Selepas Yeona tolong Halmeoninya kemas rumah, Yeona datang ke dunia PJH.
Kali ni Yeona terus masuk ke dalam Istana kerana Jihoon sudah memberitahu pegawai-pegawainya tentang Yeona.
Yeona menolak pintu coklat yang berada di depannya.
Apabila Yeona menolak Pintu itu, kelihatan Jihoon yang berpakaian sut putih duduk di tengah ruang yang kosong.
Dia menunduk kepalanya ke bawah.
Yeona berjalan mendekatinya.
"Jihoon..." panggil Yeona perlahan.
Jihoon mendonggakkan kepalanya memandang Yeona.
"Oh! Hai Yeona." Sapa Jihoon.
Riak wajahnya yang pada mulanya sedih terus berubah tersenyum apabila melihat Yeona.
Senyuman itu seperti...
Senyuman palsu.
"Apa awak buat dekat sini?" Soal Yeona.
"Tak ada apa. Saje nak duduk-duduk" jawab Jihoon.
"Ouh."
"Awak cari Jinyoung ke?" Soal Jihoon.
"Haah. Tadi dia call saya. Dia nak jumpa saya dekat sini. Tapi saya tak nampak batang hidung dia pun." Kata Yeona.
"Saya tahu dia dekat mana. Kajja"
🌷
Jihoon bawa Yeona ke belakang istana.
Kelihatan Jinyoung main bola seorang diri di tanah lapang.
"Hai Yeona! Hai Hyung!" Sapa Jinyoung.
"Korang mainlah. Hyung nak jalan-jalan sekejap" kata Jihoon lalu meninggalkan mereka berdua.
"Yeona, kau pandai main bola sepak tak?" Soal Jinyoung sambil mengimbangkan bola di kakinya.
"Kau jangan pandang aku sebelah mata eh. Walaupun aku yeoja, aku pandai main bola sepaklah" balas Yeona sambil mengikat rambutnya.
Mereka berdua saling memberi pandangan tajam antara satu sama lain sebelum memulakan game.
🌷
"Yes!!! Goal!!!!!!" Jerit Yeona gembira.
"Ala. Aku bagi peluang sebab kau yeoja." Balas Jihoon.
"Elehh... yela tu...." Yeona menjelir lidar ke arah Jihoon.
"Huh!"
Semasa Yeona sedang menyakat Jinyoung, dia ternampak Jihoon berjalan seorang diri yang tidak jauh darinya.
Yeona mendekati Jinyoung.
"Jinyoung, ada apa-apa terjadi dekat Jihoon ke?" Soal Yeona pada Jinyoung.
Jinyoung berhenti meneguk air dan memandang Jihoon.
"Kalau kau nak tahu, Jihoon tu orang yang sangat ceria. Tapi, selepas dia ditinggalkan oleh seorang yeoja, terus dia berubah." Beritahu Jinyoung.
"Yeoja? Siapa?"
"Sebenarnya, Jihoon pernah bercinta dengan seorang yeoja dari dunia kau. Merekalah pasangan paling romantik yang pernah aku jumpa. Kadang-kadang meluat juga tengok.
Tapi, selepas beberapa bulan, Yeoja tu pindah ke luar negara. Mereka berjanji akan berjumpa semula di depan pantai selepas 1 tahun. Tapi, sampai sekarang yeoja tu tak muncul-muncul."
"Dah berapa tahun yeoja tu pergi?" Soal Yeona ingin tahu.
"5 tahun"
"Woahh...lamanya...bertuah siapa yang dapat Jihoon. Dia setia menunggu yeoja tu sampai sekarang" gumam Yeona.
🌷
Yeona mendekati Jihoon yang berada di tempat pancutan air.
"Jihoon, nah" Yeona memberi Jihoon sekutum bunga ros merah yang dipetik olehnya.
"Apa ni?" Tanya Jihoon keliru.
"Saya bagi bunga ni sebab nak gembirakan awak." Beritahu Yeona dengan senyuman.
Jihoon mengambil bunga itu dengan teragak-agak.
"Apa maksud awak? Saya okey je."
Soal Jihoon yang masih keliru."Saya percaya yang awak akan jumpa dia" kata Yeona.
Jihoon sedikit terkejut.
"Jadi...Jinyoung dah bagitahu awak." Gumam Jihoon.
"Awak janganlah macam ni je. Jinyoung rindu dengan sikap lama awak"
Jihoon terdiam.
"Gomawo sebab sedarkan saya. Tapi, tak semudah itu untuk lupakannya."
"Saya tak suruh awak lupakan dia pun. Tak salah pun awak nak ingat dia. Ia merupakan kenangan indah awak bersama dengan dia. Takkan nak lupakan dia macam tu je." Nasihat Yeona.
Jihoon tersenyum kecil.
Dia memeluk tubuh Yeona.
Yeona sedikit terkejut dan jantungnya berdegup dengan laju. Dia hanya membiarkan Jihoon memeluknya.
"Gomawo Yeona.." ucap Jihoon.
Yeona merasakan ada satu perasaan mengalir ke seluruh badannya.
Tapi, dia tidak pasti apakah perasaan itu.
TBC...