Tak jadi nak upload part paling best, sebab nak simpan untuk dibaca dalam bentuk buku. Yang ni, part paling tak best 😆
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Part 10 (last teaser)
Chan masuk dari pintu depan sewaktu kami sedang duduk beramai-ramai di ruang tamu. Abang Long Zafwan yang duduk di sampingku ikut memandang ke arah Chan.
Chan berhenti sekejap, memandang ke arah kami dan aku perasan matanya merenung wajahku buat seketika sebelum dia menghilangkan diri ke tingkat atas.
Abang Long Zafwan berdeham kecil. "Nampak tak apa yang abang nampak?"
"Nampak apa?" Aku mengerut dahi. Aku nampak lubang hidung dia je ni.
"Nampak percikan cinta!"
"Fuiyooo...." Kak Aidin tersengih-sengih mendengar kata-kata Abang Long Zafwan.
"Haa... Mengarutlah tu..." Aku memeluk tubuh.
Ni tak lain, mesti nak bahan aku.
"Dia punya jelingan maut kat abang, macam abang nak akadkan Min malam ni juga." Abang Long Zafwan tergelak besar.
Melampau betul Abang Long Zafwan. Aku tengok biasa aje Chan tadi. Macam tak ada apa pun....
Chan turun tak lama lepas tu. Baju dia dah ditukar kepada t-shirt biasa dan jeans biru tua. Eh, smart pulak aku tengok dia macam ni.
Aku pula sedang leka membelek jam tangan Abang Long Zafwan.
"Sungguh ke 5 ribu ni?" soalku enggan percaya. Abang Long Zafwan mengangguk.
"Minum Abang Rayfan," pelawa Kak Aidin sebaik sahaja Chan mengambil tenpat duduk di sisinya.
Kak Aidin ni rajin betul. Dia pergi tuang air ke dalam gelas kaca dan dihulur kepada Abang Rayfan. Tercuit jugalah hatiku melihat wayang seminit dia orang berdua.
"Tapi Min tengok, macam jam harga RM 50 kat pasar gelap je ni, Abang Long Zafwan." Aku mengerutkan dahi.
"Sembarang je Min tuduh jam tangan abang lahir di pasar gelap!" Jari-jemari Abang Long Zafwan singgah ke dahiku.
Aku nak menepis tapi terkejut apabila mendengar bunyi gelas kaca dihentak di atas meja.
Suasana yang sedikit riuh tadi terus bertukar senyap. Masing-masing pakat-pakat memandang ke arah Chan.
Rumah opah ni, barang banyak yang antik. Sat gi kalau meja opah scratch dan hilang cat, mahu opah mengamuk besar.
Abang Long Zafwan segera menyimpan jari jemarinya ke bawah apabila Chan merenung ke arah tangan Abang Long Zafwan tajam.
"Tadi, percikan je. Ni macam parah sikit, kira letusan cinta..." bisik Abang Long Zafwan dekat dengan telingaku.
Hui! Poyo gila statemenet. Aku macam ulat beluncas meliuk lentuk sebab kegelian. Letusan cinta? Umur Abang Long Zafwan ni berapa sebenarnya.
Chan bangun tiba-tiba. Dia mendekatiku.
"Follow me," ucap Chan dengan nada yang rendah.
Lepas dia cakap, dia pergi macam tu saja. Aku memandang langkah Chan dengan wajah yang keliru. Kenapa nak jumpa aku tiba-tiba?
"Pergilah. Bincang elok-elok. Nampak marah sungguh dah tu," ujar Abang Long Zafwan sambil tersengih-sengih. Kenapa aku rasa Abang Long Zafwan macam sengaja ek? Dia dah rancang dari awal ke?
..
🔥 Edisi terhad 🔥 no reprint 🔥 3 hari lagi (jumaat ini close preorder) ...
Ws admin : http://www.wasap.my/+60198817140/RC
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.