Naeun, seorang gadis yang mempunyai visual yang luar biasa. Namun begitu, kecantikannya tidak dapat membantunya dalam mendapat pekerjaan. Dia telah gagal 29 temuduga di di 29 syarikat yang berbeza dalam masa 2 bulan.
Namun begitu, dia tetap tidak mengalah dan kini dia berada di hadapan sebuah bangunan yang agak terkenal di Seoul.
“hyuuu~” Naeun menarik nafas panjang sebelum mengambil langkah pertama dan menjejakkan kaki di dalam bangunan tersebut.
“KMG” Naeun menaiki lif dan menekan butang yang tertera KMG seperti yang diberitahu melalui emelnya.
“belum start kerja dah dapat naik lif staff?” Naeun mengomel seorang diri. Terlalu bosan, Naeun dengan tiba-tiba membuat aegyo di hadapan kamera cctv.
“ish! apa aku buat ni?” Naeun mengetuk kepalanya sebaik sedar akan perbuatannya.
Selang beberapa saat, lif pun tiba di ‘level KMG’. Sebaik melangkah keluar, dua orang lelaki berwajah tampan menyambut kedatangannya serta mengiringinya ke bilik big boss.
++++
“Jongshik samchun, orang yang samchun tunggu dah sampai” beritahu Jaebum sebaik sahaja melangkah masuk bersama dengan pekerja baru yang dipanggil untuk ditemu duga.
“baiklah. Jaebum, Subin kamu berdua pun duduk sini sekali” arah Kim Jongshik selaku pemilik utama bangunan tersebut.
Subin dan Jaebum berpandangan sesama mereka sebaik mendengar arahan Kim Jongshik. Mereka berdua mengambil tempat dan duduk seperti yang diarahkan.
“Son Naeun ssi?” panggil Kim Jongshik tanpa sedikit senyuman pun yang terukir di bibirnya.
“nae” Naeun memandang lelaki tua dihadapannya itu dari atas ke bawah.‘segak’ detik hati Naeun.
“kamu dah bersedia nak bekerja?”
Mata Naeun terbeliak mendengar soalan lelaki itu.
‘ni soalan perangkap ke? Takkan baru duduk dah diterima bekerja?’ detik hati Naeun.
“saya... saya bers-”
“Kim Jongshik nim!” panggil seorang lelaki bersut yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu.
“dia buat lagi” Jaebum sempat berbisik pada Subin.
“apa ni? Kenapa tiba-tiba nak kena lantik pekerja baru lagi? Pekerja sebelum ni mana?” lelaki tadi menanggalkan coat dan mencampak ke arah Jaebum dan disambut baik oleh Subin.
‘amboi. Senangnya main campak-campak. Tak nampak ke bos ada dekat situ?’ bebel Naeun dalam hati.
“duduk sini” arah Kim Jongshik lembut.
“no! This is my place” lelaki tadi dengan selamba melabuhkan punggung di atas kerusi milik ‘big boss’ atau pemilik utama bangunan tersebut.
‘selambanya duduk atas kerusi tu! attitude! Heol! Annoying!’ sekali lagi Naeun mengutuk lelaki tadi.
“kau siapa?” soal lelaki tadi dengan nada yang tidak ramah.
Naeun memandang Kim Jongshik dan lelaki tua itu hanya mengangguk.
“Son Naeun”
YOU ARE READING
PINK STORIES [short story compilation]
FanfictionAPINK | EXO | GOT7 | SEVENTEEN | etc ★ LOVE STORY / ROMANCE ★ FRIENDSHIP ★ FAMILY ★ HORROR ★ FANTASY / DREAMY ★ LOYALTY / BETRAYAL Story 1: Love Me ✔ Story 2: Secret II (Special) ✔ Story 3: After The Rain ✔ Story 4: Accidental Love ✔ Story 5: A Po...