Camilia memarkir keretanya di bahu jalan bertentangan dengan sebuah restoran mewah. Restoran yang dipilih oleh Adam agak jauh dari pejabat mereka. Adam sengaja memilih restoran yang jauh dari pejabat agar tiada sesiapa yang akan mengenali mereka. Camilia berjalan laju melintas jalan raya untuk masuk ke dalam restoran tersebut.
"Hai Encik Adam. Dah lama tunggu?" Camilia menyapa Adam apabila melihat kelibat lelaki itu yang duduk di meja yang terletak di penjuru restoran tersebut. Adam mengangkat kepala untuk melihat empunya suara dan terus menjeling apabila melihat Camilia terpacak di hadapannya. "I dah sampai sini sejak family tu datang and now they are already finish their food." Adam menunjuk ke arah satu keluarga yang sedang bersiap siap untuk bangun seusai mereka makan.
"But you said we should meet at 8.00 a.m but now it just 8.03 a.m. It's not too late." Camilia melihat jam tangan dan terus duduk di kerusi yang bertentangan dengan Adam. "I hate waiting Camilia. I really hate it", kata Adam dengan nada tegas.
Camilia tertunduk dan agak sedikit takut dengan nada suara Adam yang tiba tiba berubah menjadi dingin. Seorang pelayan restoran datang untuk mengambil pesanan mereka. Camilia memesan sekeping roti canai manakala Adam pula hanya memesan secawan kopi. Pelayan tersebut terus beredar setelah mengambil pesanan mereka berdua.
"Today is our first day of being a couple." Adam cuba memecahkan kejanggalan di antara mereka apabila dia menyedari bahawa Camilia terdiam apabila ditegur begitu olehnya. "So, you should treat me better from now on. No more Encik Adam unless we are at office. You can call me Adam."
Camilia terus mengangkat kepalanya dan tersenyum sinis mendengar kata kata Adam. "So, I am the only one who should treat you better? What about you?" Adam sedar bahawa Camilia masih tersinggung dengannya namun dia masih cuba untuk menceriakan keadaan.
"Yes, same goes to me. I akan layan you macam Cinderella, I akan pakaikan kasut you, I akan bawa you naik kereta labu", gurau Adam. "I am serious, Encik Adam", kata Camilia tegas.
"Adam only, please. I am just kidding. Can you not being too serious. Boring lah asyik serius je." Adam memuncungkan mulutnya dan itu telah membuatkan Camilia tersenyum geli hati. Namun, tanpa disedari, Adam mencubit lembut pipi Camilia dan berkata "kan comel tu senyum je terus."
Beberapa saat kemudian, Adam terus menarik tangannya dari pipi Camilia. Dia tersedar bahawa tangannya telah bertindak terlebih dahulu tanpa dikawal oleh otaknya. Kedua dua mereka tersipu malu dengan tindakan dan pujian Adam itu.
"I'm sorry, I tak sedar tangan I macam macam", kata Adam sambil ketawa. Ayat Adam itu tiba tiba mengingatkan dia kepada Syakir. Dahulu Syakir juga selalu cuba untuk mencubit pipinya, memeluk dirinya dan begitu juga alasan yang selalu digunakan Syakir kepadanya untuk meminta maaf. Camilia terus mengelamun dan tidak menghiraukan apa yang dibualkan oleh Adam.
"Camilia, you hear me or not? Jauhnya mengelamun." Adam memetik jarinya di hadapan wajah Camilia dan sejurus itu Camilia tersedar dari lamunannya. "I am sorry, Adam. Apa you cakap tadi?" Adam cuma tertawa melihat tingkah laku Camilia yang selalu gelabah itu.
"No, I just said petang ni kita pergi tengok wayang after office hour. Boleh ke tak?" Adam mengulang kembali apa yang baru diberitahunya sebentar tadi. Adam terperasankan Camilia yang selalu mengelamun. Dia seperti dapat merasakan ada sesuatu yang selalu mengganggu fikiran gadis itu. "Yes, sure.", pendek sahaja balasan Camilia.
Tidak lama kemudian, makanan mereka tiba di meja makan dan mereka terus makan sambil berborak. Adam bercerita tentang kehidupan sehariannya kepada Camilia dan begitu sebaliknya.
"So, I have some female friends. They often come to meet me so I hope you don't get jealous with all of them. I am kinda sweet, you know?" gurau Adam. "Oh please. I am not like that." Camilia memang bukan seorang yang kuat cemburu tapi sebagai seorang perempuan, dia juga tidak boleh terima jika lelaki yang dicintainya melakukan perkara yang terlalu berlebihan dengan perempuan lain.
"So, you don't have any male friends?", tanya Adam. "I used to have a close male friend. But he's gone." Camilia meletakkan sudu dan garfu di sisi pinggan dan mengelap mulutnya setelah selesai menghabiskan roti tersebut. "Is he died already?" Perasaan ingin tahu dalam diri Adam membuak buak apabila melihatkan perubahan pada wajah Camilia.
"He is.....to me", jawab Camilia lembut. Dia yang terperasankan Adam yang juga sudah menghabiskan minumannya terus mengajak Adam agar segera ke pejabat. "Let's heading to office right now, or we will be late." ajak Camilia. Mereka bergerak ke kaunter bayaran dan Adam terus menghulurkan sekeping not rm50 dan berlalu pergi. "Keep the change", kata Adam sambil tersenyum kepada petugas kaunter tersebut.
Mereka pun bergerak ke kereta masing masing dan terus meluncur ke pejabat. Camilia tiba terlebih dahulu dan dia menyapa Azira yang sedap bertugas di kaunter resepsi sebelum bergerak masuk ke bilik pejabatnya. Tidak lama kemudian, kelihatan Adam juga masuk di pintu utama.
'There must be something she hides from me.' Adam asyik terfikirkan perubahan Camilia ketika mereka bersarapan sebentar tadi. Dia merasakan ada satu rahsia yang Camilia cuba sembunyikan. 'Enough Adam. This is just a trial relationship. Don't interrupt her business', monolog Adam sendirian.
Dia terus duduk di kerusinya dan membuka fail kerjanya untuk memulakan kerjanya sebagai arkitek, begitu juga dengan Camilia.
YOU ARE READING
Camilia
RomanceCamilia, gadis berdarah kacukan Melayu, Cina, Thailand dan Jepun yang masih dibelenggu dengan kisah masa lalunya, akhirnya bertemu sinar baharu apabila dia diperkenalkan dengan Adam Haris, pilihan ibunya. Namun, dunia bahagia mereka hanya sementara...