Bab 8

529 1 0
                                    

"So how's your day today? Is it good? And Camy, how is Adam?" tanya Puan Mona bertalu talu apabila melihat Camilia yang sedang berjalan ke arahnya. "Eish Mama ni. Camy baru balik kan? Kalau ya pun, bagi lah Camy duduk dulu, minum air ke". Camilia terus bersalam dengan ibunya sebelum duduk di kerusi di hadapan ibunya. Puan Mona menghulur segelas air kosong kepada Camilia dan dia terus meneguknya sehingga habis.

"Kamu ni, kalau ya pun letih. Minum lah elok elok. Kang nanti tersedak, Mama jugak susah...." Camilia tersenyum mendengar bebelan ibunya. "Takde apa yang menarik pun Ma kat office. I got a new friend, namanya Azira. Cantik sangat dia Ma, macam Camy jugak" seloroh Camilia.

"Ya lah tu. Baguslah Camy ada kawan kat pejabat. Ada juga partner Camy nak membawang kan", gurau Puan Mona. Camilia hanya tersenyum mendengar gurauan Puan Mona. "So how is Adam? Is he okay?". Puan Mona langsung menanyakan tentang bakal menantunya itu.

"Dia tu Ma, takyah cakap lah. Annoying nak mati. Good things he is my boss, kalau tak Camy dah ketuk kepala dia dah". Camilia menggayakan cara mengetuk kepala yang membuatkan Puan Mona ketawa dan Camilia juga turut ketawa.

"We decided to date first before we engaged or get married. We need to know each other first". Camilia melanjutkan katanya apabila suasana telah diam membisu. "Wow, good things to hear." Puan Mona memegang tangan Camilia sambil berkata "I hope you can be happy with Adam. Forget your past, build a new future together. Mama nak sangat tengok Camy kahwin, bahagia, ada anak nanti, Mama dapat cucu...boleh lah Mama nak bersara nanti nak jaga cucu je" Camilia ketawa mendengar bebelan ibunya itu.

"Eh Mama ni kesitu pulak. Camy and Adam just decided to date Mama, not marry yet. So keep your dreams to have grandchildren for later, okay Mama? Dahlah, I need to get a hot shower. Letih lah membongak kat office tu." Camilia ketawa melihat perubahan wajah ibunya mendengar gurauannya. Dia bangun untuk mencuci gelasnya sebelum mendaki tangga untuk ke biliknya.

.

Datin Eina segera menghampiri Adam apabila melihat Adam yang baru sahaja selesai memarkir keretanya di garaj. "Anak bertuah Mummy sorang dah balik. So macam mana dengan Camy?" Datin Eina teruja untuk mengetahui perkembangan hubungan anak tunggalnya dengan gadis pilihan dirinya itu. Dia baru sahaja menyelidiki beberapa latar belakang Camilia dan dia yakin bahawa Camilia sangat sesuai untuk Adam.

"Who is Camy? I just know Camilia. Mummy rapat ke dengan dia sampaikan Mummy panggil dia Camy je?" tanya Adam kepada ibunya.

"I've never met her in person but I know her mother. Also, I had do some background check on her, Mummy yakin dia sesuai sangat untuk Adam. Cantik pulak tu budak tu". Datin Eina memuji Camilia melambung. Dia tidak terlalu mementingkan fizikal seseorang untuk dijadikan menantu kerana dia hanya mahu Adam beristerikan orang yang dapat menjaga makan pakainya apabila dia sudah tiada kelak. Namun, dia tidak menafikan Camilia memang seorang gadis yang cantik dan itu merupakan satu bonus untuk Adam.

"Wow. Mummy banyak sangat ke tengok movie ni sampai nak buat background check bagai", seloroh Adam. "Ha'ah lah. Untuk masa depan kamu juga ni. Besides, I just want the best for you, Adam" Datin Eina menjeling Adam apabila Adam menyindirnya.

"Yes Mummy. I know, thank you." Adam ketawa melihat jelingan ibunya. "And about that girl, Camilia, we decided to date first to know each other better." Datin Eina terus memeluk Adam. "Alhamdulillah, Mummy bersyukur Adam nak juga tunaikan permintaan Mummy. It's time to think about your future. Enough with your wild life. Dah sampai masanya Adam kena kahwin, dapat anak and I am very sure Camilia will be the best choice to be mother for your children soon." Datin Eina menepuk belakang badan Adam lembut.

"I hope so. Tapi Adam taknak anak anak Adam jadi annoying macam Mummy dia nanti." Datin Eina ketawa mendengar seloroh Adam. "Tapi Mummy harap cucu Mummy nanti lebih terikut dekat Mummy dia, sebab Daddy dia ni nakal." Datin Eina menyambung ketawanya.

"No Mummy. I don't think so. Mummy kena jumpa dia dulu then you talk later. I am going to rest now, see you later." Adam mencium lembut pipi ibunya sebelum dia melangkah ke biliknya.

Datin Eina memerhati langkah Adam masuk ke dalam rumah sebelum bayangnya hilang. 'My child is a man now. How fast time flies...I hope you will be a good husband and father, Adam.' Datin Eina bermonolog sendirian.

CamiliaWhere stories live. Discover now