Suatu petang, di sebuah perhentian bas di Seoul.
“haih… lebatnya. Kenapalah aku tak bawa payung” rungut Eunbi seorang diri yang sedang berteduh daripada hujan. Kerana terlalu bosan, Eunbi memakai earphone dan mendengar lagu kegemarannya iaitu lagu yang bergenre ballad.
Selepas beberapa minit, perhentian bas tersebut kosong dan hanya dirinya sahaja yang berada di situ. Pada waktu itu juga, hujan semakin perlahan dan tidak selebat tadi. Eunbi membuat keputusan untuk pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari kawasan tersebut.
Selepas mengambil beberapa langkah, sebuah buku yang terlihat seperti sebuah diary menarik perhatiannya. Dia memandang sekeliling untuk melihat kalau-kalau ada orang yang hendak mengambil semula buku mereka yang tercicir namun ianya hanya sia-sia kerana tiada sesusuk tubuh pun di perhentian bas tersebut.
“aku nak ambil ke tak? Kalau aku ambil, aku boleh pulangkan dekat pemilik buku ni. Tapi kalau aku biar, nanti budak-budak buang” Eunbi mengomel sendiri.
Selepas berfikir dengan agak panjang, Eunbi membuat keputusan untuk membawa buku tersebut balik bersamanya.
Beberapa langkah sebelum tiba di hadapan rumahnya,hujan pun berhenti.
Skip
Malam itu, selepas makan malam, Eunbi terus masuk ke biliknya.
Buku tersebut ditenung lama sebelum Eunbi mencapai telefon bimbitnya dan menghantar mesej kepada seseorang.
Namjoo-yah, petang tadi aku jumpa buku dekat bus stop - Eunbi
Tidak lama kemudian, Eunbi menerima satu mesej.
Buku? Buku apa? - Jyoo
Molla. Diary kot. Aku tak bukak pun sebab aku tak tahu siapa punya - Eunbi
Bukak lah. Mana tahu ada maklumat tuan punya buku dekat dalam -Jyoo
Sejurus selepas membaca mesej tersebut, Eunbi bangkit dari baringannya dan menuju ke meja yang menempatkan diary tersebut.
“huuu~” Eunbi menghembuskan nafas yang agak panjang.
“whoever you are, I’m sorry for opening your book without your permission” Eunbi tetap meminta izin walaupun dia tahu tiada siapa yang mendengarnya.
Perlahan-lahan, Eunbi menyelak kulit buku tersebut. Matanya terbeliak sebaik sahaja melihat muka surat pertama buku tersebut.
“tulisan ni… sama macam tulisan aku and tarikh ni… tarikh lahir aku…” Eunbi mula berasa pelik dan... goosebumps!
Perlahan-lahan Eunbi menyelak muka surat pertama… kedua… dan…
“Eunbi-yah!!!” panggilan eommanya membantutkan niat Eunbi untuk membaca muka surat selebihnya.
####
Seperti hari-hari biasa, Eunbi akan bangun awal untuk menonton weather forecast dan merancang harinya dengan teliti.
“hujan? Lagi? Haih” Eunbi sempat melepaskan keluhan sebelum meletakkan telefonnya di bawah bantal dan menyambung sesi 'membuta'.
Skip
Petang itu, Eunbi keluar dari rumahnya dengan membawa payung sebagai persediaan untuk menghadapi hujan yang diramalkan akan turun pada waktu malam.
Dia telah pun berjanji untuk membantu Namjoo di kedai makan milik keluarganya memandangkan ibu bapa Namjoo perlu pergi ke Jeju selama dua hari.
“Namjoo-yah!” panggil Eunbi sebelum memeluk sahabatnya itu.
“eomma dengan appa kau tahu tak kau dekat sini?” soal Namjoo.
“tahu. Aku dah cakap dekat dorang yang aku tidur dengan kau malam ni” terang Eunbi.
“Eung. Gomawo. Ni… tolong aku letak dekat situ” Namjoo menghulurkan cawan-cawan yang telah siap dibasuh untuk diletakkan di sebuah peti yang telah disediakan.
YOU ARE READING
PINK STORIES [short story compilation]
FanfictionAPINK | EXO | GOT7 | SEVENTEEN | etc ★ LOVE STORY / ROMANCE ★ FRIENDSHIP ★ FAMILY ★ HORROR ★ FANTASY / DREAMY ★ LOYALTY / BETRAYAL Story 1: Love Me ✔ Story 2: Secret II (Special) ✔ Story 3: After The Rain ✔ Story 4: Accidental Love ✔ Story 5: A Po...