Bab 13

473 0 0
                                    

"Good morning Azira! Awal Azira sampai?" Camilia menyapa Azira sebaik sahaja dia masuk ke bangunan pejabatnya. Dia melihat jam yang baru sahaja menunjukkan pukul 7.45 pagi. "Encik Adam dah sampai ke?", tanya Azira ragu ragu.

"Taklah, Azira banyak kerja sikit ni. Encik Adam pun belum masuk, lagipun dia biasa nya masuk lambat sikit. Bos kan, what do you expect?" 

Camilia ketawa mendengar sindiran Azira sebelum Azira turut serta tergelak. Mereka bersembang seketika sebelum terlihat kereta Adam meluncur laju masuk ke parking.

"Speak of the devil. I better go." Camilia tersenyum sebelum berlalu pergi.

Adam yang melangkah masuk terus bergegas ke bilik pejabatnya. Dia berhenti seketika di hadapan pejabat Camilia dan membuka pintu nya tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Camilia tersentak melihat figura Adam melangkah masuk. Ingin dimarah, tetapi mengingatkan Adam ialah bos nya.

"Wow awal you datang. Come to my office later."

"For what?" Camilia mengerutkan dahinya.

"Excuse me Cik Camilia. I'm your boss here" Adam menjegil mata mendengar respons Camilia. 

"Okay Encik Adam. Later I come to your office. Let me settle things first." Camilia membalas sambil senyum terpaksa. Dia sibuk memunggah beberapa barang yang sedikit berantakan di atas mejanya.

"Now, Miss Camilia." Kata Adam sebelum bergerak keluar dari bilik pejabat Camilia untuk ke bilik pejabatnya. Camilia terus membuntutinya, tak ingin untuk terus bertekak dengan Adam di pagi hari.

Adam meletakkan barang nya di atas meja dan terus duduk di sisi hadapan mejanya. Camilia yang sedang berdiri bertentangan dengan Adam merasa tidak senang duduk apabila sepasang mata Adam asyik memandangnya.

"Err ada apa you panggil I ni?", tanya Camilia memecah kejanggalan di dalam bilik pejabat yang besar itu. "Excuse me, I'm your boss here, not your husband to be." Adam sengaja bersuara tegas untuk menyakat Camilia. Dia suka melihat wajah Camilia tertunduk malu dan sedikit ketakutan apabila berhadapan dengannya.

"Maaf Encik Adam. Ada apa ya Encik Adam panggil saya?" Camilia bersuara sedikit gementar mendengar ketegasan suara Adam. "What's my schedule for this morning?", tanya Adam.

Camilia terus membelek jadual Adam yang sudah tersimpan rapi di dalam telefon bimbitnya. "Harini Encik Adam ada meeting dengan Encik Aryan dari Mega Holding at Vanessa Hotel around 12 p.m" "Lagi?" Adam masih tersenyum memandang Camilia yang sedang kelam kabut menelaah telefon bimbitnya. Namun Camilia tidak menyedari tindakan Adam tersebut.

"Around 3 p.m, Encik Adam ada site visit untuk projek East Mall....then dah tak ada dah kerja lain" Camilia mengangkat kepala apabila selesai menelaah jadual Adam dan ketika itu, matanya dapat menangkap sepasang mata Adam sedang asyik memandangnya. Tersipu malu Camilia dibuatnya.

"Cancel all of them." Adam berjalan duduk di kerusi nya. "Errr what?" Terbuntang mata Camilia mendengar arahan Adam.

"Cancel all of them, Miss Camilia. Do I need to repeat myself?" "No, Encik Adam" Camilia tertunduk. "Kalau macam tu, saya keluar dulu" Camilia memusingkan badannya untuk beredar.

"Wait!" Adam bersuara.  "You tak nak tanya ke kenapa I cancel semua ni?" Adam memandang Camilia. "I perlu tahu ke? You cakap before, your business is yours and my business is mine, so.....i don't know" Camilia memerli Adam.

"Emmmmmm whatever Camilia. By the way, speaking as your 'husband-to-be', my mom wanna meet you" Adam berkata sambil tanggannya membelek fail fail di atas mejanya. "So today, I nak bawa you beli baju proper sikit untuk bawa jumpa mummy" Adam memandang penampilan Camilia dari atas ke bawah.

'Aih...tak cukup proper ke aku ni?' Camilia memandang penampilan dirinya di dalam cermin tingkap bilik pejabat Adam. "What, tak cukup proper ke baju I?" "No, I nak you cantik cantik sikit, macam ex ex gf I dulu. Diorang cantik cantik tau" Adam tersenyum sindir sambil mengangkat kening memandang Camilia.

"Then why don't you bring them to meet your mother Encik Adam? Why bring me, an improper and ugly girl to meet her?" Camilia menyindir Adam.

"Because she wants you, my lady. Dahlah, get out from my office and be ready at 11 am." Adam mengangkat tangannya mengisyaratkan Camilia untuk keluar dari bilik pejabatnya.

Camilia pun terus berjalan keluar dari pejabat bos nya itu. 'My lady. He calls me my lady'. Dalam tak sangka, Camilia bahagia Adam memanggilnya sebegitu walaupun lelaki itu selalu menyakatnya.

.

Tepat jam 11 pagi, Camilia bersiap siap dan sedikit mengemaskan diri untuk keluar bersama Adam. Dia bergerak ke pejabat Adam dan ternampak seorang perempuan sedang duduk di sebelah Adam di dalam pejabatnya. Perempuan itu memeluk tangan Adam dan lelaki itu agak tidak selesa dengan perbuatannya itu.

"I call you tak angkat. Sebab tu I datang sini. You dah busy eh sekarang mana nak layan I dah." "Mira, boleh tak jangan ganggu I dah. I busy sekarang, you boleh pergi tak? Jangan datang sini dah!" Adam bersuara tegas menghadap perempuan yang bernama Mira itu.

"Oh you mintak I selalu bagi. Fine, I dah tak kacau you dah. Bye!" Mira berjalan keluar dari pejabat Adam sambil menghentak kasut tumit tingginya. Camilia yang berdiri di tepi pintu pejabat Adam hanya memandang Mira berlalu pergi dan tanpa disedari, hatinya sedikit sakit melihat adegan Mira memeluk tangan Adam sebentar tadi.

"Camilia! Wait I kemas barang I jap!" Lantang Adam bersuara apabila terperasankan figura Camilia yang sedang memandang ke arah luar pejabatnya. Dia agak sedikit terkejut dan risau apabila ternampak Camilia melihat adegan Mira menggodanya sebentar tadi. Mira, perempuan yang dia kenali di kelab malam di ibu kota itu pernah beberapa kali melafazkan cinta kepadanya. Dan dia juga pernah meniduri Mira namun tidak pernah sedetik pun dia membalas cinta Mira.

Adam laju melangkah ke arah Camilia. "Sorry lambat sikit. Jom!" Ajak Adam. Camilia hanya diam dan membuntuti langkah Adam ke arah keretanya.

CamiliaWhere stories live. Discover now