09

163 61 6
                                    

"Nurse boleh saya tahu di mana bilik pesakit bernama Kim Taehyung ditempatkan?" soal Yera kepada jururawat perempuan di kaunter

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Nurse boleh saya tahu di mana bilik pesakit bernama Kim Taehyung ditempatkan?" soal Yera kepada jururawat perempuan di kaunter.

"Sebelum itu, boleh saya tahu awak ni siapa?" soal jururawat itu semula.

"Saya isteri dia" jawab Yera dengan cepat membuatkan jururawat itu mengangguk tanda faham lalu menyimak buku yang berada di datanganya.

"Eh Yera!" panggil seseorang membuatkan Yera menoleh kebelakang memandang ke arah suara tersebut.

Hoseok..

Lelaki itu mendekati Yera yang masih lagi berdiri di hadapan kaunter.

"Awak kata lagi dua hari balik, kenapa hari ni ada disini?" tanya Hoseok dengan pandangan hairan. Mana tidaknya bukankah perempuan itu sendiri yang pesan padanya yang dia akan pulang dalam masa dua hari lagi.

"Abang Minho kata Taehyung kritikal teruk jadi sebabtu saya berkeras meminta izin balik awal daripada boss saya" jawab Yera menjelaskan.

"Ouhh" Balas Hoseok. Barulah dia faham sekarang.

'Baguslah kalau Yera dah balik, mesti Taehyung suka. Nampaknya rancangan aku tu, aku dah boleh buang kut'

Desis Hoseok dalam hati. Lega sungguh hatinya.

"Urm ni awak mesti nak lawat Taehyung kan ha jom saya bawa" ajak Hoseok namun pergelangan tangannya ditahan sebentar oleh Yera.

Hoseok menoleh

"Kenapa?" soal Hoseok hairan akan sikap Yera sekarang ini.

"Saya ada benda nak tanya dengan awak.. T-tentang Taehyung.." ujar Yera perlahan lalu menundukkan pandangan nya ke arah lantai.

"Okay" balas Hoseok setuju.

"Jadi saya nak tahu sebenarnya Taehyung ada apa-apa rahsia ke atau kisah silam yang pahit?" soal Yera. Hoseok hampir tersedak dengan soalan yang diajukan.

"Maksud a-awakk?" balas Hoseok gagap.

"Baru-baru ini saya ada jumpa ubat penenang dalam beg kamera dia dan bilik yang terletak di bahagian bawah tangga dalam rumahnya memang saya tidak boleh sama sekali untuk melangkah masuk. Hanya dia saja yang boleh" ungkap Yera.

"Kalau awak tahu sesuatu tolong lah beritahu saya.." sambung Yera sekali lagi.

"S-sebenarnya Yera Taehyung ada masa silam yang buruk 5 tahun lalu" tutur Hoseok perlahan menjawab pertanyaan Yera.

"Boleh saya tahu apa dia?" balas Yera perlahan. Kemudian Hoseok hanya mengangguk tanda membolehkan.

Flashback

Dulu semasa Taehyung dan saya sama-sama belajar di luar negara, Taehyung telah terjumpa dengan seorang gadis secara tidak sengaja.

Ya Taehyung melanggar gadis itu sehingga menyebabkan kamera milik gadis itu jatuh dan pecah. Berkali-kali juga Taehyung meminta maaf namun gadis itu hanya tersenyum dan menjawab

"Tak apa bukan kesalahan awak"

Namun semenjak daripada pertemuan itu, mereka berdua mula menjadi rapat kerana Taehyung sudah berjanji yang dia akan mengganti semula kamera yang rosak itu dengan yang baru. Dan selepas dua bulan tempoh perkenalan akhirnya mereka berdua mengukapkan rasa cinta masing-masing sehinggalah mereka sudah bercadang ingin mendirikan rumah tangga selepas tamat belajar.

Tapi tidak semua yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan kerana gadis yang bernama Park Heji itu telah maut dalam kemalangan di sebuah taman rekreasi. Dia dilanggar oleh sebuah lori kontena semasa ingin melintas jalan.

Tragedi hitam mengerikan itu betul-betul berlaku di depan mata Taehyung sehingga lelaki itu masih tidak boleh menerima hakikat yang bakal isterinya itu sudah meninggal dunia.

Selepas pemergian mendiang Heji, Taehyung mula hilang arah dan sering menyendiri sehinggakan banyak kelas yang dia tidak masuk. Kadang dia sanggup tidur di depan bangku kolej ditaman semata-mata ingin mengenang Heji yang sudah lama pergi. Taehyung mula kelihatan seperti orang yang tidak waras, kadang bercakap dan ketawa sendiri.

Namun selepas dia menerima rawatan mengenai gangguan perasaan yang dia alami, setahun selepas dia tamat belajar terus dia pulang ke tanah air.

To be continued...

A/n :

Lemon update hari ni sebab esok exam sejarah K3 jadi boleh lah lemon luangkan masa sekejap untuk update.

Random tag:

kkokksyah eyra_shhra lynapotato biskutpendek

[ C ] Seindah Impian • 김태형 Where stories live. Discover now