Sejak pagi lagi Jinyoung telah mengajak Bomi pergi ke pantai untuk melihat matahari terbit.
“yah, kau tahu tak kau orang pertama yang tengok matahari terbit dengan aku dekat sini” ujar Jinyoung tiba-tiba membuatkan fokus Bomi hilang.
“Kalau boleh aku nak bawak kau pergi sini setiap tahun” sambung Jinyoung lagi menambahkan kekeliruan Bomi.
Bomi mengerutkan dahinya. “kenapa setiap tahun?”
“sebab aku nak tengok matahari terbit dengan kau setiap kali hari jadi aku” ujar Jinyoung secara tidak langsung menjawab semua teka-teki yang ada dalam kepala Bomi.
Bomi menekup mulutnya dan matanya membulat tanda terkejut. Dia tidak tahu hari itu merupakan hari jadi lelaki yang sedang duduk di sebelahnya ketika itu.
“mian” ucap Bomi dengan tangannya masih menekup mulut sendiri.
“wae?” soal Jinyoung.
“aku tak tahu pun hari ni hari jadi kau. Kalau tak, boleh aku sediakan hadiah” luah Bomi sedikit kecewa.
Jinyoung tersenyum.
“gwaenchana. Aku pun tak pernah bagitahu kau kan bila hari jadi aku so bukan salah kau” jelas Jinyoung cuba menenangkan Bomi yang kelihatan kecewa.
“kalau macam tu… bila kita balik Seoul nanti aku belikan hadiah untuk kau. Ok?”
Jinyoung tersenyum sebelum mengangguk. Entah mengapa terasa seperti ada sesuatu istimewa disebalik persahabatan mereka.
SKIP
Sebaik selesai makan malam, Jinyoung mengajak Bomi pergi ke tempat yang sering dikunjungi apabila dia mempunyai masalah.
“wah~” Bomi terpegun melihat keadaan sekeliling. Itu merupakan kali pertama dia melihat pemandangan yang indah seperti itu.
Berbanding pemandangan, Jinyoung lebih tertarik untuk melihat wajah dan reaksi Bomi. Tanpa sedar senyuman tidak lekang dari bibirnya apabila dia bersama dengan gadis itu.
***Cafe
Memandangkan stok makanan dirumahnya telah pun habis, Bomi terpaksa pergi ke kedai serbaneka untuk mengisi semula peti sejuk dan kebinet makanannya.
Setelah selesai membeli, Bomi menuju ke keretanya dan bersedia untuk pulang. Namun, matanya terpaku pada seseorang yang amat dikenali yang berada di seberang jalan.
Entah mengapa hatinya terasa sakit. Bomi sendiri tidak faham dengan apa yang dirasa dikala itu.
Bomi menyentuh pipinya apabila terasa seakan ada sesuatu. Air matanya mengalir tanpa sedar.
Bomi mengesat air matanya dan keretanya mula meluncur di atas jalan raya dengan kadar segera.
Dia tahu dia tidak sepatutnya mempunyai perasaan itu namun dia sendiri gagal untuk mengawal perasaannya.
***Seminggu kemudian…
Seperti biasa Jinyoung pergi ke cafe tempat Bomi bekerja untuk bersarapan sebelum masuk ke tempat kerjanya.
“eo” Jinyoung tidak dapat mengalihkan pandangannya. Entah mengapa Bomi kelihatan berbeza dengan hari-hari sebelumnya. Dia nampak lebih… cantik.
“Jinyoung ssi, kalau harini aku ajak keluar, boleh?” soal Bomi tiba-tiba.
Tanpa berfikir panjang, Jinyoung mengangguk tanda setuju dengan ajakan Bomi.
Bomi tersenyum lega walaupun dia tahu Jinyoung tidak akan menolak ajakannya.
“annyeong! Tunggu aku dekat sini. Nanti aku datang” pesan Jinyoung sebelum beredar bersama dengan secawan Americano dan sekeping Red Bean Bread ditangan kirinya manakala tangan kanannya sibuk melambai Bomi yang berada di kaunter.
Bomi mengangguk dan tersenyum seraya membalas lambaian Jinyoung.
SKIP
Bomi memeriksa telefonnya dan dia mempunyai 40 minit sebelum Jinyoung tiba.
“sunbae nak keluar ke?” soal Soojin apabila Bomi asyik memerhatikan jam di telefonnya.
Bomi tidak menjawab dan hanya tersenyum hambar.
“urmm… apa kata sunbae balik, pakai baju cantik-cantik, pakai perfume and some makeup? Kerja dekat sini biar kitorang yang buat.” ujar Soojin.
Bomi dalam dilema. Dia tidak pasti perlu atau tidak dia menerima cadangan Soojin yang rela menggantikannya.
“sunbae” Soojin menunjukkan jam di telefonnya.
“gomawo” dengan pantas Bomi menanggalkan apron dan beredar.
Soojin tersenyum melihat bomi. Walaupun baru beberapa bulan dia mengenali Bomi, dia telah menganggap gadis itu seperti kakaknya sendiri.
***
Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang.
Tidak lama selepas itu, kereta Jinyoung akhirnya tiba di hadapan Cafe seperti yang dijanjikan pagi tadi.
Selang beberapa minit, Bomi pula tiba. Tanpa sedar Jinyoung terus memerhatikan Bomi sehingga gadis itu berada betul-betul di hadapannya.
Tanpa membuang masa, mereka akhirnya bertolak ke tempat yang dipilih oleh Bomi sendiri.
Bermula dengan Theme Park, Itaewon dan kini mereka berada di Hangang untuk menamatkan hari. Sepanjang hari mereka telah melakukan perkara-perkara yang sering dilakukan oleh pasangan kekasih.
Walaupun musim sejuk masih belum tiba, namun kedinginan musim luruh juga tidak kalah hebatnya.
Mereka berdua duduk menghadap Hangang dengan berbekalkan hotpack di tangan.
“gomawo” ucap Bomi tiba-tiba membuatkan Jinyoung memandangnya.
“eung?”
“sebab ikut aku harini” sambung Bomi tersenyum.
“gwaenchana” balas Jinyoung tersenyum.
“Jinyoung ssi” panggil Bomi tiba-tiba.
Pandangan Jinyoung kini tertumpu padanya.
“wae?” soal Jinyoung sedikit risau apabila Bomi memanggilnya dengan suara yang kedengaran kurang mesra.
Bomi memandang Jinyoung yang berada di sebelahnya.
“aku rasa, lepas ni kita tak payah lah jumpa.” ujar Bomi tiba-tiba.
Jinyoung menegakkan badannya. Beribu tanda tanya yang berada di fikirannya namun dia tidak mampu untuk menyuarakan walaupun satu persoalan dikala itu.
“aku… nak kita stop acting as if we are some kind of lover when in fact we are not.” Luah Bomi.
“satu hari nanti, aku akan jumpa orang yang lagi istimewa daripada kau dan kau pun akan alami benda yang sama. Aku sayang friendship kita dan aku tak nak bila jadi sesuatu nanti, hubungan ni akan renggang” luah Bomi.
“I want us to end this ‘skit’ on a good note.” tambah Bomi.
Selepas berfikir lama, Jinyoung akhirnya bersetuju. Dia faham maksud Bomi dan sejujurnya dia telah pun bertemu dengan seseorang yang lebih istimewa berbanding gadis disampingnya ketika itu.
Keadaan menjadi sunyi. Kedua-dua mereka diam tidak
bersuara.
“Bomi-ah, dah lewat sangatlah. Jom lah aku hantar kau balik. Lagipun sejuk ni” ajak Jinyoung memandangkan malam hampir larut dan keadaan yang terlalu sejuk.
Bomi menggeleng dan tersenyum.
“kau baliklah. Aku boleh naik teksi” tolak Bomi.
“tapi-”
“Jinyoung ssi. Apa yang aku cakap tadi takkan menjadi kalau aku asyik berkepit dengan kau”
Jinyoung mengalah. Sebelum beredar, Jinyoung menyerahkan hotpack dan scarf pada Bomi. Takut gadis itu kesejukan menunggu teksi.
“annyeong. I love you” ucap Jinyoung perlahan namun dapat ditangkap oleh Bomi sebelum beredar.
Setelah yakin Jinyoung telah beredar, Bomi menutup matanya. Cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.
“i love you too” balas Bomi seorang diri. Dikala itu hanya angin malam menjadi penemannya.______ „ ______
Thanks for reading ^^
YOU ARE READING
PINK STORIES [short story compilation]
FanfictionAPINK | EXO | GOT7 | SEVENTEEN | etc ★ LOVE STORY / ROMANCE ★ FRIENDSHIP ★ FAMILY ★ HORROR ★ FANTASY / DREAMY ★ LOYALTY / BETRAYAL Story 1: Love Me ✔ Story 2: Secret II (Special) ✔ Story 3: After The Rain ✔ Story 4: Accidental Love ✔ Story 5: A Po...