Yeona menyarung baju seragam sekolah barunya di tubuhnya.
Dia rasa lain pakai baju itu.
Mana tidaknya. Dia kan sudah biasa dengan pakaian sekolah lamanya.
"Halmeoni, Yeona pergi sekolah dulu" kata Yeona sambil mengalas beg sekolahnya.
"Yeona nak Halmeoni hantarkan?" Soal Halmeoninya.
"Tak apalah Halmeoni. Yeona tahu sekolah tu dekat mana. Halmeoni rehat je dekat rumah."
"Kalau kamu cakap macam tu, Halmeoni duduk dekat rumah je lah. Kamu belajar rajin-rajin ye."
"Nae, Halmeoni. Annyeong!"
"Annyeong!"
🌷
Sebaik sahaja Yeona keluar dari rumah Halmeoninya, matanya tertumpu ke arah gua di bawah bukit yang boleh nampak dari tempat dia berdiri sekarang.
Dia teringat tentang kejadian malam tadi.
Flashback
Yeona perhatikan lelaki yang berpakaian kot putih itu dari jauh.
Tidak sampai beberapa minit, lelaki itu berjalan mendekati sebuah gua yang terdapat di bawah bukit.
Gua itu hanya berada di tepi pantai.
Kalau dilihat pada siang hari, gua itu tidaklah menakutkan dan tidak sebesar seperti rumah.
Saiznya hanya sederhana.
Lelaki itu masuk ke dalam gua itu lalu hilang.
Tiada kelibatnya.
Hanya selangkah masuk ke dalam gua itu, lelaki itu terus hilang.
Yeona berasa meremang melihat kejadian itu.
Hilang begitu sahaja...
End Flashback
Yeona mula melangkah menunju ke sekolah barunya.
Dengan harapan yang penuh tinggi, dia berharap ada orang yang ingin berkawan dengannya.
Dia tidak mampu hidup bersendirian.
Dia benci akan sendirian kecuali ketika ingin menghilangkan tekanan.
🌷
"Sila perkenalkan diri kamu" arah Cikgu Kim Seok Jin iaitu guru kelas barunya.
"Annyeonghasaeyo. Choi Yeona imnida." Sapa Yeona.
"Saya nak letak awak dekat mana eh? Ada tempat kosong ke?" Gumam Cikgu Kim sambil memandang meja-meja di dalam kelas itu.
"Ha! Awak duduk dekat belakaaaannnnnggggggg tu." Arah Cikgu Kim.
"Panjangnya cikgu punya belakangggggggggggggg" tegur seorang pelajar lelaki di depannya.
"Suka hati cikgulah.."
Sementara Cikgu Kim berlawan mulut dengan anak muridnya di depan, Dia berjalan ke arah meja yang berada di belakang kelas.
Di sebelah meja kosong itu, ada seorang pelajar lelaki.
Nampaknya kali ni Yeona dapat tablemate namja.
Yeona duduk di tempatnya dan berharap namja itu menyapanya.
Nasib malangnya, namja itu tidak langsung pandangnya apa tah lagi menegurnya.
Yeona dapat rasa namja di sebelahnya seorang yang suka bersendirian.
Mukanya boleh tahan tapi dia nampak sombong.
Yeona cuba membaca nama namja itu yang tertulis di atas buku latihannya.
"Bae...Jin....Young...."
TBC...