"Woah!!!!!" Yeona teruja melihat Jimin membeku air di dalam cawan Jihoon.
"Hebatkan saya"
"Woah!! Daebaklah awak!! Saya tak tahu pulak awak ada kuasa!" Kata Yeona yang tidak lepas dari memandang Sungwoon.
"Kuasa saya hebatkan. Bukan macam orang sebelah ni, tak ada kuasa..." perli Sungwoon.
"Walaupun aku tak ada kuasa, tapi aku kacak tau..." balas Jihoon.
"Eleh...kacak konon..." gumam Sungwoon.
"Dahlah aku nak ambil air. Kau dah bekukan air aku, lepastu bukan nak cairkan semula..." bebel Jihoon sambil membawa airnya yang telah beku itu.
Sungwoon ketawa kecil kerana dapat mengusik kawannya itu.
Selepas sahaja Jihoon menghilangkan diri, Sungwoon memandang Yeona.
Yeona pelik melihat cara Sungwoon memandangnya.
"Awak....suka Jihoonkan?" Soal Sungwoon.
"N-Nae? Ma-Mana ada..."
"Maafkan saya sebab tak bagitahu awal-awal. Saya sebenarnya dapat baca fikiran orang"
"N-Nae?!!!"
"Jinjja mianhae..." ucap Sungwoon bersalah.
"Dah berapa lama awak baca fikiran saya?"
"Emmm...sejak kali pertama kita berjumpa."
Yeona mengeluh berat.
"Apa je yang awak tahu pasal saya?" Soal Yeona dengan muka pasrah.
"Tentang.....awak suka..Jihoon."
"Ha?! Seriouslah? Haih..." Yeona menundukkan kepalanya kerana malu.
Malu satu hal, dia pun benggang kerana Sungwoon tahu tentang rahsianya.
Yeona melihat sekelilingnya memastikan Jihoon tiada berdekatan dengannya
"Betul. Memang saya suka Jihoon. Saya harap awak tak bagitahu dia." Kata Yeona.
"Nae Arraseo.." balas Sungwoon bersama dengan senyuman.
🌷
"Jihyo, kau ada pendrive tak?" Soal Yeona pada rakan sekelasnya.
"Pendrive? Nak buat apa?" Soal Jihyo.
"Nak masukkan powerpoint pembentangan group aku" beritahu Yeona.
Untuk pengetahuan semua, group Yeona ialah Jinyoung, Jisoo, Eunha dan Yohan.
Mereka diberi tugas untuk buat pembentangan sejarah secara berkumpulan.
Mereka berlima tidak mempunyai pendrive. Kalau ada pun dah penuh dengan virus.
"Boleh je. Nah ambillah" Jihyo memberi pendrive berwarna biru pada Yeona.
"Gomawo" ucap Yeona lalu pergi ke tempatnya semula.
"Dia ada pendrive?" Soal Yohan.
"Ada. Nah" Yeona memberi pendrive tu pada Yohan.
"Baik bagi Jisoo je. Powerpoint tu kan ada pada laptop Jisoo" Kata Yohan sambil menghulur pendrive itu pada Jisoo.
"Okey aku pegang. Habis sekolah ni korang datang rumah aku kan untuk siapkan powerpoint tu" soal Jisoo.
"Haah. Nanti kitaorang datang" kata Jinyoung mewakili kami berempat.
🌷
"Jihoon jom pergi rumah Yeona. Aku rindulah dia" ajak Sungwoon pada Jihoon yang sedang mengambil udara pagi.
"Baru semalam kau jumpa dia dah rindu?"
"Mestilah. Jomlah jihoon..."
"Tak boleh. Hari ni dia busy siapkan kerja sekolah dia." Beritahu Jihoon.
"Ala...."
Baru je Sungwoon nak balik ke dunia dia, Jihoon sempat menghalangnya.
"Sungwoon. Kau dapat baca fikiran Yeona?" Soal Jihoon.
"Boleh. Kenapa?"
"Kau dapat baca apa dalam fikiran dia?" Soal Jihoon ingin tahu.
"Emmm....dia cakap aku handsome" beritahu Sungwoon.
"Yah! Cakaplah betul-betul!"
"Betullah. Dia cakap aku handsome"
"Benda lain?"
"Benda lain? Benda apa?"
"Macam fikir.....pasal aku?"
"Pasal kau? Emm.....eh?! Sekejap. Kenapa kau nak tahu pulak? Yeona dah ada dalam hati kau ke?"
"Aku tak tahulah. Sekarang ni, aku cuma nak kepastian je"
"Kepastian? Kepastian apa pulak?"
"Kalau dia...ada perasaan pada aku....aku akan fikir-fikir semula"beritahu Jihoon.
Sungwoon tersenyum mendengar apa yang dikatakan Jihoon.
"Jadi...maksud kau...kalau Yeona suka kau, kau akan terima dia?"
"Emm...mungkin...."
"Ouh. Okey......" Sungwoon tersenyum sambil memandang ke arah lain.
"Yah! Cepatlah bagitahu. Dia ada fikir pasal aku tak?"
"Emm... rahsia..." kata Sungwoon dengan senyuman sinis.
"Yah! Itu pun nak rahsia ke?"
"Mestilah! Barulah jalan cerita FF ni menarik. Menarik ke?"
Author: 😑
TBC...