USAI mengerjakan solat Fardhu Isyak, Dania termenung lama di atas sejadah. Ada air mata yang tertahan, hatinya masih sangat merindukan Adam.
"Adam... Perlu ke kau seksa aku macam ni? Sampai bila aku terus menangis macam ni? Muncullah Adam kalau kau masih ada di dunia ini. Aku rindukan kau"
Dania kembali berdiri, melipat kemas sejadah lalu diletak di atas meja hiasnya. Bersama telekung di badan, Dania melabuhkan punggung di atas tilam, menggapai HP yang terletak di atas meja lampu.
"Antara kita tak terlalu banyak kenangan yang ada. Tapi dengan kenangan itu, aku meneruskan hidup tanpa kau Adam. Belum cukup kau berikan kasih sayang buatku, sudah kau menghilang bersama rasa ini. Kau membuatku terus tertanya Adam..."
Dania menangis lagi, menatap gambar-gambar bersama Adam ketika berbulan madu Di Shanghai. Rindu seakan tidak tertahan lagi dihati Dania, rindu yang teramat rindu. Rindu yang tak dapat diucapkan melalui kata-kata. Kerana rindu pada suami yang hilang begitu saja.
Sinar matahari hangat memancar ke pancaindera. Dania terjaga, langsung mengurut dahi yang terasa sakit. Bila dia bangkit bangun, suara radio menyapa pendengaran di awal hari. Lagu kegemaran Dania bernyanyi alunan merdu, buatkan anak matanya terhenti disitu, memandang radio. Setiap bait-bait lirik, buatkan mata Dania ingin menangis.
🎼Mungkin sang fajar
Dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
Selalu tak pernah damai🎼///
Adam sedang memakai tali leher dibilik persalinan sambil membayangi wajah Dania. Tangan terhenti dari bekerja, fikiran terbang bersama rasa cemburu itu lalu Wawa datang merapati Adam. Kelihatan Wawa marah dari dalam cermin. Kembali tangan Adam bekerja, cepat-cepat memakai tali leher itu.
" Mana B pergi malam tu? " Soal Wawa, berpeluk tubuh. Adam berpaling bertentang mata dengan Wawa.
" B ada hal malam tu. Sorry sayang " Adam cuba memujuk Wawa, memeluk isterinya yang tengah marah padanya.
" Hal apa sampai tak call? " Adam meleraikan pelukan sendiri, melekapkan telapak tangan ke pipi Wawa, dibelai penuh manja.
" Sorry. B tak nak gaduh pagi-pagi, malam takpe "
Kata Adam, cuba bergurau senda dengan Wawa. Wawa tidak dapat memarahi Adam, langsung dia tersenyum. Sikap nakal semulajadi Adam buatkan dia memilih untuk tetap mencintai dan kekal bersama Adam.
" B pergi kerja dulu, jumpa petang nanti "
Adam mengucup pipi kanan Wawa, lalu bergerak pergi. Adam menyempat masa dengan mencium anaknya penuh kasih sayang, selayak ayah sebenar. Wawa berpeluk tubuh dimuka pintu, tersenyum memandang Adam dan anaknya.
" Bye sayang "
Lambai Adam di luar pintu. Wawa turut membalas lambaian tangan Adam yang perlahan-lahan bayangnya memudar dimata.
Adam tiba diperkarangan office, menyapa setiap staff yang lalu hingga tiba di meja setiausaha Dania, dia masih melemparkan senyuman.
" Good morning Farah "
" Amboi Cik Adam, gembira nampak " Hairan Farah melihat senyum diwajah Adam yang kelihatan begitu berseri-seri.
" Mestilah gembira. Hidup ini penuh dengan gelak tawa. Rugi kalau tak selalu tersenyum " Kata Adam, bermadah pujangga.
" Yela Cik Adam. Thanks tau sebab bagi saya Nasi Goreng Pattaya tu. Sedap sangat sampai licin saya ngap hihi "
Kelihatan mereka begitu mesra berbual hingga Farah tersengih-sengih. Ketika itu, Dania sedang berjalan menuju ke ruangannya. Dan dia terdengar jelas perbualan Adam dan Farah.
YOU ARE READING
Suami Yang Hilang(COMPLETE)
RomanceDia di ancam agar kandungan itu di gugurkan . Dia enggan lalu melarikan diri dan bersembunyi . 3 tahun hidup bahagia bersama anak perempuannya , keberadaannya berhasil ditemui . Lantas anaknya terpaksa ia buang di suatu tempat . Dia tahu , anak itu...