04

227 72 1
                                    

Sebaik sahaja Yera keluar dari perut kereta sewa mereka, terus sahaja dia mengorak langkah laju untuk melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sebaik sahaja Yera keluar dari perut kereta sewa mereka, terus sahaja dia mengorak langkah laju untuk melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan.

Hati yang semakin kesal dan geram dengan sikap Taehyung sebentar tadi membuat kan dia lupa yang dia berada di mana sekarang.

Apabila gegendang telinga nya mendengar bunyi kereta yang semakin menghampiri dirinya. Matanya kini terbutang luas dek kerana terkejut.

Pinnnn!!! Pinnnnn!!!

Bagaikan terkaku tidak boleh bergerak. Semua kenangan lama mula terimbas kembali di kotak fikiran nya. Hati nya mula merasakan kesedihan.

Berkali-kali mendengar bunyi kereta membuatkan dia mula rasa ketakutan. Muka nya berubah menjadi pucat. Kedua tapak tangan nya diangkat menutup telinga. Fikiran nya mula serabut bercampur baur.

Aarghhhhhhh!

Yera menjerit akibat dia terlalu panik dan takut. Dengan serta merta lengan Yera di tarik dari arah belakang oleh seseorang. Dia di tarik ke tepi jalan dan masuk ke dalam dakapan seseorang.

"Shhh hey hey Yera awak okay tak?" soal Taehyung lembut menenangkan Yera yang masih dalam ketakutan.

"S-s-saya" ucap Yera tergagap-gagap ketika ingin menjawab soalan Taehyung.

"Okay-okay shhh sekarang awak tenang okay, jangan risau saya ada dekat sini bersama awak" tutur Taehyung lembut seraya memujuk.

Akhirnya satu mutiara jernih jatuh membasahi pipi mulus milik Yera. Naik turun bahunya menahan esakan yang ingin saja dia keluarkan.

"Yera kenapa ni? Kenapa menangis ni?" soal Taehyung risau terhadap isterinya itu yang masih di dalam dakapan nya.

"D-dia jahat Tae, dia tak kotakan janji! Dia tinggalkan saya. Hiks" kata Yera teresak-esak dalam tangisan nya.

"Shh saya ada jangan risau. Awak bertenang okay" balas Taehyung.

Hati nya mula tertanya-tanya perkara apa yang teruk sangat sampai membuatkan Yera begitu sedih dan ketakutan seperti ini?

Niat ingin bertanya lebih lanjut, namun dia biarkan dahulu Yera beransur tenang. Tetapi sekarang dia mengakui yang hatinya benar-benar risau apabila melihat Yera jalan meluru begitu sahaja di jalan raya tadi.

Untung ada dirinya yang menarik Yera,  kalau tidak apalah jawapan yang dia akan berikan kepada abang Minho kalau sesuatu terjadi kepada Yera.

"Awak dah okay ke?" soal Taehyung kepada Yera di birai katil.

"Hah? S-saya dah okay dah" jawab Yera lambat-lambat.

"Ouh baguslah. Maaf saya bertanya, siapa orang yang awak maksudkan jahat siang tadi tu?" soal Taehyung musykil. Rasa ingin tahunya semakin membuak-buak.

Melihat riaksi Yera hanya mendiamkan diri, terus dia membatalkan niat nya tadi.

"Kalau awak tak boleh cerita tak apa saya faham. Maaf sebab menyibuk" kata Taehyung kepada Yera. Baru sahaja Taehyung ingin bangun dari birai katil Yera bersuara.

"Dia bekas Kekasih dan bekas bakal suami tak jadi saya" ujar Yera perlahan.

Mendengar jawapan Yera membuatkan Taehyung kembali melabuhkan punggung.

"Pertama kali saya berjumpa dengan dia ialah bila dia selamat kan saya daripada terlanggar oleh sebuah kereta. Nama nya Kang Hanjung. Sejak pertemuan itu kami menjadi sangat rapat dan semakin rapat sehinggalah kami mengikat sebuah janji dan sebuah ikatan sebagai pasangan kekasih"

"Tapi hubungan kami lama-kelamaan semakin goyah apabila dia sudah mula hilang keyakinan untuk menjalani hubungan kami, di setiap pertemuan hanya saya sahaja yang beria dan mulakan segalanya. Sampailah satu hari dia ingin memutuskan hubungan kami"

"Tapi saya yang tidak mahu kami berpisah jadi saya mencadangkan dia dan saya melangsungkan perkahwinan. Lama juga dia membuat keputusan untuk setuju dan akhirnya dia mengiyakan sahaja. Sampailah.."

Kata-kata Yera terhenti membuatkan Taehyung mengerutkan dahinya.

"Sampailah?" soal Taehyung lembut.

"Sampailah hari perkahwinan tu, dia tak datang langsung. Jenuh kami semua menunggu dia. Akhirnya petang itu saya pergi ke tempat kerja bersama busana pengantin yang saya pakai pagi tadi untuk mencari nya. Puas bertanya kepada semua orang tapi tidak seorang pun yang tahu keberadaannya"

"Dia hilang tidak boleh di kesan. Sejak dari hari itu saya mula sedar yang kami berhubungan hanya saya saja yang mencintai diri nya. Dia tidak. Dan sebab dia jugalah saya sudah mula merasakan lelaki di dalam dunia ini sama sahaja"

Mutiara jernih yang semakin deras membasahi pipi nya mula membuatkan dia teresak-esak. Taehyung bersimpati dengan apa yang isterinya itu lalui selama ini. Rupanya bukan dia sahaja yang mempunyai masa lalu yang menyakitkan.

"Dia jahat kan Tae? Salah ke kalau saya hanya mencintai dia dan nak rasa dicintai. Hiks hiks" esakan Yera mula pecah.

Taehyung menarik lembut badan Yera ke dalam pelukan nya. Tangan nya sudah mengusap perlahan belakang Yera untuk menenangkan isterinya itu.

"Awak jangan risau Yera, sekarang saya ada. Sayalah yang akan jaga awak mulai sekarang" ucap Taehyung lembut di telinga Yera. Lalu dahi milik isterinya dikucup lembut.

To be continued...

A/n :

Lemon update lagi untuk cerita ini. Maaf sebab lemon lambat update.

Masih ada yang menunggu ke?

Random tags : -
Lucidlassie kasturikucing dadjeons airayoona wasabie- taehazel

[ C ] Seindah Impian • 김태형 Where stories live. Discover now