Selepas makan malam, Yeona kembali ke Gua yang dia pergi tadi.
Dia sangat nak tahu kandungan dalam gua itu.
Sebab apa?
Sebab dia ternampak Jinyoung masuk ke dalam gua itu.
Apa yang dia fikir sekarang ni ialah, Jinyoung ke lelaki yang dia nampak malam tu?
Tapi...
Lelaki yang dia jumpa malam tu, berambut merah manakala
Rambut Bae Jinyoung berwarna hitam.🌷
Semasa Yeona dalam perjalanan ke gua itu, dia ternampak lelaki sama yang pernah dia jumpa pada malam itu.
Lelaki itu memandang ke pantai dengan di temani bintang dan bulan.
Yeona berdiri dari jauh dan melihat gerak geri lelaki itu.
Tidak lama itu, lelaki itu berjalan ke gua.
Lelaki itu masuk ke dalam gua itu lalu bayangannya pun hilang seperti malam yang sebelumnya.
Yeona berlari ke arah gua itu dan turut masuk ke dalam gua itu.
Yeona sangat terkejut apabila dia berada di alam lain sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam gua itu.
Apabila dia pandang ke belakangnya, terdapat sebuah istana yang sangat besar.
Matahari memancar ke arahnya.
Burung berkicauan di langit.
Pokok-pokok besar menjadi perhiasan di tempat itu.
Tempat itu tersangatlah cantik.
"Awak siapa?" Tegur seorang lelaki.
Yeona menoleh ke arah suara itu.
Yeona terpegun melihat wajah lelaki itu.
Sebab apa?
Sebab dia handsome.
Dialah lelaki yang Yeona jumpa di pantai tadi.
"Macam mana awak boleh masuk sini? Inikan kawasan istana?" Soalnya.
Yeona menunjuk ke arah satu gerbang yang di perbuat dari batu.
Gerbang itu berada di bawah pokok yang besar.
"A-Awak datang dari sana?!" Namja itu kelihatan sangat terkejut apabila dapat tahu Yeona datang dari gerbang itu.
Yeona menganggukan kepalanya.
"Ma-Macam mana awak masuk sini?"
"Saya masuk je lah. Kenapa?"
"T-Tapi macam mana?"
Yeona hanya mengangkat bahunya.
Dia manalah tahu...
Masuk-masuk je dia ada dekat situ.
"Awak ikut saya sekejap" katanya lalu menarik Yeona masuk ke gerbang itu.
Yeona dan namja itu kembali ke pantai.
Namja itu tarik Yeona masuk ke dalam gua itu kembali dan...
Mereka berada di alam itu.
"Macam mana awak boleh masuk sini? Bukan ke orang dekat dunia awak tak boleh masuk ke sini?" Soalnya pada Yeona yang tidak tahu apa-apa.
Yeona hanya mendiamkan diri.
Dia sedang bingung sekarang ni.
"Awak ikut saya sekejap" Namja itu sekali lagi tarik Yeona.
Tetapi, kali ni namja itu bawa Yeona masuk ke dalam istana.
"Eh! Sekejap!" Yeona hentikan langkahnya begitu juga dengan namja itu.
"Kenapa awak bawa saya ke sini?" Soal Yeona takut.
"Saya nak dapatkan kepastian. Jadi awak kena ikut saya."
"Tak nak! Saya tak nak ikut orang yang saya tak kenal!" Bantah Yeona.
"Park Ji Hoon. Nama saya Park Jihoon. Jadi sekarang awak dah kenal saya kan? So, awak kena ikut saya"
TBC...