12

182 51 2
                                    

Yera yang sedang duduk di birai katil itu ditegur lembut oleh Taehyung daripada belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Yera yang sedang duduk di birai katil itu ditegur lembut oleh Taehyung daripada belakang. Yera hanya menyahut perlahan.

"Yera, Kak Naira tu sebenarnya kakak angkat saya diluar negara dulu semasa saya belajar" jelas Taehyung.

"Oh" balas Yera singkat. Kini barulah dia faham siapa Naira itu sebenarnya.

"Kak Naira macam mana sihat ke dekat sana?" soal Taehyung.

"Macam biasalah Taehyung,akak sihat dan selalu sibuk dengan pesakit" jawab Naira mengeluh perlahan. Cawan teh diraihnya lalu dihirup perlahan.

"Yera mana? Dari pagi lagi akak tak nampak dia"

"Oh, Yera kerja hari ini" jawab Taehyung. Naira hanya mengangguk faham dengan jawapan Taehyung.

"Jadi? Macam mana kehidupan Taehyung sekarang? Bahagia? Dah boleh terima semua yang jadi?" soal Naira inginkan kepastian.

"Entah la kak, Taehyung sendiri tak tahu macam mana nak menilai" jawab nya perlahan.

"Maksud Taehyung? Tak bahagia macam tu? Tapi daripada pandangan akak kamu berdua nampak bahagia sangat" balas Naira hairan.

"Itu dari pandangan akak, sebenarnya kami tak lah sebahagia tu. Entah lah Taehyung macam rasa tak serasi dan sukar nak timbulkan rasa cinta ni" tutur Taehyung perlahan.

"Taehyung dengar sini akak nak cakap, ikatan perkahwinan bukan perkara yang main-main. Sebagai suami, Taehyung kena fikirkan cara yang terbaik untuk mencintai dan membaiki hubungan kamu berdua" nasihat Naira.

"Taehyung akan cuba" balas Taehyung perlahan.

Malam ini mereka semua bercadang ingin makan malam diluar bersama-sama. Taehyung juga turut membawa kawannya Hoseok.

"Kejap kejap! Aku punya dompet tertinggal dalam kereta kau la. Aku nak pergi ambil kejap" kata Hoseok gelabah lalu berpatah balik ke kereta milik Taehyung.

Mereka hanya menggeleng kepala apabila melihat gelagat Hoseok yang serba kelam kabut itu.

Belum sempat mereka semua masuk ke dalam kafe tiba-tiba Hoseok memanggil Taehyung.

"Bro aku ada benda sikit nak bincang dengan kau boleh? Korang berdua boleh masuk dulu" ujar Hoseok dengan nada yang serius.

Taehyung yang berasa pelik itu hanya menurut.

"Ha apa yang kau nak bincang ni bro?"

"Ni apa ni? Hah?" soal Hoseok sedikit dingin.

Perlahan-lahan Taehyung ambil surat di tangan Hoseok lalu membacanya.

"Kau dengan dia nak bercerai? Apa ni kau kata dengan aku hubungan korang okay je. Tapi apa ni?" soal Hoseok.

"A-aku pun tak tahu pasal benda ni"

"Dah la bro baik kau pergi selesaikan masalah korang ni cepat-cepat. Aku nak tengok kau bahagia je Taehyung. Aku tak nak tengok balik sisi kau yang dulu" tutur Hoseok perlahan.

Dengan cepat Taehyung masuk ke dalam kafe bersama perasaan marah.

Ni apa ni?" soal Taehyung dingin sambil menatap Yera tajam. Dirinya masih lagi menantikan jawapan dari mulut isterinya. Taehyung mengambil tempat duduk di hadapan Yera tika ini.

"Taehyung, awak salah faham ni. Tu sebenarnya" belum sempat dia menghabiskan ayat Taehyung sudah memotong.

"Sebenarnya apa! Yang sebenarnya awak memang nak minta cerai kan? Patutlah awak buat baik dengan saya. Kalau awak nak minta cerai cakap saja jangan sampai nak buat surat macam ni" marah nya.

Bukan niat Taehyung untuk memarahi Yera tetapi disebabkan geram dan ego akhirnya 'ter' marah dia.

"Awak nak apa sebenarnya Taehyung?" "selepas apa yang saya dah buat untuk awak akhirnya awak salahkan saya!" marah Yera pula. Kini suara nya sudah di naikkan dua oktaf.

Orang-orang di dalam cafe tersebut sudah memandang ke arah mereka yang sedari tadi sudah mula berbalah.

"Ok fine, kalau awak nak cerai kan saya sekarang juga? Ha ceraikan lah! Saya tak kesah. Saya dah malas nak layan karenah awak ni" ucapannya membuatkan Taehyung terdiam seketika.

Lantas Yera bangun lalu mencapai beg tangannya. Sebelum dia keluar dari pintu cafe  tangannya di tahan oleh abang Minho.

"Adik nak pergi mana ni?" soal abang Minho lembut.

"Adik nak balik" dingin sahaja jawapan Yera. Sebelum dia berlalu pergi sempat dia memberi jelingan maut kepada Taehyung. Lelaki itu hanya membiarkan nya pergi. Benak fikirannya sungguh serabut dan penuh dengan kekeliruan.

Namun tanpa sedar kini mata Minho dan Naira bertembung antara satu sama lain. Mereka tidak menyangka yang mereka akan berjumpa kembali.

Yera yang menangis disepanjang perjalanan itu memarahi dirinya sendiri.

"Bodoh kau ni Yera! Kenapa kau buat surat cerai tu dulu? Kenapa? Patutnya kau dah bakar. Kenapa aku susah sangat nak terus terang ni?" marah nya.

Surat itu hanyalah surat lama yang sudah dibuat semasa di awal perkahwinan mereka dahulu. Dia memang inginkan perceraian namun itu dulu, sekarang dia sudah tidak mahukannya.

"Kenapa awak tak nak dengar penjelasan saya Taehyung?" soal Yera seorang diri. Hatinya kini benar-benar sakit apabila Taehyung lelaki yang dia sudah mula cintai itu menuduh dan memarahinya tanpa usul periksa.

To be continued...

A/n :

Semakin hambar rasanya. 😌 rasa nak unpub je

Haih

Random tag :

aegikim haesoo1223 dadjeons airayoona RaraNadirah wasabie-

[ C ] Seindah Impian • 김태형 Where stories live. Discover now