"Pak cik Kim! Kuasa saya dah kembali!" Beritahu Jihoon sambil membuka pintu bilik Pakcik Kim.
"Jinjja?!" PakCik Kim terkejut mendengar berita gembira itu.
"Bila kuasa Tuanku kembali?" Soal Pak Cik Kim.
"Baru je tadi"
Pak Cik Kim hanya menganggukan kepalanya.
"Tapi macam mana? Jiwon dah balik ke? Kuasa Tuanku akan kembali jika Tuanku jatuh cinta terhadap seseorang. Dan kuasa Tuanku akan lebih berkuasa apabila Tuanku dan pasangan Tuanku saling mencintai satu sama lain" kata Pak Cik Kim.
Jihoon terdiam.
Dia memandang Yeona yang turut ada di dalam bilik itu.
Yeona sedikit terkejut mendengar kenyataan itu.
Mereka berdua saling pandang antara satu sama lain.
Pak Cik Kim memandang mereka berdua.
Nampaknya, PakCik Kim tahu sesuatu iaitu...
Kuasa Jihoon kembali di sebabkan Jihoon jatuh cinta dengan Yeona.
"Sa-Saya balik dulu..." kata Yeona kekok.
"Jakkaman" Jihoon memegang tangan Yeona.
Yeona memandang tangan Jihoon yang memegangnya.
"Biar saya hantar awak balik" kata Jihoon sambil memandang tepat Mata Yeona.
Disebabkan pandangan Jihoon yang menawan itu, Yeona hanya angkur sahaja.
🌷
Sepanjang Jihoon dan Yeona berjalan menunju ke gerbang yang memisahkan 2 dunia itu, mereka berdua tidak mengeluarkan sebarang suara.
Suasana terlalu janggal.
"Saya...tak tahu pulak awak ada kuasa. Chukahae sebab kuasa awak dah kembali" Yeona cuba memulakan perbualan bagi memecahkan suasana janggal itu.
"A-Ah..nae...gomawo..." balas Jihoon kekok.
Suasana kembali menjadi sunyi.
Mereka berdua berhenti apabila mereka sampai di depan gerbang.
Mereka berdiri memandang antara satu sama lain.
"Emmm..hati-hati balik..." kata Jihoon sambil menggosok lehernya.
"Ah...nae.." balas Yeona.
Yeona meninggalkan dunia itu.
Jihoon masih berada di depan gerbang itu.
Dia ingin bercakap sesuatu pada Yeona.
Tapi, dari tadi dia tak dapat nak buka mulutnya..
Dia menghela nafas yang berat dan kuatkan diri dia.
Dia berdiri mendada lalu masuk ke dalam gerbang itu dengan bergaya.
"Yeo---" kata-kata Jihoon terhenti apabila melihat Yeona bersama seorang yeoja yang sangat dia rindui selama ini berada di depannya sekarang.
Yeona dan yeoja itu pandang Jihoon serentak.
"Jihoon..." Yeoja itu sebut nama Jihoon kerana terkejut dapat jumpa dengannya ketika itu.
"Jiwon..."
Yeoja yang bernama Song Jiwon itu terus berlari ke arah Jihoon dan memeluk Jihoon dengan erat.
Jihoon tidak membalas pelukan itu.
Dia masih terkejut dengan kemunculan yeoja yang dia sangat rindu sebelum ini.
Dia membiarkan yeoja itu memeluknya.
Tapi...
Jihoon berasa bersalah apabila melihat Yeona yang juga turut terkejut melihat apa yang berlaku.
"Jihoon...mianhae sebab pergi macam tu je...." kata Jiwon yang masih memeluk Jihoon.
Apa yang di katakan Jiwon, langsung tidak didengari oleh Jihoon.
Dia rasa
Sangat
Sangat
Sangattttt
Bersalah dengan Yeona.
Yeona tersenyum kecil dan mengerakkan mulutnya 'chukahae' kepada Jihoon.
Jihoon tidak rasa Yeona maksudkannya.
Senyuman tu...
Senyuman palsu.
Jihoon sangat kenal dengan senyuman ikhlas Yeona.
Yeona meninggalkan mereka berdua.
Yeona melanglah pergi dengan hati yang berat.
TBC..