11

173 52 0
                                    

Malam itu, Taehyung sedang duduk di birai katil sambil fikirannya menerawang jauh memikirkan tentang sesuatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Malam itu, Taehyung sedang duduk di birai katil sambil fikirannya menerawang jauh memikirkan tentang sesuatu. Berkerut-kerut dahinya bila mana dia memikirkan.

"Kenapa dia baik sangat dengan aku ni? Selalunya dia tak kisah pun dengan aku ni. Atau dia baik sebab aku ni lepas kemalangan je" kata Taehyung seorang diri, hujung jarinya memicit perlahan kepalanya yang sedikit berdenyut.

Apabila gegendang telinganya mendengar derapan langkah kaki seseorang datang semakin menghampiri, terus sahaja dia membaringkan diri lalu memejamkan matanya rapat.

Pura-pura tidur..

Sebaik sahaja pintu bilik selamat dibuka, Yera melangkah masuk sambil membawa segelas susu untuk Taehyung minum sebelum masuk tidur. Namun harapannya hampa kerana dia melihat Taehyung sudah pun tertidur.

Perlahan-lahan dia mendekati katil, susu diletakkan diatas meja lalu dia membetulkan sedikit posisi tidur Taehyung. Selimut yang tidak menutupi badan suaminya itu ditarik perlahan sehingga paras dada.

Selepas itu Yera mengambil tempat di sebelah Taehyung. Dia mengamati seluruh wajah Taehyung saat itu. Senyuman kecil dia hadiahkan kepada Taehyung.

"Cepat sembuh ye awak" bisik Yera perlahan namun masih boleh didengari oleh Taehyung. Kini dengan beraninya tangan Yera perlahan-lahan mengusap pipi suaminya.

"Good night" katanya lagi. Sesudah itu Yera terus mengorak langkah keluar daripada bilik tersebut. Pintu ditutup perlahan kerana dia tidak ingin Taehyung terjaga dari lenanya.

Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, Taehyung terus membuka mata lalu memandang ke arah pintu. Kini fikirannya masih memproses semula kata-kata yang dikeluarkan oleh Yera sebentar tadi.

Sedang sibuk Yera menyediakan sarapan pagi untuk Taehyung di dapur tiba-tiba dia dikejutkan oleh suara seseorang.

"Ehem..Yera saya ada benda nak beritahu awak ni" ujar Taehyung memandang Yera yang masih sibuk itu.

Sejurus itu Yera menoleh sekilas lalu menjawab "cakaplah apa dia"

"Lusa kawan lama saya nak datang kerumah dan tumpang tinggal dalam dua minggu macam tu, boleh ke?" jelas Taehyung.

"Aik? Ni kan rumah awak, saya tak kisah pun. Bawa sajalah" balas Yera bersama senyuman manis.

"Betul awak okay? Sebab kawan saya tu perempuan tau" terang Taehyung lagi.

Dush!

Seperti ditumbuk perasaan Yera saat ini apabila Taehyung mengatakan yang kawan nya itu seorang perempuan. Entah mengapa hati nya mula terasa sakit. Senyuman di bibir tadi mula hilang.

"Yera? Yera?" panggil Taehyung.

"Saya tak kisah ni rumah awak kan" balas Yera perlahan. Dia cuba untuk menenangkan dirinya daripada memikir perkara yang bukan-bukan.

"Betul ke?" soal Taehyung seolah-olah tidak yakin dengan jawapan yang Yera berikan.

Yera jalan mendekati Taehyung lalu menatap lelaki itu tepat ke anak mata hazel milik Taehyung.

"Betul Taehyung saya tak kisah" balas Yera lembut.

Lalu dia terus menyambung kerjanya yang terhenti tadi.

"Jom sarapan Taehyung" pelawa Yera dengan lembut.

Semua yang dipamerkan oleh Yera hanyalah dusta, kalau tadi dia katakan dia okay sebenarnya tidak. Hatinya kini terasa semakin sakit.

"Bila kawan nak datang?" tanya Yera memberanikan diri.

"Erm katanya lusa dia datang" jawab Taehyung pendek lalu menyuakan makanan kedalam mulutnya.

Kini tibalah harinya saat di mana kawan Taehyung yang merupakan perempuan itu akan datang menginap di rumah ini. Semakin berdebar diriku menunggu kedatangan perempuan itu.

Aku ingin tahu siapa dia?

Ketukan dipintu membuat Yera tersentak dari lamunan panjang dan terus menuju ke pintu lalu membukanya.

Dapat dia lihat seorang perempuan yang tinggi lampai tidak kurang sama dengan dirinya berdiri di hadapannya.

Perempuan itu tersenyum manis. Yera membalas senyuman.

"Hai, ni mesti Yera kan? Isteri adik akak ni? Cantik orangnya" ucap Naira lalu menghulurkan tangan untuk sesi perkenalan.

Terkejut Yera apabila perempuan dihadapannya itu membahasakan dirinya 'kakak'

"Ye saya" Yera menyambut huluran tangan Naira.

"Naira, Panggil je Kak Naira"

Yera hanya mengangguk faham walaupun sebenarnya fikirannya sedang bercelaru. Siapa perempuan ini sebenarnya? Apa hubungannya dengan Taehyung?

Mengapa dia membahasakan dirinya Kakak?

Yera memandang Taehyung dengan penuh tanda tanya. Taehyung yang perasan akan pandangan isterinya itu memberi isyarat yang nanti dia akan jelaskan semuanya.

"Kak Naira jemputlah masuk, boleh kita makan tengah hari sekali" ajak Yera mesra.

"Wah, Yera masak ke mesti sedap ni, tak sabar akak nak makan" jawab Naira teruja.

To be continued...

A/n :

Siapakah Naira?

[ C ] Seindah Impian • 김태형 Where stories live. Discover now