01

352 86 46
                                    

"Dengan ini Kim Taehyung dan Choi Yera, kamu berdua telah sah menjadi suami isteri"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Dengan ini Kim Taehyung dan Choi Yera, kamu berdua telah sah menjadi suami isteri"

Sebaik sahaja paderi itu mengucapkan kalimah 'sah' kepada kami, aku menutup mata untuk seketika. Selepas itu baru lah aku menoleh memandang raut wajah yang tersenyum segaris ke arah aku.

Dapat aku lihat senyuman yang di tayangkan itu hanyalah sebuah senyuman yang 'terpaksa' dia tayangkan kepada semua orang.

Ya kami berkahwin bukan kerana cinta ataupun kemahuan kami sendiri. Tetapi atas aturan keluarga.

"Kamu berdua boleh bercium"

Apabila paderi itu berkata seperti itu laju sahaja sorakan tetamu yang hadir. Mereka bersorak dengan sorakan

"Cium! Cium!"

Aku pula yang menjadi rimas. Rasanya dia juga turut merasai apa yang aku rasa sekarang ini. Dengan sekejap aku mengucup sekilas pipi mulus milik isteri aku.

Tetamu mula mengeluh apabila aku mencium nya bukan di bibir tetapi di pipi.

Ahhh kesah apa aku suka hati aku la nak cium dekat mana. Hati aku mula berkata-kata sendiri.

Hampir 4 jam juga kami melayan dan menyambut tetamu yang hadir ke Majlis perkahwinan kami. Kaki yang setia berdiri sedari tadi mula terasa lenguh dan penat.

Mata aku beralih memandang Yera yang sedari tadi sering memegang kaki nya. Mesti dia pun terasa lenguh dan penat. Mana tidak nya kasut yang di sarungnya tika ini entah berapa inci tingginya. Aku pun tidak tahu.

Rasa kasihan mula timbul.

"Kalau awak penat, pergilah duduk di kerusi dulu" tegurku seraya berbisik ketelinganya.

"Tak apa. Saya masih boleh bertahan lagi" jawabnya singkat lalu menghadiahkan senyuman kecil kepada aku.

Bila sudah mendengar jawapan dia seperti itu aku hanya membiarkan sahaja.

Akhirnya semakin lama hari sudah larut malam. Aku mengorak langkah masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri dan berehat.

Dapat aku lihat Yera sedang duduk di meja soleh sambil menyikat rambut nya yang panjang. Mata kami bertembung melalui pantulan cermin namun cepat-cepat aku larikan pandangan.

Segera aku mencapai tuala putih yang disediakan lalu aku masuk ke dalam bilik air. Pancuran air aku buka. Aku berdiri di bawah pancuran air sambil termenung seketika.

Selepas ini aku sudah tidak bersendirian lagi. Haruskah aku membuka semula hati aku untuk dia dan cuba membina kehidupan yang lebih bahagia?

Semua yang bersarang di buah fikiran aku mula berlegar-legar di kepala. Bila terasa lama termenung terus aku cepat-cepat membersihkan diri.

Pintu aku buka dan ya aku sudah dapat lihat baju t-shir hitam bersama seluar tergantung di depan almari. Aku menoleh memandang susuk tubuh Yera yang sudah terbaring di atas katil. Mungkin dia sudah masuk tidur.

Senyuman aku ukirkan dalam diam. Aku tidak menyangka yang dia menyediakan pakaian aku. Aku fikirkan dia tidak akan mengendahkan aku langsung rupanga fikiran aku sama sekali meleset.

Selepas siap menyarungkan baju ke badan aku menuju ke katil. Bantal peluk yang aku lihat berada di tengah menjadi batas antara aku dan dia. Tahu lah aku mengapa dia berbuat begitu. Jujur aku tidak kisah sebenarnya.

Selimut aku tarik menutupi diri separas dada. Lama-kelamaan mata mula terpejam.

Pagi-pagi aku lagi aku sudah bangun dan bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Aku lihat Yera sudah lengkap dengan pakaian seragam peguam miliknya. Dia juga akan pergi kerja pada hari ini.

Sebelum aku masuk ke dalam bilik air dapat aku dengar daun pintu terbuka. Mungkin dia sudah turun ke bawah terlebih dahulu.

Lengkap sahaja aku berpakaian layaknya seorang arkitek terus aku capai barangan kerja milik ku lalu kaki melangkah menuju ke tangga untuk turun ke bawah.

Semasa turun dapat aku dengar perbualan abang Minho dan adiknya Yera. Kaki aku hentikan seketika.

"Adik pergi kerja hari ni? Tak ambil cuti? Korang kan baru berkahwin" soal abang Minho.

"Tak" jawab Yera singkat sambil menyapu jem ke atas roti.

"Dia tak kesah ke?" soal nya lagi bersama kening yang bertaut.

"Rasanya dia tak kesah kot" balas Yera seraya mengangkat bahu nya.

"Morning abang" ucap aku yang tiba-tiba sahaja menegur abang Minho dari tangga. Mereka menoleh ke arah aku. Sepasang mata mula menjeling.

"Morning Taehyung, marilah sini kita sarapan" jawab abang Minho seraya mempelawa aku.

Kepala aku anggukkan lalu aku mengambil tempat di sebelah abang Minho.

To be continued...

A/n :

Harap nya permulaan ni okay dan semua suka

Jadi menurut korang?

Okay / tak okay

Random tag : -
Lucidlassie kasturikucing flowmochi airayoona nananureena Rytaes_ cherrykut

[ C ] Seindah Impian • 김태형 Where stories live. Discover now