Bab 12

465 1 0
                                    

Syakir dari tadi tidak henti henti melihat gambar Camilia. Sejak dia berpisah dengan Camilia, dia sedaya upaya berusaha untuk melupakannya. Segala macam usaha dilakukan, bercinta, berfoya foya dengan ramai perempuan namun tiada yang berhasil. Amat sukar untuk menghapuskan kenangan dan memori tentang gadis itu dari ingatannya.

Sejak kali pertama dia bertemu Camilia, niatnya hanya untuk mempermainkan hati gadis itu namun siapa sangka gadis itu berjaya menempah tempat di hatinya. Tapi ego kelelakiannya dan nafsu yang menguasai dirinya telah mengatasi segalanya. Dia tewas dalam menahan nafsu nya dan terpaksa menggadaikan cinta nya terhadap Camilia.

'I shouldn't waste her'. Syakir mengeluh mengingatkan segala kisah mereka. Dia teramat menyesal mengenangkan segala perkara yang sudah berlaku. Namun, sekarang segalanya sudah berubah. Dia ingin mencuba mencari kembali kebahagiannya bersama Camilia. Dia berusaha untuk menjejaki kembali gadis itu dan berjaya menemukan media sosial gadis itu. Gadis itu masih cantik, namun dia melihat diri Camilia bukan seperti dulu lagi. Gaya pemakaiannya sudah berubah namun tetap ayu dan cantik.

.
.

Syakir bergerak perlahan ketika perjalanannya menuju ke lapangan kapal terbang bersama kawan baiknya, Hariz. "Kau betul ke ni nak belajar kat England?" Hariz masih tidak percaya akan keputusan kawannya itu. "Takkan sebab seorang perempuan kau nak tinggalkan semuanya, Syakir?"

"Aku dah tak boleh tinggal kat sini. Aku nak lupakan dia, aku tak sanggup nak tengok dia terluka sebab aku." Syakir sudah sebulat hati ingin menyambung pelajarannya di England sekaligus melupakan Camilia. Dia tidak mahu gadis kesayangannya terluka dengan apa yang telah dilakukan. Dia sudah berusaha untuk meninggalkan tabiatnya untuk bersama dengan Camilia, namun nafsu kelelakiannya telah menghumban dirinya ke dalam kancah maksiat sekali lagi.

"Yelah takkan sebab tu je, dia dah nak marah? Kita kan lelaki, biasalah lelaki suka main main." Hariz tetap berusaha memujuk Syakir agar tetap tinggal di Malaysia. "Tak. Kau tak faham. Dia bukan perempuan biasa yang selalu kita jumpa tu. Camilia berbeza. Aku sayang dia, tapi aku tak boleh buang tabiat lama tu. Aku dah cuba tapi aku tak boleh tahan tengok si Alia tu." Hariz tersenyum sinis mendengar ayat terakhir Syakir. Dia tidak menyangka masih wujud gadis senaif itu.

"Hahahaha kenapa kau tak minta je dengan Camilia? Si Alia juga yang kau ambik." "Haaa tu lah, beza nya Camilia. Dia tetap takkan bagi selagi belum kahwin. And now aku dah hancurkan kepercayaan dia. Aku serba salah Hariz. Sebab tu aku nak pergi jauh dari sini dan lupakan dia."

"Suka hati kau lah. Aku masih tak faham macam mana kau boleh suka dia walaupun banyak awek sukakan kau." Hariz tidak terlalu sukakan Camilia kerana dia menyangka kawan baiknya berubah sikap sejak mengenali gadis itu. Dia merasakan Camilia terlalu mengongkong kehidupan Syakir. "Nanti bila kau dah nak balik sini, bagitahu lah aku." Hariz menepuk belakang badan Syakir.

"Terima kasih Hariz. Kau lah kawan aku selamanya. Kalau Camilia datang, bagitahu aku dah pergi. Suruh dia lupakan aku", kata Syakir tersenyum kelat. "No problem bro. Kau jaga diri baik baik. Jangan buat hal macam kau kat sini", gurau Hariz.

"Aku pergi dulu." Syakir berjalan menuju ke laluan kapal terbang meninggalkan Hariz di sana.

Hariz melangkah laju untuk meninggalkan lapangan kapal terbang sebelum dia diterpa seorang gadis. "Hariz! Mana Syakir?", tanya Camilia terburu-buru. "Dia baru je pergi Camilia. You lambat sikit je." Hariz ingin berlalu pergi namun ditahan Camilia. "No! You tipu I kan? Mana dia?" Camilia menangis tersedu sedan sambil memegang lengan Hariz. "Up to you la nak percaya ke tak. Dia minta you lupakan dia." Hariz melepaskan pegangan tangan Camilia dan terus berlalu pergi.

Camilia terduduk di tengah lapangan terbang. Dia masih menyalahkan dirinya kerana baginya ketidaksempurnaan dirinya yang menyebabkan Syakir pergi meninggalkannya. "How can you leave me? How can you waste our three years of love...."

Semua mata yang berada di lapangan terbang memandangnya. Namun, tiada siapa yang berani datang ke arahnya. Setelah beberapa jam Camilia meratap pemergian Syakir di lapangan terbang, akhirnya kakinya melangkah meninggalkan tempat itu dengan hati yang lara. Dia bertekad untuk melupakan Syakir dan memulakan hidup baru.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Camilia hanya menangis semahunya di dalam kereta. Dia berhenti ke sebuah taman yang terletak di tepi tasik. Dia mahu menenangkan diri sebelum pulang ke rumah. Dia tidak mahu ibunya tahu akan kisah dirinya yang telah ditinggalkan. Puan Mona memang tidak pernah menyukai Syakir dari awal Camilia mengenalkan dia kepadanya. Dia tahu bahawa Syakir bukanlah lelaki yang sesuai untuk anaknya.

Camilia membuka telefon bimbitnya dan membuka galeri gambarnya bersama Syakir. Dia menatap gambar gambar itu lama. "You dah tak sayang I ke? Kenapa you tinggalkan I? Kenapa you sanggup buat I macam ni?" Camilia menjerit sebelum air matanya kembali berjuraian. Nasib nya baik kerana tiada orang di taman ketika itu.

Setelah lama menatap gambar gambar itu, Camilia terus memadam gambar itu satu persatu. Dia tidak menyangka terlalu banyak kenangan yang telah dikongsi bersama. Dari dia mengenali Syakir ketika dia masih bersekolah dan sekarang dia sudah berada di alam universiti. Syakir ada bersamanya ketika susah dan senang namun hanya kerana ego, semuanya hancur.

Setelah dia berjaya menenangkan dirinya sambil menikmati alam semulajadi, dia melangkah ke keretanya untuk pulang ke rumah. Dia sudah bertekad untuk memulakan hidup baru.

Ketika dia sampai ke rumah, nasibnya agak baik kerana Puan Mona telah tidur. Dia melangkah menaiki tangga untuk ke biliknya. Dia terus melepaskan pakaian untuk membersihkan diri. Setelah segalanya selesai, dia menghempaskan diri ke atas tilam empuknya.

'I can do this! I live before him, and I can live after him too." Camilia memadam semua mesej Syakir dan memadam nombor telefonnya. Camilia termenung sendiri sambil merenung siling biliknya sebelum akhirnya dia tertidur dalam kesedihan.

CamiliaWhere stories live. Discover now