Awal pagi lagi Camilia telah siap mengenakan sepasang baju blaus dan skirt untuk hari pertamanya bekerja. Blaus yang bewarna krim dipadankan dengan skirt paras lutut berwarna hitam itu merupakan pemberian ibunya sempena hari pertamanya bekerja. "Okay Camy! You look pretty enough! You can do this". Camilia hanya menempelkan secalit gincu dan sedikit bedak untuk mekap yang minimal.
"Camy! Cepat. Makanan dah siap! Today is your first day. Make a good impression for your employees". Puan Mona juga kelam kabut untuk menyiapkan makanan dan juga untuk mesyuarat nya pada pagi ini. Tugasnya sebagai pengurus di hotel kepunyaan keluarga Datin Eina telah menyebabkan dirinya menjadi semakin sibuk. Tambahan pula, suaminya yang asyik perlu ke luar negara juga menyebabkan dia kurang berada di rumah. Dia berasa kasihan melihat Camilia asyik berseorangan di rumah, jadi itu juga merupakan salah satu sebab dia menggesa Camilia untuk berkahwin.
"Coming Mama! Today I will drive by myself! Wish me luck Mama. Pray for me too and that Adam guy too". Camilia mengenyitkan matanya kepada ibunya apabila dia menyebut nama Adam. Hatinya berdebar debar untuk bertemu empat mata dengan bakal suami nya itu. "Don't rush things. Make it slow sayang." Puan Mona menyenduk kan mi goreng yang baru saja dihidangkan ke dalam pinggan sebelum diserahkan kepada anaknya.
"Mama. What if that Adam doesn't like me? And did he already know that we supposed to get married?" Camilia masih ragu ragu akan keputusan nya untuk mencuba mengenali lelaki yang bernama Adam itu. "Maybe. Because that was his mother who proposed you to become her daughter in law. Jangan risau sayang. Mama yakin Adam tu baik, macam Mama nya juga". Puan Mona cuba untuk mengurangkan kegelisahan hati Camilia, jauh di sudut hati dia juga mahu bermenantukan Adam serta berbesankan Datin Eina kerana mereka sudah selesa satu sama lain.
"I hope so. Okay, I should go now. Nanti lewat kena marah kan, kesian Camy." Camilia bergegas keluar dari rumah dan terus ke tempat parkir. "Bye Mama! Love you!". Puan Mona menghantar Camilia dengan pandangan matanya sebelum bayang kereta Camilia hilang dari pandangannya. "Semoga semuanya baik baik sahaja untuk kamu sayang." Puan Mona juga bergegas untuk bersiap ke tempat kerjanya.
.
"Hi! Good morning. My name is Camilia. I am the new employee here". Tegur Camilia ramah terhadap seorang staff di bahagian reception pejabat tersebut. "Oh Cik Camilia. I am Azira, the receptionist here. Ikut sini ya cik." Camilia tersenyum mengangguk dan terus membuntuti wanita bernama Azira itu ke arah satu bilik di tingkat 3 bangunan pejabat tersebut. "Ini bilik Cik Camilia. Encik Adam akan sampai sekejap sahaja lagi. Boleh lah Cik Camilia tengok tengok dahulu bilik ni". Camilia tersenyum mengangguk, "Just call me Camy" "Oh Camy! Call me Azira too. We can be friends here", balas Azira lembut.
"Tapi Azira, Encik Adam tu macam mana orangnya?", Camilia bertanya ramah. Azira tergelak mendengar pertanyaan Camilia. "Nothing nak takut pasal Encik Adam. Camy kena dengar dan ikut je apa apa yang dia cakap and you will be fine here!". Camilia lega mendengar apa yang dipesan Azira. "Okay lah Camy. Azira pergi dulu, apa apa Camy boleh call Azira". Camilia mengangguk sambil tersenyum mesra. 'Thank you Azira!".
.
"Hai Encik Adam. Harini Encik ada meeting dengan client pukul 2 petang di Scarlet Hotel", Azira menyapa Adam lembut setelah terlihat bos nya itu masuk di pintu utama. Selama Adam tidak mempunyai pembantu peribadi, kerja nya semakin bertambah sebagai receptionist sekaligus pembantu peribadi Adam. Adam hanya mengangguk dan terus berlalu ke pejabatnya. Langkah nya terhenti apabila terlihat sesusuk tubuh di dalam bilik pembantu nya di pejabat.
"Hi. You must be Encik Adam. I am Camilia." Camilia menyapa Adam lembut. Perwatakan Adam yang kemas dan sedap mata memandang menyebabkan hati Camilia berdebar. "And you must be Camilia." Sebelum bergerak ke pejabat, ibunya telah memberitahu akan ketibaan Camilia, gadis yang akan dikahwinkan dengan nya, yang akan menjadi pembantu peribadinya. 'Cantik!' Adam bermonolog sendirian. Tidak sia sia dia menerima pelawaan ibunya itu.
"Have we ever met before? Your face seems familiar." Adam melangkah masuk ke pejabatnya diikuti oleh Camilia. "I don't think so." Camilia juga sebenarnya merasakan bahawa dia pernah berjumpa dengan Adam tetapi otaknya seakan berhenti berfikir.
Adam meletakkan beg sandangnya di atas meja sebelum duduk di kerusi pejabatnya. Dia memandang wajah Camilia lama sebelum fikirannya terimbaskan pada malam Mummy nya mencadangkannya untuk berkahwin. 'This is that girl I bumped into that night. Thanks Lord she seems not remember the rude me that night'. Tanpa disedarinya, Adam tersenyum sendirian.
YOU ARE READING
Camilia
RomanceCamilia, gadis berdarah kacukan Melayu, Cina, Thailand dan Jepun yang masih dibelenggu dengan kisah masa lalunya, akhirnya bertemu sinar baharu apabila dia diperkenalkan dengan Adam Haris, pilihan ibunya. Namun, dunia bahagia mereka hanya sementara...