Story 6: The World in Me || Part 3

17 2 1
                                    

Seperti hari-hari biasa, Jinyoung singgah di Cafe untuk membeli apa yang patut.



“order?”



“Iced Americano, Red Bean Bread” Jinyoung menyerahkan kad kredit sambil matanya melilau mencari kelibat seseorang.



“Sunbae takde” beritahu Soojin seraya menyerahkan semula kad Jinyoung sebaik selesai membuat pembayaran.



“ah~” Jinyoung sedikit kecewa mendengar maklumat daripada Soojin.



Hampir 2 minggu Bomi tidak menjawab panggilannya. Mesej-mesej yang dihantar juga tidak dibalas.


***



Pada masa yang sama di Suwon.


Bomi merenung kosong kebun sayur yang berada di hadapannya di kala itu.



‘aku je ke yang bodoh fikir pasal kau?’



‘I miss you’



‘Aku harap sangat kau dengar apa yang aku cakap malam tu’


“I really hope time would go by faster”



Bomi bermonolog seorang diri.



“Bomi-ah!”



“nae~!” Bomi berlari ke arah datuknya.


***



2 tahun kemudian…


“Welcome~” suara seorang pekerja perempuan menyambut Jinyoung seperti biasa. Jinyoung membalas dengan senyuman.



“Iced Americano” pesan Jinyoung tanpa berlengah. Menjadi pelanggan tetap cafe tersebut membuat Jinyoung telah menghafal setiap menu yang ada.



“kenapa?” soal Jinyoung apabila pekerja tersebut tidak mengambil pesanannya dan berdiri dengan sopan seakan ada perkara yang perlu disampaikan.



“sebenarnya… Coffee… sold out” beritahu pekerja tadi sedikit perlahan.



Jinyoung mengerutkan dahinya. ‘baru sejam… takkan dah habis’ detik hati Jinyoung.



“pekerja baru kitorang tumpahkan coffee beans jadi kitorang kena tunggu sajangnim hantar coffee beans baru” terang pekerja tadi apabila sedar kerutan di dahi Jinyoung.



“ah~ takpe. Saya tunggu” balas Jinyoung berserta senyuman sebelum beralih ke sebuah meja kecil yang telah menjadi tempat makannya sejak 2 tahun yang lalu.


30 minit kemudian…



“sajangnim!” pekerja tadi dengan pantas menuju ke arah seorang wanita yang sedang membawa beberapa bag yang penuh berisi coffee beans.



Jinyoung yang tertarik dengan kekecohan tersebut membuat keputusan untuk melihat siapakah ‘sajangnim’ yang dipanggil oleh para pekerja.



Sebaik melihat siapakah gerangan si empunya cafe, tanpa sedar kakinya melangkah ke arah wanita itu.



“Bomi” nama tersebut meluncur dari mulut Jinyoung tanpa dia sedar.



Tidak seperti Jinyoung yang kelihatan sangat terkejut, Bomi hanya tersenyum. Sebenarnya, dia telah memerhati Jinyoung sejak sebulan yang lalu. Dia ada di cafe tersebut dan melihat Jinyoung melalui CCTV yang berada di biliknya. Dia telah mengambil alih kerja bapa saudaranya dan menjadi pemilik baru Aurora Cafe.



“kau...okay?” soal Bomi.



Jinyoung menolak untuk menjawab soalan Bomi dan menarik gadis itu ke dalam pelukannya.



“Jinyoung ssi” panggil Bomi tidak selesa dengan tindakan Jinyoung yang memeluknya di hadapan para pelanggan dan pekerjanya.



Seakan memahami maksud Bomi, Jinyoung meleraikan pelukan dan menarik Bomi ke mejanya.



“mana kau pergi? Aku datang sini tapi kau takde” itu soalan pertamanya sebaik sahaja Bomi melabuhkan mengambil tempat di hadapannya.



“aku duduk dengan halboji and lepas dia dah pergi aku rasa lebih baik kalau aku balik sini balik. Sebab aku tahu ada seorang pelanggan tetap cafe ni yang tak boleh nak masuk kerja kalau tak minum Iced Americano kitorang” ujar Bomi sempat berseloroh.



“aku cuba call kau tapi tak dapat. I’m lost” beritahu Jinyoung.



“yeoja chingu kau macam mana?” soal Bomi selamba.




“our relationship ended a year ago. She wasn’t meant for me” jujur Jinyoung tersenyum. dia tidak terkejut dengan soalan Bomi. Dia tahu pasti ada sebab Bomi menjauhkan diri darinya.



“kau tahu tak, masa kau takde, aku rindu sangat dekat kau” jujur Jinyoung tanpa berselindung.



Bomi tersenyum. Rupanya bukan dia saja yang bodoh memikirkan pasal Jinyoung. Lelaki itu juga sama.



“Setiap pagi aku pergi sini tapi kau takde.”



“mian” Bomi tersenyum hambar.



“Bomi” Jinyoung memanggil Bomi perlahan sebelum matanya tertumpu pada Soojin di kaunter.



Setelah memastikan Soojin tidak melihat ke arah mereka, Jinyoung menarik tangan Bomi dan membawanya keluar dari cafe tersebut.



“sunbae!” jerit Soojin sebaik sedar Jinyoung dan Bomi telah pun berada di dalam kereta.




Soojin menghela nafas panjang. Dia sendiri tidak pasti samaada dia berasa geram Jinyoung ‘menculik’ Bomi atau berasa lega mereka berdua kini telah bersama semula. Senyuman terukir di bibirnya sebelum dia kembali melakukan kerjanya.


***


“kau nak bawa aku pergi mana?” soal Bomi apabila Jinyoung dengan selamba memaksanya masuk ke dalam kereta.



“somewhere special”



“special apanya panas-panas macam ni?”



“memang lah panas. Ni kan musim panas” seloroh Jinyoung dibalas dengan jelingan Bomi.



Setelah hampir 20 minit kereta mereka akhirnya berhenti di satu tempat yang agak familiar.



“lepas aku putus dengan Suyeon, aku selalu pergi sini. Sebab aku rindu kau” ujar Jinyoung tersenyum.




Bomi tidak memberikan sebarang reaksi.




Jinyoung memegang bahu Bomi memaksa gadis itu untuk memandangnya.



“Bomi-ah, kita boleh mulakan balik dan lupakan apa yang jadi malam tu” ujar Jinyoung tiba-tiba.




“my last word, that I couldn’t say to you that night…”




“... I love you” ucap Jinyoung sebelum menarik Bomi kedalam pelukan dan chupppp!!! Bibir mereka bertemu.


Bomi agak terkejut pada awalnya namun perasaan tersebut bertukar bahagia beberapa saat kemudian. Bomi tidak mengelak dan menikmati saat itu. Saat yang diimpikan sejak 2 bulan lalu.


Bomi mengorbankan perasaannya untuk melihat Jinyoung bahagia dengan gadis pilihannya namun gadis yang disangka ‘eternal love’ Jinyoung rupanya sekadar INTERMISSION dalam persahabatan mereka untuk membuat mereka sedar bahawa mereka berdua adalah noktah dalam misi pencarian cinta Masing-masing.


A few bad chapters doesn’t mean your story is over. Ending is also a new beginning.




- END -

PINK STORIES [short story compilation] Where stories live. Discover now