Part 5 - CRUSH
.SAMPAI di satu bangunan, aku terus bergegas menuju ke meja penyambut tetamu.
"Nak tanya, ada tak... emmm..." Aku berkira-kira nak sebut nama Chan.
"Rayfan? Chan?"
"Siapa ya?" Receptionist yang bernama Ika tu bertanya. Aku menggaru kepala.
"Yang buat conference kat sini."
"Oh, peserta conference ya? Kalau peserta, saya tak berapa pasti sebab saya tak ada senarai nama peserta conference."
Aku mengangguk kecil. Ingatkan nak tinggalkan je di atas meja reception ni bekal dia. Mak Ngah Tia yang minta aku hantarkan. Kononnya tempat ni susah nak cari makanan dan Chan sedikit memilih orangnya.
Aku mengambil telefon pintar.
'Saya ni, Azmin anak Pak Su Fadhil. Mak Ngah Tia bagi bekal kat awak, saya nak tinggal kat meja reception, nanti awak ambil dan makan.'
Aku send.
Tapi tak ada balasan. Aku tersengih kepada Ika kemudian mengambil keputusan untuk duduk di meja ruang menunggu.
Tak lama kemudian, aku dengar suara Ika memanggilku.
"Cik, Dr Chan kata boleh tinggalkan bekal tu kat sini. Dia baru call tadi." Ika senyum.
Aku terkulat-kulat buat seketika. Dr Chan?
Aku tak ambil masa yang lama untuk mengingat sebaris nama dia. William Chan Wei Ting.
Patut pun dia dipanggil Dr Chan sebab dia pensyarah.
"Saya letak kat sini ek." Aku beritahu dekat receptionist dengan nada yang sopan.Setelah bekal tu aku letak di atas meja penyambut tetamu, aku melangkah menuju ke arah pintu utama. Sempat tanganku mencari-cari nombor telefon Fida.
"Da, jadi tak plan nak lepak ke mall?" soalku sebaik sahaja dia mengangkat panggilan.
"Of course jadi, beb. Aku dah tunggu kat mall ni, dengan abang aku sekali."
Langkahku termati.
Jantungku tiba-tiba berdegup laju.
"Abang mana satu?"
"Abang Haikal. Hihihi..." Dia gelak penuh makna.
Aku terkulat-kulat buat seketika. Alamak aih, Haikal!
Masalah betul Fida ni.
Aku rasa dia tahu aku ada hati dengan abang dia, jadi dia bawa abang yang betul-betul aku ada hati tu.
Kalau Abang Farid dan Abang Hisyam aku tak kisah lagi.
Ni Abang Haikal! Renungan dia aje dah buat aku berpeluh-peluh.
"Wei, dengar tak?"
"Dengar..." balasku dengan nada gugup.
Menyesal pula aku pakai selipar Jepun aje!
Walaupun la jenama croc tapi selipar begini mana boleh bawa jumpa crush.
"Pukul berapa kau sampai ni? Abang Haikal plan nak belikan kau tiket wayang sekali."
Aku menggigit bibir. Dating kah ini? Wah, seumur hidupku tak pernah lagi aku berdating.
"10 minit macam tu."
"Drive elok-elok beb. Jangan tak jadi datang pula, penat aku pujuk Abang Haikal datang ni tau."
Talian dimatikan tak lama kemudian. Darahku berderau-derau sepanjang pemanduan.
Well, ada member baik yang punya abang-abang handsome berderet-deret, memang cepatlah jodoh aku datang.
Sempat hatiku berbisik nakal.
.
❤ Limited Edition Mini novel
❤ Sekali cetakan sahaja
❤ Tiada di kedai buku Popular, MphUntuk Preorder 👇
http://www.wasap.my/+60198817140/rc
YOU ARE READING
CHAN, MR EGOIS! (TERBIT)
عاطفيةBakal di upload dalam 10 parts je untuk tujuan bacaan umum 🌻 Amaran: Akan dibukukan.