Seusai kerja, Camilia terus pulang ke rumahnya. Puan Mona yang baru sahaja memarkir keretanya di garaj terus menyambut anak perempuannya dan mereka masuk bersama sama ke dalam rumah.
"Camy, I have something to tell you." "What Mama? You seems so serious". Camilia terus duduk di sofa bersebelahan dengan ibunya untuk mendengar apa yang akan diberitahu oleh ibunya. "Datin Eina wants to meet you in person." Camilia tahu bahawa Datin Eina ialah majikan kepada ibunya dan juga ibu kepada Adam. Dia juga tahu kebaikan hati wanita itu kepada ibunya, namun dia takut apabila mengenangkan perjumpaan mereka akan melibatkan perihal dirinya dengan Adam.
"Untuk apa Mama? Tentang Adam dengan Camy ke?", tanya Camilia lagi. "Maybe." Hanya sepatah yang dijawab oleh ibunya. "Camy okay je kan dengan Adam? Ada masalah apa apa tak?", tanya Puan Mona yang ingin tahu perkembangan terkini ibunya. Diq perasankan sejak perkenalan Camilia dengan Adam, Camilia menjadi semakin ceria. Tidak seperti dirinya dahulu ketika cintanya gagal di tengah jalan.
"Everything is fine, Mama. Mama jangan risau, Adam tu takdelah teruk sangat. Suka sakat orang je." Camilia tersenyum ketika menceritakan serba sedikit tentang Adam. Namun, dia sembunyikan tentang rancangan mereka untuk berlakon sebagai kekasih yang bahagia dan akan berpisah di kemudian hari.
"Bagus lah tu Camy. Mama bahagia tengok Camy bahagia macam ni. Mama perasan Camy tersenyum bila cerita pasal Adam. Dah makin ceria anak Mama ni." Puan Mona mencubit lembut pipi anaknya itu. "Tak sabar Mama nak tengok anak Mama one step closer."
"Hahahahaha Mama ni, nanti lah dulu. Camy nak kenal kenal dulu." Camilia langsung memotong percakapan ibunya itu. Dia tidak ingin ibunya terlalu berharap dan akan terluka di kemudian hari. "Camy naik dulu ya Mama." Puan Mona hanya mengangguk dan tersenyum bahagia meihat perubahan anaknya.
.
Camilia yang baru sahaja selesai mandi terus mencapai telefon bimbitnya dan membuka applikasi Instagram. Dia melihat satu permintaan untuk mengikuti daripada satu nama yang pernah berada di hatinya. Jantungnya berdebar kencang kerana mengingatkan bahawa lelaki itu telah lama meninggalkannya dan terus memutuskan hubungan dengannya setelah mereka berpisah.
Camilia terus berbaring di atas tilam empuknya sebelum membuka profil yang bernama 'syakirz'. Wajah lelaki itu masih sama dengan kali terakhir Camilia berjumpa dengannya 5 tahun lalu, kali terakhir Camilia merayu untuk tidak meninggalkannya namun tidak diendahkan. Yang berubah hanyalah wajah lelaki itu dihiasi dengan sedikit jambang yang membuatkan wajahnya nampak lebih matang dan maskulin.
'Why he comes back?' Pelbagai persoalan melayang dalam fikirannya. Camilia tahu bahawa Syakir telah berpindah ke luar negara untuk menyambung pelajarannya sekaligus menjauhkan diri darinya setelah mereka berpisah. Perpisahan mereka sangat memberi kesan kepada Camilia. Dia bagaikan orang hilang akal kerana asyik menangisi pemergian Syakir. Tambahan pula setelah dia tahu dari kawan akrab Syakir bahawa dia telah berpindah ke luar negara. Dia menerima permintaan tersebut dan terus meletakkan telefon bimbitnya sebelum tertidur.
.
."You cheated on me!" Camilia menjerit kepada Syakir. Hatinya hancur ketika mengetahui bahawa Syakir telah berubah kepada perangai lamanya, perangai yang suka berfoya foya dan berasmara dengan perempuan lain. "I ingat you dah berubah. I ingat I mampu ubah perangai you. Apa salah I sampai you sanggup buat I macam ni?" Camilia menangis terduduk sambil menekup mukanya di hadapan Syakir.
Syakir tahu dia telah melakukan perkara yang salah namun dia terlalu ego untuk mengakui kesalahannya. "I dah lama mintak nak bersama dengan you but you never let me. You know how I am right? You ingat I mudah nak berubah? I tried to be with you and only you. But goddamnit, you are too hard to get Liya!" Makin kuat esakan Camilia mendengarkan apa yang baru sahaja diluahkan oleh Syakir.
"I told you I would never do it until we get married first. Is it too hard for you to wait? I tahu I bukan orang alim but I know the limit Syakir" Walaupun dia bukanlah seorang yang alim apatah lagi, dia juga tidak bertudung, namun Camilia tetap sentiasa menjaga maruah dirinya. Dia tidak mahu menghancurkan hati ibunya dengan perangai dirinya.
"That's why I makan luar! You would never let me, I am trying but I can't, Liya! Bersepah perempuan luar sana nakkan I, tapi I cuma nak you. But you selalu dengan alasan "takut pregnant"! Girl, we can wear protection!" Syakir masih cuba menegakkan ego dirinya. Dia tidak mahu mengakui semuanya berpunca dari dia dan tetap ingin menyalahkan Camilia.
Bilik itu menjadi sunyi seketika dan hanya terdengar esakan Camilia. "I don't deserve you. Let's break up." Perlahan Syakir berkata, namun masih mampu didengari oleh Camilia.
"What? No! You can't do this to me." Camilia laju memeluk Syakir. Dia tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh Syakir namun dia juga tidak sanggup ditinggalkan olehnya. "See? You boleh je peluk I tapi you ego taknak bagi apa I mintak. Takkan I minta nak peluk pun tak boleh apatah lagi I minta nak bersama dengan you!" Syakir menyindir Camilia.
"I'm sorry Syakir. Even I tak boleh terima apa you buat tapi you tak boleh tinggalkan I macam ni." Camilia cuba merendahkan egonya agar Syakir tidak meninggalkan dirinya.
Dia tidak mampu membayangkan bagaimana hidupnya nanti apabila tiada Syakir di sisi. Hubungan mereka yang terjalin selama tiga tahun itu merupakan saat saat terindah dalam hidupnya. Hidupnya yang sering terasa kosong kerana ibu dan bapanya yang asyik sibuk sehingga mengabaikannya telah berubah apabila dia mula mengenali Syakir. Lelaki itu datang dan menceriakan hari harinya walaupun Syakir merupakan bukan orang yang baik baik. Dia mengajarnya untuk lebih bersosial dan tidak asyik menyendiri.
"I'm sorry. You deserve better Liya." Syakir meleraikan pelukan Camilia sebelum dia berlalu meninggalkan Camilia di dalam bilik itu sendirian. Camilia cuba menahan Syakir namun dia ditolak dan tidak diendahkan. Dia menangis teresak esak sebelum berusaha menenangkan dirinya dan pulang ke rumahnya. Dia tidak mahu ibunya tahu akan peristiwa terjadi kepadanya.
YOU ARE READING
Camilia
RomanceCamilia, gadis berdarah kacukan Melayu, Cina, Thailand dan Jepun yang masih dibelenggu dengan kisah masa lalunya, akhirnya bertemu sinar baharu apabila dia diperkenalkan dengan Adam Haris, pilihan ibunya. Namun, dunia bahagia mereka hanya sementara...