⚘06⚘

189 23 3
                                    

"Halmeoni! Yeona pergi sekolah dulu!" Jerit Yeona dari luar rumah.

"Hati-hati jalan tu!"

"Nae!"

Yeona memandang gua itu sebelum dia mula berjalan ke sekolahnya.

Dia ingatkan nak singgah ke sana lepas balik sekolah ni.

🌷

Apabila Yeona sampai di kelasnya, matanya terus pandang Bae Jinyoung yang meletak kepalanya di atas meja.

Dia terlupa nak tanya Jihoon jika dia kenal Bae Jinyoung sebab dia nampak Jinyoung masuk ke dalam gua itu.

"Aku rasa dia datang dari dunia PJH" bisik hati Yeona.

Yeona duduk di tempatnya dan memandang Jinyong yang lena tidur.

Tidak lama itu, Bae Jinyoung buka matanya apabila dapat rasakan seseorang merenungnya.

"Argh! Yah! Kau buat terkejutkan aku je..." kata Jinyoung ketakutan sambil menenagkan diri.

"Mian..." ucap Yeona ringkas lalu memandang ke arah depan.

Bae Jinyoung pandang Yeona sekilas pandang lalu sambung tidur.

🌷

PADANG SEKOLAH

Bae Jinyoung berhenti dari mengejar bola.

Dia memandang ke arah seseorang yang dari tadi memandangnya.

Dia ialah Yeona.

Sepanjang Jinyoung bermain bola, Yeona hanya memandang Jinyoung.

"Kenapa dia tak habis-habis pandang aku? Tahulah aku handsone" gumam Jinyoung dan sambung mengejar bola.

🌷

Balik dari sekolah, Yeona terus pergi ke gua itu tanpa menyalin pakaiannya.

Dia masuk ke dalam gua itu lalu muncul di PJH World.

Waktu PJH World pada ketika itu ialah waktu malam.

Walaupun tempat itu kelihatan gelap, lampu hiasan yang dililit di batang pokok menyerlahkan tempat itu.

Tempat itu lebih cantik berbanding waktu siang.

Yeona mendekati istana.

Dia tidak pasti jika dia patut masuk ke dalam istana itu begitu sahaja.

Nanti tak pasal-pasal kena tangkap dengan pegawai dia.

Yeona mengeluh berat lalu patah balik semula ke gerbang.

Baru je Yeona nak melangkah masuk ke dalam gerbang itu, ada satu suara yang sangat di kenali oleh Yeona sedang memanggilnya.

"Yeona"

Yeona memandangnya dengan senyuman yang lebar.

"Hai Jihoon!" Sapa Yeona teruja.

"Terujanya awak hari ni? Ada benda yang baru belaku ke?" Soal Jihoon sambil berjalan ke satu tempat.

Yeona mengikutinya dari belakang.

"Saya gembira sebab dapat datang sini" beritahu Yeona sambil melihat sekelilingnya.

"Awak suka tempat ni?" Kali ni Jihoon memandang Yeona dengan meletakkan kedua belah tangannya di belakang.

"Nae!" Jawab Yeona bersungguh-sungguh.

"Ka--" ayat Jihoon tergantung apabila ada seseorang memanggil Jihoon.

"Jihoon Hyung!"

Yeona dan Jihoon memandang orang itu serantak.







TBC...

L.O.V.E || PARK JIHOONWhere stories live. Discover now