05

208 61 9
                                    

"Nah abang ni buah tangan untuk abang daripada kami berdua" kata Taehyung seraya menghulur sebuah kotak kepada Minho di ruang rehat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nah abang ni buah tangan untuk abang daripada kami berdua" kata Taehyung seraya menghulur sebuah kotak kepada Minho di ruang rehat. Yera yang setia duduk disebelah Taehyung hanya tersenyum kecil melihat reaksi terkejut abangnya.

"Kenapa susah-susah ni. Abang cuma nak kamu berdua pergi berseronok je di sana. Pasal abang tak perlu la difikirkan sangat" jawab Minho.

"Ala abang tak apa, abang anggap je tu hadiah daripada kami berdua" balas Taehyung pula.

"Okay la abang ambil. Terima kasih sebab belikan" ucap Minho sambil tersenyum menampakkan lesung pipi 'menawan' miliknya.

"Sama-sama" jawab Yera dan Taehyung serentak.

"Abang kami ada benda sikit nak bincang dengan abang ni" Taehyung mula berbicara dengan nada yang sedikit serius berbanding tadi.

Minho mengerutkan sedikit dahinya. Mungkin dia juga tertanya perkara apa yang mereka ingin bincangkan. Nampak seperti serius sahaja topiknya.

"Apa dia?" jawab Minho.

"Macam ni, Taehyung bercadang yang kami berdua nak tinggal di rumah Taehyung. Yelah Taehyung rasa segan la sebab kami berdua tinggal di rumah abang" ujar Taehyung menjelaskan apa yang terbuku.

"Kenapa nak segan? Abang tak kisah pun tentang tu" jawab Minho mengeluh.

"B-bukan macam tu abang, Taehyung cuma nak menjadi seorang suami yang bertanggungjawab je. Yelah memandangkan Taehyung ada rumah jadi lebih elok kalau kami berdua duduk di sana"

"Lagi pun di sana nanti kami mungkin boleh lebih mengenali lagi antara satu sama lain sebagai suami isteri" jelas Taehyung lagi.

"Ouh abang tak kisah, yang penting Yera setuju ke?" soal Minho ingin tahu lalu memandang adiknya yang sedari tadi mendiamkan diri sahaja.

"Yera?"

"Yera?" panggil Minho lembut.

"H-huh? Apa ye saya?" balas Yera terkejut.

"Adik termenung apa sampai abang panggil pun tak dengar?" soal Minho musykil.

"Erm tak ada apa-apa" jawabnya singkat.

"Jadi adik setuju ke dengan rancangan Taehyung tu?"

"Yera ikut je" jawab Yera perlahan.

"Kalau macamtu baiklah abang pun setuju jugalah" kata Minho sambil tersenyum.

Taehyung sudah tersenyum kecil di hujung bibirnya bila mendengar perkataan setuju.

Klark..

Perlahan-lahan pintu terbuka. Dua pasang kaki melangkah masuk ke dalam rumah agam yang besar dan mewah itu.

"Nanti kalau awak naik atas nampak bilik paling besar, tu bilik kita" ujar Taehyung memberi tahu Yera. Perempuan itu hanya mengangguk faham.

"Awak tengok-tengok dulu rumah ni, saya nak angkat barang-barang masuk rumah sekejap" kata Taehyung lagi.

"Okay"

Singkat sahaja balasan Yera. Sejak dia pulang dari 'bulan madunya' bersama lelaki itu kini dia lebih banyak mendiamkan diri.

"Besar juga rumah dia, tapi tak adalah jauh beza dengan rumah abang Minho"

Terkumat-kamit mulut perempuan itu bila mengomen segala benda yang ada di dalam rumah Taehyung.

Kisah apa dirinya selagi lelaki itu masih sibuk mengangkat barang lebih baik dia mengutuk semuanya sekarang.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu ruangan yang berada di bahagian bawah tangga. Kalau dilihat betul-betul seperti sebuah bilik.

Bila mana iris matanya membaca papan tanda di pintu tersebut  'Me' membuatkan hati Yera menyuruh nya membuka pintu tersebut.

Belum sempat tangannya memulas tombol pintu, tangannya sudah ditahan oleh seseorang.

"Taehyung"

Kini mata Yera betul-betul bertembung dengan mata cantik berwarna hazel milik Taehyung. Entah mengapa dia merasakan debar di dada semakin terasa bila dia berada di dalam situasi begini.

"Awak boleh masuk mana-mana bilik di dalam rumah ini, kecuali bilik ini. Ianya bilik peribadi saya. Hanya saya yang boleh melangkah masuk" ucap Taehyung dingin.

"Bb-baik" jawab Yera tergagap-gagap. Entah mengapa kali ini dia mengiyakan sahaja. Ada sisi lain di dalam diri Taehyung bila lelaki itu serius.

Tanpa melihat Yera, Taehyung beredar dari situ tanpa mengendahkan Yera yang sudah terpinga-pinga.

To be continued...

A/n :

Haha mesti readers dah lari ni. Maaf lemon tak terlalu aktif akhir-akhir ni sebab terlalu sibuk dengan persiapan trial

Apa pun lemon akan buat marathon update untuk cerita ini.

Nantikan🐣

Random tag: -

Lucidlassie nananureena kasturikucing clovrlym cherrykut nananatae

[ C ] Seindah Impian • 김태형 Where stories live. Discover now