"Camy! Cepat turun makan! Mama dah siap masak ni!", panggil Puan Mona dari dapur rumahnya setelah selesai memasak untuk anak perempuannya. Walaupun keluarganya merupakan salah satu keluarga berada di daerah negerinya, Puan Mona bertegas untuk tidak menggajikan pembantu rumah kerana dia tidak mempercayai orang luar untuk masuk ke rumahnya.
"Mama nak pergi mana pagi pagi ni?", tanya Camilia sambil berjalan menuruni anak tangga. Walaupun dia baru sahaja bangun dari tidur, mukanya tetap kelihatan cantik dengan rambut nya yang lembut teurus. Kecantikannya merupakan kecantikan semula jadi kerana ayahnya mempunyai darah keturunan Thailand dan Jepun manakala ibunya berketurunan campuran Melayu dan Cina.
"Mama ada meeting kejap lagi dengan my client. So, you need to do some house chores since I will be busy until tonight." kata Puan Mona sambil berjalan ke arah biliknya. "Tapi Mama, kita kan dah janji nak pergi medispa harini? Mama cakap nak belanja Camy shopping lagi" balas Camilia sambil menyenduk nasi goreng kegemarannya.
"I'm sorry sayang, I wish I can go with you but this meeting Mama tak boleh tunda lagi. This is really urgent but don't you worry, I will transfer some money into your account and you buy anything you want okay?" pujuk Puan Mona sambil mengelus rambut anaknya.
"Okay Mama. Later okay? You promise." Puan Mona tersenyum sebelum bergerak keluar dari rumah. Camilia menghabiskan nasi goreng tersebut sebelum naik lagi ke biliknya untuk menghabiskan masa lapangnya.
"What a messy room! Urgh anak siapa lah ni yang malas sangat ni Camy!" Camilia mengetuk kepalanya apabila dia terperasankan biliknya yang bersepah. "Oh God! Why Mama so stubborn still taknak jugak ambil pembantu, dah lah anak dia ni pemalas!" Camilia membebel akan dirinya sambil membersihkan biliknya.
Ketika dia sedang asyik mengemas, tiba tiba dia terjumpa satu rantai permata pemberian insan yang pernah bertakhta di hatinya pada satu masa dahulu. Kerjanya terhenti separuh jalan apabila dia tetiba terkenangkan akan Syakir, manusia yang telah memberi harapan namun akhirnya meninggalkan.
"How are you? Are you doing fine?" bisiknya sambil mengelus permata tersebut. Fikirannya terbayangkan saat saat mereka sedang hangat bercinta. Walaupun dia benci akan masa lalunya, namun dia tidak dapat menafikan bahawa saat saat itu juga merupakan saat saat terindah dalam hidupnya.
"You stupid Camy! What are you doing right now?! Move on!" Camilia bangun untuk menyimpan rantai tersebut ke dalam almarinya dan menyambung kerja pembersihannya yang tergendala.
YOU ARE READING
Camilia
RomanceCamilia, gadis berdarah kacukan Melayu, Cina, Thailand dan Jepun yang masih dibelenggu dengan kisah masa lalunya, akhirnya bertemu sinar baharu apabila dia diperkenalkan dengan Adam Haris, pilihan ibunya. Namun, dunia bahagia mereka hanya sementara...