07

178 59 14
                                    

"Sunyi nya"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Sunyi nya"

Taehyung mula mengeluh apabila dirinya kini sedang makan sendirian di meja. Biasanya adalah Yera yang menjadi peneman. Baru sehari perempuan itu tiada di rumah, rasa kesunyian sudah datang menyinggah.

"Kalau dia ada mesti sekarang ni ada sahaja perkara yang akan kami debatkan sekarang. Dia memang suka sangat bergaduh dengan aku" kata Taehyung seorang diri bersama senyuman kerana kini dia senang memutarkan semula memori nya bersama Yera yang sering bergaduh dalam setiap hal.

"Perempuan itu mudah mencetuskan pergaduhan namun tidak lama. Dia juga mampu membuatkan aku ketawa dan tersenyum. Namun rasa cinta tidak juga hadir di antara kami"

Desis hati Taehyung sendirian. Dia juga tidak faham mengapa rasa cinta belum juga hadir. Sudah hampir sebulan juga mereka berpindah masuk di rumah nya. Namun masih belum ada perkembangan.

"Apa lah agaknya perempuan tu buat sekarang?" tutur Taehyung sendirian.

"Eh kejap kenapa aku terfikirkan dia ni aish stop Taehyung stop!" bebel nya apabila dia sudah mula sedar yang sedari tadi memang dia asyik memikirkan tentang Yera.

Selepas sahaja makan malam selesai, Taehyung terus mengorak langkah kakinya menuju ke arah anak tangga namun belum sempat dia ke tangga matanya mula terpandang bilik peribadinya.

Entah mengapa raut wajahnya tika ini berubah menjadi muram dan kelihatan agak sedih bila dia terpandang bilik itu. Segala kenagan pahit semua tersimpan di dalam.

Memori lama mula menerjah masuk ke dalam kotak fikiran nya membuat kan kepalanya mula berdenyut.

Pening

"Baik aku pergi berehat sekarang" kata Taehyung kepada dirinya sendiri.

Plan bangunan dibentang di hadapan pekerja-pekerja pembinaan dan beberpa pengurus. Taehyung mula menerangkan kepada mereka semua tentang projek yang mereka ingin laksanakan sebentar lagi. Semua pekerja menangguk faham dengan penerangan Taehyung.

Selepas sahaja pembincangan selesai, tali leher nya mula dilonggarkan sedikit tanda ingin melepas kan penat.

"Tahniah bro sebab berjaya jalankan projek besar ni" ucap Hoseok yang tiba-tiba sahaja menyapa Taehyung daripada belakang.

"Eh kau ni, nasib aku tak terkejut. Ala aku buat semua ni pun atas bantuan semua orang juga, lebih-lebih lagi kau ni yang banyak tolong aku" balas Taehyung.

"Aku kan kawan kau dan kawan sekerja kau jadi memang tanggungjawab aku pun"

"Apa pun aku tengok dua hari ni kau asyik murung je kenapa? Rindu Yera eh?" teka Hoseok lalu menanyangkan senyum senget nya.

"Mengarutlah kau ni mana ada aku rindu dia la kau ni merepek. Aku penat, itu saja" balas Taehyung menidakkan.

"Yelah, ha memandangkan sekarang waktu makan tengah hari apa kata kau belanja kawan kau ni makan. Okay?" kata Hoseok lalu melangkah pergi.

"Eh dia ni sesuka hati je buat keputusan. Nasib baik kawan tau" kata Taehyung lalu menggelengkan kepalanya. Dia sudah masak dengan perangai kawan nya yang satu ini.

Dalam perjalanan ingin melintas ke restoran di seberang jalan, tanpa Hoseok sedar yang sebuah kereta sudah hampir dengan dirinya. Taehyung yang dibelakang nya tersedar terus menolak badan Hoseok ke hadapan.

Bukk..

Darah mengalir membasahi jalan di situ. Hoseok yang terkejut dan sedikit terluka itu terus berlari mendapatkan Taehyung yang sudah terbaring di atas jalan dengan mata yang terpejam.

Dalam keadaan cemas cepat-cepat Hoseok meminta bantuan dengan segera.

To be continued...

A/n :

Masih ada ke yang baca?

Random tag :
dadjeons affiza0605 RaraNadirah lynapotato

[ C ] Seindah Impian • 김태형 Where stories live. Discover now