Story 3 : After The Rain || Chapter 4

47 15 1
                                    

“Eunbi-yah. Eunbi!” jeritan tersebut akhirnya berjaya mengejutkan Eunbi dari lenanya.


Perlahan-lahan Eunbi membuka kelopak matanya. Alangkah terkejutnya gadis itu sebaik melihat gerangan orang yang berada di hadapannya.



Tanpa berkata apa-apa, Eunbi merangkul pinggang Namjoo dan memeluk erat gadis itu.



“mana kau pergi? Tahu tak aku risau” luah Eunbi tiba-tiba bersama air mata.



“yah! Kau kenapa? Aku dekat rumah lah. Eomma aku dah balik jadi aku tak boleh lah tidur rumah kau. Takkan baru tak jumpa sehari dah rindu?” Namjoo sempat menyelitkan gurauan.


“sehari?” Eunbi meleraikan pelukan dan mencapai telefonnya di atas meja dan memeriksa tarikh.


Eunbi meletakkan telefonnya dan merenung gadis di hadapannya sebelum tersenyum.



“gomawo” ucap Eunbi tiba-tiba dan berjaya membuat Namjoo keliru.


“nae? Kenapa?”


“sebab ada dekat depan aku sekarang ni”



Walaupun pelik, Namjoo tetap menghadiahkan senyuman kepada sahabatnya yang agak pelik itu.


__________


Eunbi dan Namjoo bersiar-siar seperti biasa memandangkan hari sangat cerah.


Mereka berdua duduk di sebuah taman berdekatan taman perumahan mereka sambil menikmati aiskrim yang mereka beli di kedai serbaneka.


“kau ok kan?” soal Namjoo memulakan perbualan.



“kenapa?” soal Eunbi walaupun dia tahu dia berkelakuan pelik sejak pagi tadi.


“ye lah. Kau peluk aku tiba-tiba, lepastu imo bagitau aku kau panggil-panggil nama aku”


“eomma? Cakap aku panggil nama kau?” soal Eunbi pelik.



Namjoo mengangguk.


‘takkan aku… mimpi?’ detik hati kecil Eunbi.


“Namjoo-yah, semalam aku ada jumpa kau tak?” soal Eunbi ingin memastikan sesuatu.



“ada. Kau jumpa aku dengan Eunwoo dekat cafe dia. Lepas tu, kau tanya pasal hubungan kitorang” Namjoo menceritakan semula pertemuan mereka semalam.


“lepas tu?”


“Eunwoo ajak kita pergi amusement park tapi kau lambat and aku call imo tapi imo cakap kau dah tidur so aku pergi berdua je lah dengan Eunwoo” jujur Namjoo.


“baju? Korang pakai baju apa?” soal Eunbi lagi.


“baju?” Namjoo pelik dengan soalan Eunbi namun dia tetap membuka telefonnya dan menunjukkan gambar yang diambil bersama dengan Eunwoo semalam.


“daebak!” Eunbi menutup mulutnya dengan tangan akibat terlalu terkejut.


“kenapa?”



“jom” ajak Eunbi.



“pergi mana?” sekali lagi Namjoo pelik dengan perangai Eunbi.


“Minho oppa”


“Minho? Kenapa?”


“jom je lah” Eunbi menarik tangan Namjoo dan menyebabkan gadis itu hampir tersungkur.



“mian” ucap Eunbi sebelum kembali menarik tangan Namjoo.



SKIP


“Oppa!” panggil Eunbi kuat tanpa menghiraukan orang sekeliling.



“Eunbi. Namjoo. Kenapa?” soal Minho yang juga merupakan anggota polis.


“semalam ada accident tak?” soal Eunbi tanpa berselindung.



“ada. 2 buah kereta dan sebuah bas” jawab Minho.


“oppa, boleh tak kalau Eunbi nak tengok gambar kejadian semalam?”


Minho memandang Eunbi pelik sebelum mengalihkan pandangannya kepada Namjoo yang berdiri di sebelah gadis itu.


Namjoo hanya menjongket bahu apabila sedar maksud pandangan Minho.


“hyung! Tolong tunjuk gambar kemalangan semalam dekat dorang” arah Minho kepada rakan sekerjanya yang kebetulan sedang berada di hadapan komputer.


Dalam keadaan segera, Eunbi berlari menuju ke arah lelaki itu dan melihat gambar kemalangan yang agak teruk itu.


“heol” sekali lagi Eunbi tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutnya.


“kenapa?” soal Minho.


“nothing. Gomawo oppadeul!” ujar Eunbi sebelum tersenyum dan beredar.


_______


Eunbi kembali ke biliknya dan mencari diary yang dijumpainya ketika berada di perhentian bas namun diary tersebut tidak dijumpai.


Eunbi berlari menuruni anak tangga dan menuju ke arah dapur.


“eomma! Eomma nampak tak diary dalam bilik Eunbi?”


“tak. Eomma tak masuk pun bilik kamu”



“eo. Gomawo eomma” Eunbi berlari semula ke biliknya dan mencari di setiap sudut biliknya tetapi diary tersebut tetap tidak dijumpai.


“takkan dah hilang? Kemalangan tu, baju Namjoo dengan Eunwoo oppa, semua sama dengan mimpi aku.”


“kalau aku ada dengan dorang semalam, mungkin ke semua mimpi tu akan jadi kenyataan? Mimpi tu… sama dengan apa yang tertulis dekat muka surat terakhir buku tu” Eunbi cuba menyimpulkan kejadian yang berlaku dalam mimpinya dengan kejadian yang tertulis pada muka surat terakhir buku tersebut.


"Nasib baik aku tidur awal semalam" Eunbi tersenyum dan mengusap kepalanya sendiri.


Dia gembira apabila secara tak sengaja, dia dapat menghentikan ‘sumpahan’ diary tersebut. Kini, dia tidak perlu risau akan apa yang bakal terjadi setiap kali selepas hujan. Akhirnya, dia dapat menjalani kehidupannya dengan normal semula. Walaupun begitu, dia tidak akan melupakan kenangan yang telah dia hadapi selepas menjumpai diary tersebut.







                      -THE END-

PINK STORIES [short story compilation] Where stories live. Discover now