. Kaki ku silang dengan tangan memeluk tubuh. Aku jeling dia yang tengah duduk dan membuka beg pakaiannya.

“Awak.” Aku menegur. Jarang aku membuka mulut untuk berbual dengan anak angkat Mak Ngah Tia ni. Aku sengaja mengelak daripada dia selama ni.

Chan mengangkat kepala dan memandangku sekilas.

“Eh, tak dengar ke?” Aku buat-buat garang apabila melihat Chan leka menyusun beberapa pakaiannya di atas tilam.

“Dengar, cakaplah.”
“Kenapa mak ngah tanya kat mama saya pasal awak nak kahwin dengan saya?” Sengaja aku tanya dengan nada sombong.

“Hmmm."

Aku mengetap bibir. Membulatkan mata. “Awak betul-betul nak kahwin dengan saya ke? Saya tak sudi. Tak nak kahwin dengan orang macam awak.”

“Like I care.”

Wow!

Telingaku tiba-tiba rasa berasap. Aku jegilkan mata gara-gara terkejut mendengar jawapannya.

“Cakap kat mak ngah yang awak tak nak kahwin dengan saya,” ujarku tegas setelah mampu mengawal rasa hembusan kus-kus lava gunung berapi di kepala.

“Kau lah yang cakap.”

“Kau?” Aku bercekak pinggang. Aku ingatkan dia ni jenis berhemah sebab kerja pensyarah, rupanya sejenis mangkuk jamban.

“Eh, aku serius ni,” ucapku tak mahu beralah. Kau aku ye? Tak apa, aku layan je dia ni.

Dia diam tidak menjawab.

“Aku cakap betul ni, kau bagitahu kat mak ngah, kau tak suka aku. Faham tak?” soalku menghentak sedikit daun pintu.

Dia menjeling sekilas kemudian membuka komputer ribanya.

“Jangan tak cakap pula!” Aku tinggikan suara supaya dia tahu yang aku tak main-main.

Tapi dia sekadar buat muka bosan.

“Dah ke?” Chan bangun, tersenyum kecil.

Nampak lesung pipit kat pipi dia tapi tak lama. Comel la juga. Tapi tu la aku rasa macam tak sedap hati pula sebab aku rasa dia comel.

“Belum habis lagi.” Aku menuding jari kepadanya apabila dia semakin mendekatiku.

“Kalau belum, sambung nanti," ucap Chan sambil membuka butang bajunya satu persatu.

Aku bergegas menegakkan tubuh gara-gara terkejut dan keliru.

Kalau dia berani buat benda tak senonoh memang aku jerit je. Mak ngah, Kak Aidin dan mama ada kat tingkat bawah, siaplah dia.

"Awak nak buat apa?" soalku dengan nada yang kuat.

Aku dah ready nak menjerit masa dia angkat tangan. Ingatkan dia nak tarik aku masuk ke bilik. Tapi Chan tolak bahuku berkali-kali sehingga aku keluar dari biliknya.

Dia berhenti melangkah sambil merenung tajam ke arahku. Dari atas ke bawah. Dari bawah ke atas.

"Apa tengok-tengok?!" sergahku sambil bercekak pinggang.

Dia smirk sekejap. Lepas tu Chan menutup daun pintu bilik rapat.

Aku tercengang sebentar apabila mendengar bunyi Chan mengunci pintu biliknya

Eh? Tu aje ke?

Aku menggaru pipi yang tak gatal. Rasa macam kena halau pun ya juga.
Dia ingat aku hadap sangat nak berbual dengan dia? Huh.

.

LIMITED EDITION MINI NOVEL. Dah open preorder. 12 hari je lagi tau 😋

.

Ws admin : http://www.wasap.my/+60198817140/rc

CHAN, MR EGOIS! (TERBIT)Where stories live. Discover now