Part 8 - Report

1.5K 58 0
                                        

Pernah jumpa tak hero kaki buli?  🙈

.
PART 8 : Report

“KAU tak cakap abang sepupu kau datang ikut kita? Walah handsome nya oit. Mata aku ni dari tadi tak dapat control pandang lesung pipit dia. Weh, aku ingat hari ni nak kenalkan kau dengan Abang Haikal. Tup-tup aku pula yang punya rezeki berkenalan dengan abang sepupu kau. Siapa nama dia beb...” soal Fida bertubi-tubi.

Mata Fida sibuk menilik ke arah Chan yang sedang membuat pendaftaran di kaunter pembayaran.

“Aku tak tahu dia datang, Fida. Kita orang tak pernah rapat selama ni. Nama dia William Chan. Tapi family semua panggil dia Rayfan.”

“Cina ke?”

“Ha’ah la Cina.”
“Anak angkat eh?”

Aku mengangguk. Riak muka Fida bertukar menjadi kendur. “Alah, kesiannya... Kena buang parents ke?”

Suka hati dia aje buat cerita sendiri.

“Tak adalah. Parents dia meninggal masa dia muda lagi. Kebetulan mak ngah aku tak ada anak masa tu, dia ambillah jadi anak angkat.”

“Adui, makinlah aku kesian kat dia. Tapi muka dia sweet sangat. Dia kata kau bakal isteri dia?” Fida ni macam polis pencen pulak.

Banyak betul soalan dia tentang Chan.

“Dia bergurau aje tu.”

Fida mengangguk-angguk. “Betul juga. Sebab kau kan minat kat abang aku... tapi dibandingkan abang aku dan abang sepupu kau tu, jauh beza.” Fida tersengih-sengih.

“Apa bezanya?”

“Kekacakkan. Kah kah!”

Pulak?

“Jadi kau rasa abang kau tu tak kacak lah?” Aku menjulingkan mata.

“Aku ingat nak try mengurat abang sepupu kau tu. Agak-agak berjaya tak?”

Aku mengangkat bahu. “Entah, try lah.” Tiba-tiba je aku rasa tak sedap hati.

“Eh, jomlah main. Dah bayar ni. Nanti mama aku bising suruh balik pula.” Aku mengambil alat pemanah dan mula mencari titik tengah pada bulatan yang terletak agak jauh dari tempat kami berdiri.

“Min, aku serius ni.”

“Yelah kau serius...” Aku membalas dengan nada yang lemah.

Sebenarnya bukan aku tak suka Fida jadi sepupu ipar. Tapi Chan tu kan... Isy, tak reti nak describe. Yang penting aku tak suka dialah senang cerita.

“Dia jalan ke sinilah Min...” Fida mencuit bahuku.

“Aku tengah fokus ni.” Aku tegur Fida. Beberapa saat kemudian, aku melepaskan anak panah. Tepat-tepat mengena pada bulatan kecil di tengah-tengah.

“Full mark!” Aku tersengih lebar seraya menoleh ke sebelah mencari Fida.

Eh. Mana pula si Fida tadi?

Apabila aku toleh ke kiri, Chan sedang mengacukan anak panahnya. Dia melepaskan anak panahnya dan terkena dengan anak panahku. Tepat-tepat. Sesaat kemudian anak panahku jatuh ke lantai.

Aku mengetap bibir.

“Sengaja nak sakitkan hati orang!” ucapku geram.

“Bila?” Dia menyoal.

“Kenapa datang ke sini? Kita bagitahu awal-awal ek, saya tak nak kahwin dengan awak! Faham tak?” soalku tegas. Aku kena draw line awal-awal supaya keadaan tak jadi semakin bercelaru. Manalah tahu kut kut Chan sebenarnya ada hati kat aku, walaupun memang rasa mustahil je kemungkinan tu terjadi. 1% kut.

“Siapa yang nak kahwin dengan awak?” Senyuman sinis terjejer di bibirnya.

“Habis tu tadi yang awak cakap dengan kawan-kawan saya? Kata tak nak kahwin, yang cakap bakal isteri kenapa?” Aku angkat jari telunjuk dan aku tolak-tolak bahu dia kasar.

“Kalau berani lawan permintaan opah, silakan.”

Lepas dia cakap, dia tolak tepi dahiku dua kali dengan jari-jarinya.

“Chan!” Aku seru sebab geram.

Wajah dia berubah sedikit.

“Chan?” ulangnya sepatah.

Aku memeluk tubuh. “Ye lah, Chan. Orangkan panggil awak Chan.”

“Panggil abang, kan senang? Chan tu untuk office mate. Family member panggil Rayfan,” tegur Chan.

“Saya tak pernah terima awak jadi salah seorang family member kita orang. Dari awal lagi.” Aku meletakkan alat pemanah di tempatnya.

Chan bercekak pinggang.

“Kalau report kat opah ni... Nahas Min.”

“Report la kalau berani.” Aku membalas dengan nada yang tinggi. Ek eleh dia ni. Benda kecil pun nak cari back up...

“Sungguh ni?” soal Chan.

Aku rasa dia dah marah sebab air muka dia tegang. Tapi aku tak peduli. Aku nak keluar dari sini. Baru aje aku nak melangkah keluar, Fida tergesa-gesa datang membawa plastik di tangan.

“Sorry abang sepupu Min, Fida tak jumpa pula nescafe yang abang minta. Fida belikan ni aje.” Fida sengih sambil mengeluarkan air tin dan straw sambil memandang ke arah Chan.

Aku tercengang.

Chan sedang buli Fida belikan air untuk dia ke ni?
What the...

“Apasal kau pergi tak bagitahu aku?” marahku.

“Abang sepupu kau kata dia tak tahu kat mana nak beli air. Tak familiar dengan tempat ni. Dia tengah haus...” bisik Fida.

Aku jeling ke arah Chan dengan jelingan yang paling tajam!

Chan tersenyum segaris menerima huluran Fida.

“Thanks, Fida...” ucapnya sebelum menyambung aktiviti memanah bagaikan  langsung tak bersalah.

Nak cakap kurang ajar ke bagaimana dekat lelaki yang tak bermoral seperti Chan ni?

Aku hembus nafas dalam-dalam untuk menyabarkan diri.

“Jom balik, aku hantar kau.” Aku tarik tangan Fida sebelum sempat Fida membalas ucapan Chan.

.
🍧🍧🍧🍧

🔥EDISI TERHAD sekali cetakan sahaja tau 😰
🔥5 hari aje sebelum CLOSE preorder! 😱

Untuk pratempahan boleh ws admin :

http://www.wasap.my/+60198817140/rc
.
🙊

Pembelian single Chan :
RM 28 (POS FLEXI)
RM 32 SM / RM 36 SS (POS LAJU)

Nak jimat boleh beli kombo (Chan dan Love, Suga)
RM 48 (POS FLEXI)
RM 52 SM / RM 56 SS (POS LAJU)

Nak jimat boleh beli kombo (Chan dan Love, Suga) RM 48 (POS FLEXI) RM 52 SM / RM 56 SS (POS LAJU)

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
CHAN, MR EGOIS! (TERBIT)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang